‘Dia’ mengganas lagi…!

Aku tak tau macam mana atau bila ‘dia’ mula buat kacau kat rumah sewa aku ni. Yang aku tau, satu malam ni, aku macam terdengar Akmal cakap yang dia [Akmal] ternampak ‘dia’. Tak lama lepas tu, aku lepak ngan Akmal ngan Aiman, memang sahih, Akmal ternampak ‘dia’. Terkejut kitorang sebab selama ni rumah kitorang tak pernah dikacau ‘dia’.

Kadang-kadang ‘dia’ tinggalkan jejak, nak bagitau kitorang yang ‘dia’ pernah singgah. Kadang-kadang takde jejak. Tapi biasanya adalah. Aku dengar orang tua-tua cakap jangan tegur ‘dia’ nanti lagi ‘dia’ kacau. Dulu aku tak berapa percaya. Tapi bila kena kat mak aku sendiri, aku mula percaya.

Semalam, buat pertama kali aku nampak kelibat ‘dia’ depan mata aku sendiri. Aku tak jadi balik Alam Megah malam semalam, sebab takde sape yang boleh tolong ambik aku. Tapi, tak sangka pulak, tengah aku lepak dalam bilik aku kat rumah sewa ni tengah malam semalam, aku ternampak ‘dia’. Menyesal pulak tak balik awal2. Menggigil gak kepala lutut aku. Pintu bilik aku tutup rapat2 terus. Siap tahan ngan penyidai tuala lagi.

Mcm ni la lebih kurang rupa aku tahan pintu malam semalam...

Semua surah, selawat, doa yang aku ingat semua terkeluar dari bibir aku. Aku duduk atas katil diam-diam. Kaki tak berani nak jejak tanah. Takut nanti gatal2 aku bergerak sana sini, ‘dia’ kacau aku pulak.

Pagi ni, aku bangun tidur, tengok ‘dia’ tinggalkan jejak lagi. Lagi hebat dari biasa. Gayanya macam ‘dia’ memang nak kitorang tau yang ‘dia’ wujud kat rumah kitorang ni. Aku geram. Hati aku dah tak tahan lagi. Akmal ada cakap hari tu, asal usul ‘dia’ ni. Aku tak kira. Aku mesti tahan ‘dia’ dari kacau rumah kitorang lagi. Aku pun pelan2 pergi kat tempat yang Akmal cakap tu. “Bismillah...”, aku mula dengan lafaz kalimah suci… Dan aku mulakan operasi aku… Lepas selesai operasi, aku cakap…

"Moga-moga kau tak kacau hidup kitorang lagi..."
Advertisements

11 thoughts on “‘Dia’ mengganas lagi…!

    1. Sudah tentu…tak!
      Hehe.. Tak sanggup nak cekup.
      Nak masuk bilik air pagi tadi, nampak penutup lubang tu macam terangkat sikit, pastu nampak tikus tu menjenguk.
      Skali saya bukak lampu bilik air, dia tekejut, dia masuk lubang tu balik.
      Apa lagi, terus keluar rumah, cari bata, tutup lubang tu terus. Huhu…

  1. Bile terbace ni tgh2 mlm, mmg lutut menggigil. But, towards the end…. Sabor je la… thanks for the ‘horror’ story! huhu.. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s