Backpacking Trip to Thailand: Part V [Bangkok]

Bersambung dari Backpacking Trip to Thailand: Part IV

Akhirnya, sampai jugak ke Bangkok. Alhamdulillah. Keluar-keluar tren, kami tak tau ke mana nak dituju. Jadi, gunalah common sense. Tengok orang lain. Hehe. Tengok ramai ke hujung platform lepas tu belok kiri, kami pun ikut sama. Keluar-keluar, terus sampai ke bangunan lobi stesen keretapi Hua Lamphong. Teruja tak terkata.

Keluar dari platform, nampak Musolla dulu. Bangga bahasa Melayu masih wujud kat Kota Bangkok.
Kaunter pertanyaan..
Kaunter kalau nak beli tiket in advance. Boleh beli 2 bulan awal.
Kaunter tiket untuk perjalanan hari yang sama...
Ruang menunggu. Tak terbayang aku Fatt duduk sini sorang2 tengah2 malam tunggu tren ke Aranyaprathet. Salute! Hehe..

Sebelum ke sini, aku dah booking hostel siap-siap dekat hostelbookers.com. Lagi murah dari booking hostelworld.com sebab hostelbookers tak caj untuk booking fee. Cuma bayar 10% daripada harga sebenar yang perlu kita bayar bila sampai ke hostel nanti. Aku book Saphaipae Hostel sebab aku tengok hostel ni baru, nampak cantik dan selesa dan review semua bagus-bagus. Jadi, berbekalkan direction yang kami dapat dari hostelbookers, kami pun mencarilah jalan ke hostel ni.

Mula-mula pergi ke stesen MRT Hua Lamphong. Keluar je dari pintu yang sebelah kaunter tiket hari ini tu, terus belok kiri. Nanti ada eskalator terus turun bawah tanah. Aku sangat kagum okay dengan MRT kat Bangkok. Bukanlah aku tak bersyukur dengan apa yang ada kat Malaysia. Tapi, selama ni aku rasa Malaysia dah cukup maju, terutama nak banding dengan Bangkok. Sekali, haa, amek kau setepek. MRT kat Bangkok stesen sangat bersih, susun atur stesen kemas dan moden [stesen dia lagi under-underground dari LRT kita. Jauh ke bawah tanah], security sangat bagus [setiap kali nak masuk platform, ada kena lalu yang gerbang bunyi bip2 tu. setiap kali aku lalu, setiap kali bunyi bip2, setiap kali jugak aku kena bukak beg aku tunjuk apa yang ada…adui punn..huhu], tren sangat bersih, luas dan lebar. Sangat farang friendly sebab kami yang baru sampai Bangkok pun rasa tak serabut guna sistem dia.

Yang paling aku takjub, orang-orang kat Bangkok sangat berdisiplin bila tunggu tren! Aku dok bayangkan kena berebut-rebut main masuk macam kita, tapi sekali sampai-sampai platform semua orang beratur. Masa peak hours je tak mampu nak beratur dah ramai sangat. Tapi, aku rasa kat KL tak pernah lagi tengok orang berdiri satu line kat kiri kanan pintu masuk dengan tertib. T.T tak sangka-tak sangka. Ok cukup, nanti kena buang negeri. Haha.

Menuju ke kaunter tiket...
Mesin tiket MRT...
Hua Lamphong ke Silom = THB 18
TV dalam MRT..
Dalam tren MRT...

Sampai ke stesen Silom, kami kena tukar naik BTS Skytrain pulak. Sebab hostel kami dekat dengan stesen BTS Surasak. Beza MRT dengan Skytrain, MRT bawah tanah, Skytrain elevated. Sampai stesen Silom, keluar je terasa angin yang tiup tu sejuk semacam. Rupanya masa bulan December – Februari, ada satu musim yang local panggil musim winter. Sebab udara dia sejuk daripada normal. Bayangkan Bangkok yang terkenal dengan cuaca panas, tapi masa kami pergi rasa macam kat Cameron Highlands. Hehe.

