Stage 2: Completed

InsyaAllah...

Alhamdulillah, tahap kedua dalam rancangan aku nak travel bulan depan dah berjaya. Bak motto John, “No Ticket No Talk”, aku dah pun beli tiket untuk travel aku bulan depan. Hehe. Trip pertama aku secara backpacking. Ada yang tertanya-tanya, aku nak ke mana. Dah lah tiket ke Padang Besar je. Haha. Sebenarnya, aku plan nak ke Thailand bulan depan. Trip pertama ke Bumi Siam. Sebab cuti aku cuma 3 minggu, jadi aku rasa ni lah masanya untuk aku keluar tengok budaya orang lain, expand minda aku, experience benda-benda yang aku belum pernah rasa sepanjang 24 tahun aku hidup.

Kalau nak ke Thailand naik train, ada beberapa jenis seats/options. Korang boleh check dekat website ni. Ni yang aku bagi ni hanya beberapa option dari option-option yang ada yang aku dapat daripada initial research yang aku buat. [Berapa banyak option dah aku guna? Haha]. Ada sesetengah orang [OPTION 1] naik tren 2nd class sleeper upper berth dari KL Sentral ke Butterworth [RM 40.00] lepas tu naik International Express/Ekspress Antarabangsa dari Butterworth ke Bangkok [RM 112.00]. Sesetengah orang yang nak stay/singgah Hat Yai sebelum ke Bangkok [OPTION 2], boleh ambil train dari KL Sentral terus ke Hat Yai 2nd class seater [RM 48.00]. Dari Hat Yai, boleh ambil train Thailand No. 172/170/38 ke Bangkok dengan harga tiket RM 33.90 untuk 3rd class seater atau RM 53.50 untuk 2nd class seater fan.

Bagi orang yang bajet cheapskate macam aku ;p , aku pilih [OPTION 3] untuk ambil tren dari KL Sentral ke Padang Besar kelas ekonomi [RM 24.00]. Lepas tu dari Padang Besar ambil connecting train ke Hat Yai [tempoh +- 1 jam = RM 13.00 dengan “tempat duduk konfem ada” kata KTMB, boleh beli advance dengan syarat nak naik tren tu dalam tempoh kurang dari 24 jam] atau kalau dah last minute terlupa nak beli tiket connecting train ni awal2, boleh beli kat stesen Padang Besar masa sampai tu dengan harga RM 5.00 tanpa jaminan tempat duduk. Maknanya, bak kata KTMB, kalau seat connecting flight train ni dah penuh, penumpang tetap dibenarkan naik dengan bayaran RM 5.00 tapi pandai2 la berdiri dalam sejam perjalanan tu. Haha. Wow. Last aku berdiri dalam tren lama-lama pun masa naik komuter dari Seremban – Shah Alam, tapi tu 7 tahun lepas. Sekarang mampu lagi ke? Haha.

Jadi, menurut draft travel itinerary aku yang masih tak sempurna ni, sampai-sampai je KL Sentral 23/12/11 nanti, aku kena beli siap-siap tiket ke Hat Yai dari Padang Besar, insyaAllah.

Jurjurnya, aku dah takde mood nak buat kerja. Aku betul-betul looking forward for this trip. Lagi 3 minggu je ni. Cepat2la 3 minggu. Hehe. :)

Advertisements

7 thoughts on “Stage 2: Completed

  1. dasat ok dasat ! haha.. rajin ko stadi pasal ni.. slame ni, aku pikir just amek tren kl – hatyai je..then dari hatyai pi bangkok..logik jugak ape yg ko stadi ni..

    tp bagus la.. baik buat n stadi sdiri.. at least boleh tambah ilmu masuk dlm kpale otak..best sbnr nye stadi psl travel ni.. haha.. tp kalo bab akademik, mmg out..

    have a safe trip beb, looking forward ur entry nnti..

    1. haha. takdela rajin sgt. ni pun dpt tips dari bbdak lain yg aku folo blog diorg, sama ada secara bising2 atau senyap2. hehe. tapi, bila buat reserach ni, dpt gak la tgk alternatif2 yang ada utk transport, jalan2 yg ada, places of interest etc.

      aku kalau boleh nak ambil mode transport murah tapi tak lambat sgt. keselesaan hal kemudian. sebab aku bukan nak selesa lebih, yg penting dpt pegi tengok tmpat org tu. hehe.

      tp bila buat research sendiri, aku rasa lagi senang nak ingat. rasa macam dah pernah buat benda tu padahal pergi pun belum lagi. haha. bab akademik tu, mmg standard la. haha. bila dah buat menda yang kita suka, mmg senang nak ingat. asal takde course kt u psl travelling eh? haha.

      orait bro. thanks a lot! insyaAllah nanti aku akan hapdet dengan perkembangan2 terkini. hehehe

  2. papepun..aku wish ko gudluck! selalu alert dengan keadaan sekeliling…wlpn kita rasa selamat but always be careful. amek gmbr byk2 ok…have a safe journey.

    aku pun nk try jugak naik train ni…tggu….. ngeh ngeh ngeh

    1. haha. thanks bro. aku akan igt pesanan ko :) haa. naik jgn tak naik.. lmbat tapi cantik.. kate org la..hehehe. bulan 9 thn depan kite pegi tempat yg sama bro, tarikh je lain2.. haha. sama mcm ko, aku TER jugak. hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s