Alvin & The Chipmunks 3: Premiere Screening

Semalam dapat tiket untuk premiere screening Alvin & the Chipmunks 3, hadiah dari cinema.com.my. Menang peraduan online dia lagi. Hehe. Kali ni aku bawak adik perempuan aku pulak, Idzatti…

Boleh tahan ramai orang yang dijemput. Media pun dijemput. Tak silap aku dua hall dia guna untuk screening. Hall 3 & 6. Aku hall 6. Sebab kali ni premiere screening, bukan preview screening [tapi bagi aku macam sama je dua-dua ni. haha], jadi tiket dia dalam bentuk kad jemputan. Sebelum ni kertas biasa je. Lepas tu, ada iklan sebelum start movie tu. Sebelum ni, terus start je. Lagi satu, ada dedicated lane. Terasa la macam VIP sekejap. Dah la dekat MBO Subang Parade ni lepas naik tangga ada ramai ‘papparazi’.. hehe.. [siapa tak faham, sila ke MBO Subang Parade. Nanti korang akan faham. Haha..].

Overall, filem ni memang best la. Kelakar dan memang sesuai la untuk korang tengok time2 cuti sekolah ni. Awal-awal cerita ni macam bosan sikit, dalam 20 minit pertama masa babak atas kapal. Dia lambat sikit panas. Tapi, bila pengembaraan diaorang ni dah mula, memang kelakar abeh. Bedekah2 aku gelak dalam tu. Tapi, CGI dia bagi aku kurang mantap la. Sebab ada sesetengah babak nampak tak cantik. Ada sesetengah babak, nampak sangat buat kat studio, bukan dekat lokasi sebenar. Lepas tu, ada sesetengah babak pulak, terasa storyline dia macam rushing sikit. Macam “eh, cepatnya” terdetik kat dalam hati. Hehe. Lepas tu, lagi satu babak tu, patutnya anugerah muzik antarabangsa, tapi pentas nampak macam pentas budak sekolah nak ambik anugerah kecemerlangan. ;p

Tapi keseluruhannya memang best la. Nama pun cerita untuk budak-budak, kalau tak fun, baik buat filem perang. Haha. Nak banding dengan yang awal, bagi aku maybe yang kedua lagi best kot. Yang pertama aku tak pasti, sebab rasanya aku tak tangok lagi. Tapi, untuk bawak anak-anak korang tengok cuti sekolah ni, memang sesuai. :) Overall: 7/10.

Alvin & The Chipmunks 3 keluar wayang Malaysia 15/12/11.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s