Nak ke stesen BTS Sala Daeng, keluar je dari eskalator, belok kanan dan terus naik ke stesen BTS Sala Daeng [kami sesat masa ni. tanya pegawai yang jaga, dia tak percaya kami orang Malaysia. dok kata “your face look Thai”. Heheh]. Dari BTS Sala Daeng ke BTS Surasak, tak silap aku dalam 2 stesen. Tambang kira-kira THB 20/RM 2. Kat stesen BTS, tak banyak mesin terima duit kertas. Banyak terima syiling je. Kaunter pulak tak jual tiket. Cuma boleh tukar duit. Jadi, kalau nak beli tiket, tapi takde duit tukar, pergi ke kaunter cakap nak pergi stesen mana, lepas tu bagi duit kertas kat dia. Nanti dengan pantasnya dia akan tukar dengan syiling.

Si Lom...
Persimpangan jalan di Silom. Jalan besar tapi lengang sebab hari Ahad. Tunggu esok. Jem teruk!
Mesin tiket BTS Skytrain...

Tips beli tiket BTS:

Senang je nak beli tiket. Mula-mula tengok kiri, mana korang nak pergi. Nombor yang tertulis kat situ adalah tambang yang kena korang bayar. Lepas tu, kat  sebelah kanan tu, tekan lah nombor yang sama macam stesen yang korang nak pergi. Contohnya, nak pergi Surasak. Tengok kiri, dalam bulatan tertulis 20. Maknanya tambang THB 20. Jadi, kat sebelah kanan tu, picit butang yang tertulis 20, dan masukkan THB 20.

Akhirnya, kami sampai ke stesen Surasak. Turun2 sesat beb nak cari hostel. Salah masuk lorong. Haha. Lepas tu, ada pondok polis. Tanya polis tu, terus jumpa hostelnya. Nak ke Saphaipae Hostel, bila keluar dari stesen Surasak, ambil Exit No. 1. Lepas tu, turun tangga, terus ke kiri i.e. ke belakang tangga tu. Jalan terus sampai nampak pondok polis bercermin kat persimpangan jalan yang sangat besar [kalau tengok kiri, kat atas jalan tu ada signboard tulis Rama III]. Bila dah sampai hujung simpang tu, terus belok kanan. Jalan terus sampai nampak bangunan warna kuning kat seberang lorong kecil tu. Sampai!

Sampai hujung simpang ni, terus belok kanan. Lip Lap2 teksi kat Bangkok ni. Satu lagi, warna oren. Hehe.
Bila sampai hujung simpang, kalau toleh kiri, akan nampak jalan ni. Ada signboard Rama III dengan tulisan yang besar.
Nampak bangunan ni, maknanya dah sampai la..
Hostel yang aku tidur untuk 3 malam. Satu malam untuk dorm 10 orang = THB 288/RM 28.80

 BERSAMBUNG PART VI

Advertisements

5 thoughts on “Backpacking Trip to Thailand: Part V [Bangkok]

    1. broooo!! hehe. biar lama, tp jgn dilupa. hehe. dah lama dah aku balik bro. dah sebulan! haha

      seronok! serius seronok. rasa macam nak pergi lagi dan tak puas. haha. dah lah 4 hari aku solo kat sini. bila pegi tempat2 yang aku ada terbaca dalam blog ko, rasa macam “eh, ni dalam blog john!”. haha. tapi memang Bangkok sangat besar dan sangat banyak untk diexplore. Aku rasa kalau repeat tetiap tahun pun, still boleh pergi tempat lain2 kan?

      oh, btw, terima kasih untuk entri ko pasal grand palace tu. kalau tak, maybe aku pun terlajak. hehe. aku pun tercari2 maharaj pier tapi memang takde! katanya, tu kalau naik bot yang tourist. jadi, kalau naik yg biasa punya, memang kena turun kat ta chang. itu pun aku konfemkan dulu dengan kakak konduktor. hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s