Hari Belia Negara – Day 2…

Hari ni hari kedua aku kat Putrajaya. Aku dah la lambat hari ni. Lepas tu, jalan kat tepi Jabatan Perdana Menteri tutup. Polis trafik tak bagi masuk. Tak pasal-pasal aku kena jalan dari Persiaran Sultan Salahuddin kat belakang JPM sampai la kat booth Youth ’10 kat tepi Kementerian Belia & Sukan. Ada la dalam 35 minit aku jalan kaki. Memang best la. Sampai2 je, bau perfume pun dah hilang. Haha. Dah la panas. Pening2~

Mula-mula aku ngan mamat Sabah nama Sham kena ambik database traders, kot-kot la nak invite diaorang bukak booth kalau Youth Asia ada organize event lagi. Tapi, paling tak boleh lupa masa jalan kat area pentas Jomheboh. Tiba-tiba ada security.

Security1: Boleh tak korang tolong keluar dari tapak ni?

Aku: Kenapa bang? [buat muka tak paham sebab aku memang tak paham kenapa. :D]

Security2: T-Shirt korang tu ada lambang X-Pax. Program ni Hotlink sponsor. Hotlink memang anti ngan X-Pax ni. Jadi, sebelum aku rampas barang2 korang, lepas tu kena buat report semua, nanti citer lagi panjang, lebih baik korang beredar dari tapak ni.

Sham: Program start pukul berapa bang? [dalam usaha nak alih topik]

Security1: Hari ni takde concert. Esok baru start.

Jadi, kitorang pun blah la dari situ. Hehe.

Dah habis ambik database, kitorang kena distribute flyer plak. Flyer/Free pass voucher. Maknanya instead of kena bayar RM 20 untuk 3 hari, orang yang ada free pass voucher tu cuma kena tunjuk voucher tu, lepas tu nanti boleh redeem free pass untuk 3 hari.

Free Pass Voucher utk Youth 10'... Hari ni bagi benda ni kt orang ramai...

Masa bagi ni ada macam2 la. Ada yang ingat aku nak jual barang. Ada yang tanya macam mana boleh jadi free. Ada yang kata “muka awak dah merah dah. kalau awak perempuan, dah tak payah pakai blusher dah“. Haha. Ada yang buat dek je, pandang depan tegak macam aku tak ada. Ada yang cakap, “takpe bang, dah dapat dah” padahal aku tau dia tak dapat lagi. Aku tau sebab kadang-kadang aku pun buat macam tu. Hahaha. :D

Tapi, hari ni memang panas giler. Aku siap dapat sunburned lagi. Sampai muka ngan tengkuk jadi pedih giler. Tak kira tangan lagi. Dah macam kuda belang dah. Yang kena tutup ngan t-shirt cerah, yang kena matahari jadi hitam giler. Macam pergi mandi laut plak. Huhu.

Panas2 pun ramai org jugak...

Hari ni habis awal. Dalam pukul 7 tu dah boleh balik dah. Masa nak balik nasib baik ada tram. Terus aku naik tram. Tak sanggup aku nak jalan kaki lagi. Hehe.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s