Kenduri Vee dan daytrip ke Melaka Bandaraya Bersejarah…

Sebenarnya trip ni aku pergi 9 Julai 2011 hari tu. Tapi, sebab malas nak tulis dalam blog, jadi aku cuma upload gambar-gambar kat Facebook je. Hehe. Dah 4 bulan pergi, baru harini nak tulis dalam blog. Sebenarnya, aku tulis dalam blog ni pun sebab aku dah excited tak sabar nak habis chambering bulan depan. Sedar tak sedar, tolak weekend dengan cuti, tinggal lagi 16 hari je aku nak habis chambering secara rasmi. 2 minggu 2 hari!!! Waa.. tak sabar. Haha. Jadi, aku ada plan nak mengembara kononnya lepas habis chambering habis nanti. Aku mintak cuti 3 minggu kat master aku dan dah lulus dah pun. Tapi, aku plan nak pergi tempat tu seminggu je. Harap2 jadi. Hehe.

Lepas tu, sekarang aku dok syok baca blog Fatt dengan John, ambil tips2 yang penting kalau nak mengembara secara backpacking. Aku guna perkataan pengembara sebab kononnya lagi, plannya nak memandai sendiri. Hehe. Kira set pace jalan-jalan tu sendiri, mana nak pergi semua. Lagi yang buat aku excited, sebab seronok tengok Akmal, Aiman, Jihad ngan Izzati buat pengembaraan trans-Malaya seminggu. Hehe. Mula-mula Akmal ngan Aiman gerak pergi Kedah, Langkawi Penang, lepas tu Izzati ngan Jihad join ke Batu Pahat dan Melaka. Tu yang buat aku lagi semangat nak mengembara ni. Cewahh. Hehe.

Dah melalut pulak. Hehe. Masa kenduri Vee hari tu, kami guna GPS ke tempat kenduri. Itu pun kitorang pening2 lagi. Entah mana-mana perginya. Hehe. Lepas dah habis kenduri, macam biasa pergi Bandar Hilir. Kan bulan 3 hari tu aku baru pergi Melaka, jadi aku bawak Akmal dengan Aiman pergi Stadhuys dengan tempat-tempat lain. Lepas tu kami jalan-jalan dekat Jonker Street [kali ni weekend, jadi sangat meriah!]. Jalan-jalan, terjumpa Rais dengan Suzanne. Diorang bawak kami makan cendol best dekat Jonker88. Lepas tu, sambung jalan-jalan, sightseeing kat lorong-lorong belakang kat Melaka, jumpa masjid, kuil, tokong semua. Sekali jumpa backpacker’s hostel. Ingat nak buat giler, tido situ semalam. Tapi, memandangkan kami datang sehelai sepinnggang, terus cancel plan tu. Hehe.

Lastly, pergi Umbai. Makan ikan bakar. Yang tak boleh tahannya, dah 3 kali aku pergi sini, tapi sebab bila pergi je asyik malam, jadi aku tak ingat jalan. Jadi, sesat berdebuk gedebak jugakla nak pergi sana. Itulah penghabisan daytrip kami ke Melaka. :)

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s