Preview Screening: Shark Night

Baru-baru ni aku masuk lagi contest kat Cinema Online untuk preview screening filem Shark Night. Saja cuba-cuba nasib (campur malas nak buat kerja jadi mari kita main Internet! ;p). Kan aku ada cerita dalam entri lepas yang aku terlupa nak check nama pemenang contest Cinema Online, sekali tengok-tengok aku menang saguhati.  Jadi, kali ni aku ambil iktibar dan semak nama lepas tarikh tutup. Alhamdulillah, dapat 2 pas untuk preview screening filem ni kat MBO Subang Parade.

Yeayy! ;)

Lupakan pasal perkataan 3D tu. Walaupun tajuk dia 3D dan dekat pas tulis 3D dan lagi aku memang mati-mati ingatkan 3D, malangnya screening tu dalam format biasa je. Huhu T.T Tapi, bersyukur la sebab ada daripada tak ada kan? Untuk filem ni, aku syukur sangat-sangat sebab dapat pergi preview screening sebab kalau tak, aku mesti rasa membazir je beli tiket untuk tengok filem ni.

Masa mula-mula baca dia kata daripada produser [ke pengarah?] filem Final Destination, aku fikir, ni mesti ganas giler filem ni. Tapi, keganasan dia tak cukup ganas. Biasa-biasa je. Sebab setiap kali bila shark tu nak serang orang, dia tak tunjuk pun scene shark tu gigit-gigit, patah riukkan orang tu. Kita cuma dengar suara je, lepas tu darahhhh. Jimat kos?

Lepas tu, filem ni tipikal filem-filem yang tunjuk lifestyle budak-budak U/kolej kat Amerika masa cuti. Kiranya, babak-babak macam pergi camping/melepak, lepas tu flirt2 sikit. Memang dah boleh agak la. Flow jalan cerita dia pun macam tak berapa lancar. Kalau tengok filem ni, macam rasa ada yang tak kena. Takde ummphh. Hehe. Cakap macam la aku reti sangat pasal filem-filem ni. Haha.

Tapi ni memang pendapat jujur dari aku la. Kalau nak tengok jugak, tunggu harga tiket murah sikit. Oklah, kalau tengok yang versi 3D aku rasa mungkin ada rasa syok sikit la sebab nampak jerung-jerung tu macam terkam kita semua. Tapi, kalau tengok versi biasa, haih, baik tangguh-tangguhkan dulu. Tunggu cerita Immortals keluar, tak payah tengok yang ni. Filem ni jugak banyak tunjuk scene2 seksi2 sikit. Biasalah kan filem-filem macam ni. Macam filem Piranha yang keluar tahun lepas. Tak banyak beza. Ending pun expected. Sama macam cerita piranha/zombie yang lain. Apa yang sama? Pikirlah sendiri. Hehe.

Tapi memang kecewa lah dengan filem ni. I expect something more bila dia kaitkan dengan Final Destination, tapi Final Destination tu jauh lebih baik dari Shark Night. At least Final Destination berjaya buat aku berdebar nak mampos bila nak naik roller coaster. Hehe.

So, overall aku bagi 4/10. 4 tu untuk jerung-jerung tu sebab diaorang berjaya bawak watak dengan baik. Haha. ;p . My advice? Download je dari perabis RM 14 kat TGV untuk filem ni.

Advertisements

One thought on “Preview Screening: Shark Night

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s