Ketika Cinta Bertasbih…

Saya mau tanya sama Mas Azam. Mengapa ya hari itu Mas Azam bilang menerima sebuah French kiss itu satu musibah?

… Kalau saya melakukan ciuman dengan wanita yang tidak halal bagi saya, bererti kan saya telah menodai kesucian saya sendiri dan juga menodai kesucian wanita itu kan? Maaf Mbak El, itu adalah musibah bagi saya.

Baru-baru ni, aku dapat curi masa tengok filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & Ketika Cinta Bertasbih 2. Filem ni diadaptasi dari novel al-fadhil Habibburahman El Shirazy. Ala… yang tulis novel Ayat-Ayat Cinta tu. Kalau nak dibandingkan filem Ayat-Ayat Cinta dengan Ketika Cinta Bertasbih, bagi aku Ketika Cinta Bertasbih lagi best. Lagi feel… :)

Aku tak baca lagi novelnya, tapi tengok filem dia je pun dah buat aku melekat. Kadang-kadang siap dok ulang babak-babak yang aku rasa best. Hehe… Dalam filem ni, suasana kat Mesir dengan Al-Azhar lagi terasa. Sebab memang shooting buat kat sana. Dengan dialog-dialog dalam bahasa Arab lagi.

Siapa yang belum tengok, aku galakkan tengok filem ni. Macam mana Abdullah Khairul Azam tempuh macam-macam cabaran dalam nak cari jodoh. Dalam filem ni jugak banyak ilmu-ilmu baru yang aku dapat belajar. Contohnya, kalau  kita suka kat seseorang, dan pada masa yang sama ada kawan baik kita katakan suka kat perempuan tu jugak, kita mesti utamakan diri sendiri dan bukan mengalah sebab dia kawan kita. Ada dalil dalam filem ni yang bagitau pasal hal ni.

Apa-apapun, cerita ni memang best. Nak cakap tak reti, korang kena tengok sendiri. Lepas tu, rasa sendiri feel dia. ;)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s