Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Hari Merdeka!

Post ni macam lambat sikit. Tapi kat Malaysia kan raya sebulan. Jadi, tak terlambat lagi kan nak wish Selamat Hari Raya! Selamat Hari Merdeka jugak! Bulan ni bulan ke 6 aku chambering. Maknanya ada lagi 3 bulan nak habis chambering. Lepas habis chambering, aku tak decide lagi nak jadi lawyer ke tak. Sebab semakin hari aku buat chambering, makin luntur keinginan aku nak jadi lawyer. Especially lawyer makan gaji. Rasa macam tak syok. Huhu. Rasa macam nak uruskan bisnis makanan mak aku. Atau bukak bisnis sendiri. Adoi~ Aku rasa dunia lawyer ni penuh kepura-puraan. Glamor je lebih. Tapi, income+workloadsnya tak seimbang. Haih lagi~

Raya hari tu macam mana? Hari ni dah hari Rabu tapi aku masih dalam mood raya. Post-raya blues sekarang ni. Hehe. Yelah, orang lain kampung ada yang dekat, ada yang boleh balik selalu. Kampung aku balik setahun sekali. Kalau ada rezeki lebih, adalah kadang2 balik jugak. Kalau takde rezeki sangat, pernah kitorang tak balik pun kampung. Ni kat hotfm dok putaq2 lagu raya, lagila aku rasa macam raya minggu depan, minggu depan baru nak balik kampung. Huhu…

Tahun ni macam biasa aku raya kat Kedah. Kitorang balik hari Ahad petang. Sampai kampung kat Kupang sana dalam pukul 11 lebih. Pekan Kupang banjir malam tu. Nasib baik kampung aku atas bukit, tak naik air. Dah tu terus layan tengok MU sampai awal pagi dengan bapak aku kat Pekan Baling. Esoknya tolong2 buat rendang, ayam masak merah dgn lauk-lauk lain. Time raya pulak, raya pertama tu keluar beraya dari pagi sampai ke malam. Macam-macam tok aku jumpa, tapi tiap2 tahun jumpa pun aku dok tak ingat diorang tok apa, apa hubungan diorang dengan famili aku semua. Haha.

Raya kedua pulak petang baru keluar beraya. Sampai malamla jugak. Raya ketiga baru balik KL [bak kata orang kampung, walaupun aku orang Shah Alam…hehe]. Nenek cakap lepas ni sunyi kitorg semua balik. Yela, bila balik Kedah semua balik sekali. Memang la riuh. Balik ke sini pun sekali, terus sunyi. Huhu. Masa raya ketiga tu, on the way ke Shah Alam, singgah kubur arwah nenek belah abah ngan sedara mara abah kat Sungai Besar. Tu la serba sedikit raya tahun ni. Hehe. Still rindu hari raya. Gila tengah berjiwa sentimentalnya aku sekarang ni. Haha.

Dah lama tak update blog ni. Kat ofis semua orang [semua tu = aku ngan clerk] asyik buat kerja. Aku nak borak sangat pon tak ramai orang kat sini. Nak update panjang2 macam ni, kena tunggu bos takde. Dari bilik dia nampak monitor aku. Huhu. Oklah, nak sambung buat kerja.

Ada satu kerja ni aku buat-buat lupa nak buat. Esok ada case management pulak. Nanti update lagi. Selamat hari raya semua!

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s