Entri dari Bangkok, Thailand

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. :)

Entri ni aku tulis dari Internet Corner dekat hostel tempat aku menginap, Saphaipae Hostel, Surasak Road, Bangkok. Alhamdulillah, setakat ni perjalanan aku dipermudahkan olehNya walaupun ada jugak cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuh. Nama pun backpacking trip, memang penuh adventure lah kan. Hehe. Masuk hari ni, dah 3 hari aku kat luar Malaysia. Bertolak dari KL malam hari Jumaat lepas, perjalanan aku ikut tren lebih 30 jam dan aku sampai Bangkok pagi semalam, kira-kira pukul 10.00 pagi. Sebelum tu, sempat spend kira-kira 4 jam kat Hat Yai. Pusing-pusing, pergi stesen bas naik motor, beli tiket bas dari Bangkok ke Hat Yai. Tiket Hat Yai-KL/Shah Alam belum cari lagi ni. Hehe.

Setakat 2 hari ni, aku baru pergi Chutachak Weekend Market,  MBK Mall, Khao San Road, Siam Square, Pratunam. Jap lagi nak teman kawan aku pergi stesen Southern Bus Terminal, dia nak balik Malaysia dah esok. Tu yang aku online jap. So far, orang-orang Thai sangat membantu. Walaupun cakap macam ayam-itik, siap sign language bagai, tapi diorang tetap nak tolong dan senyum. Yang sesetengah tu pulak [esp tuk tuk driver], bila tengok aku jalan berdua dengan Muiz, pastu tanya dari mana, aku cakap dari Malaysia, terus keluarkankan katalog ‘ehem2’. Pergh.. Hahaha.

InsyaAllah, lepas hantar kawan aku aku pergi stesen bas, aku nak cuba explore tempat ni lagi. Bangkok sangat besar. Juga sangat moden. Sangat maju. Sangat sophistikated. Dan patung Buddha bersepah. Hari ni hari bagus Buddha aku diberitahu. Ada sorang driver tuk-tuk kitorang jumpa kat tepi jalan kat Gaysorn Shopping Complex sekejap tadi cakap “u go pray Buddha first, today Buddha good day, then u go skytrain”. Er, takpelah, terima kasih. Kami Muslim. Kami kecek Melayu. Hehe. Banyak tempat dalam itinerary aku yang aku tak dapat pergi lagi. InsyaAllah aku akan cuba penuhi apa yang aku plan. Paling tidak, aku nak roam freely kat bandar ni dan hayati the sight and smell of Bangkok.

Till then, bye bye! Kap khun kap!

Bangkok, 26/12/11, 12.05 pm

[updated: Mukaddimah]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s