Nuffnang Preview Screening – Apollo 18

Aku dah lama jadi ahli Nuffnang. Sejak zaman purbakala. Dulu, tujuan join Nuffnang sebab kononnya aku bajet aku ada ramai pengikut jadi nak buat duit lebih dari berblog. Tapi, sebab aku income yang aku dapat cuma 2 tahun sekali [sebab ‘ramai’ sangat pengikut aku kan. haha], sekarang aku join lebih kepada sebab nak bersosial. Hee. Siap rasa macam nak kerja dengan Nuffnang lagi. Haha.

Al-Kisahnya dulu aku pernah la menang tiket konsert DiGi Double Trouble yang Search n Wings tu. Tapi aku tak dapat pegi, jadi aku bagi tiket tu kat Nadia. Menang tiket tu bulan 3 tahun ni kot. Lepas tu sebelum raya aku saja cuba nasib masuk contest untuk preview screening Apollo 18. Yelah, first2 tengok trailer dengan Akmal masa jalan2 kat IPC pun dah rasa macam nak tengok. Tambah aku pulak space nerd. [Haha. Yes I am NERD] ;D And bekas cita-cita aku masa sekolah rendah nak jadi saintis angkasa/angkasawan [Thanks Dr. Sheikh sebab merampas peluang aku. Huhu].

Jadinya bila masa sehari sebelum raya aku dapat email Nuffnang bagitau aku salah seorang yang terpilih untuk preview screening, apa lagi, memang syok habeh la. Hehe. This is my first preview screening sepanjang 24 taon hidup. First time tengok lagi awal dari orang lain.

So, on the day itself, 7/9/11, Rabu, aku pergi ngan Mira. Kami naik LRT dari Taman Jaya terus ke KLCC. Sampai KLCC beratur, amek tiket semua, and terus tengok. Overall cerita dia aku suka. Sebab like I said, I am a space nerd. I am fascinated with space. Selalu rasa kagum. Jadi dapat tengok cerita genre found-footage a la the Blair Witch Project campur dengan teori konspirasi Apollo 18 ala ala 9/11 punya konspirasi, lagi la aku rasa syok. Konspirasi kan best. Haha.

Aku dapat tau cerita ni tak dapat bantuan NASA [check kat Wikipedia] di mana selalunya cerita pasal space NASA akan bagi bantuan la dari segi nasihat ke apa ke. Tapi NASA tak tolong, so diorang mintak kat ANGKASA. Ok abaikan pasal ANGKASA. Aku tipu. Hehe. Still, tanpa bantuan NASA, they did a perfect job. Aku siap terlompat dari seat sebab terkejut sampai si Mira gelakkan aku. Dem. Haha.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

One thought on “Nuffnang Preview Screening – Apollo 18

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s