Backpacking Trip to Thailand: Part VI [Bangkok – Chatuchak Weekend Market]

Bersambung dari Backpacking Trip to Thailand: Part V

Sampai-sampai kat hostel, tempat pertama yang kami tuju – bilik mandi. Bayangkanlah, 2 hari tak mandi. Badan dah rasa lain macam. Lekit dia tu, perghh.. Hehe. Terbaik! Dah siap mandi, kami terus keluar menuju ke destinasi pertama kami di kota Bangkok – Chatuchak Weekend Market [atau Jatujak] memandangkan hari ni hari Ahad dan dia cuma bukak hujung minggu. Kalau pergi esok, memang tak dapek la jang oi!

Petikan dari Wikipedia:

Chatuchak (or Jatujak; Thai: จตุจักร) weekend market in Bangkok is the largest market in Thailand. Frequently called J.J., it covers over 35 acres (1.13 km²) and contains upwards of 5,000 stalls. It is estimated that the market receives 200,000 visitors each day.[1] Most stalls only open on Saturdays and Sundays though Jatujak Plaza, the western section is open daily. In the north west corner is the J.J. Mall, with three floors of assorted oddments as well as eateries.

Dari Saphaipae Hostel nak ke Chatuchak Weekend Market [CWM], naik skytrain kat BTS Surasak. Beli tiket ke stesen BTS Mo Chit. Tambang THB 40/RM 4. Naik tren yang menghala ke stesen Siam dan turun kat stesen BTS Siam. Kat stesen Siam, kena tukar tren. Jadi, cari platform untuk ke stesen Mo Chit, naik tren tu dan turun kat stesen BTS Mo Chit [stesen last].

Sampai-sampai je kat stesen Mo Chit, turun tangga dari platform terus belok ke kiri, dan lepas cucuk tiket, belok ke kanan lalu jejantas yang seberang jalan 6 lorong. Turun-turun dari jejantas tu, dah dekat dengan CWM! Kalau keliru lagi, ikut je orang ramai. :) InsyaAllah sampailah ke CWM.

Pemandangan sebelah kanan jejantas...
Pemandangan belah kiri jejantas. Van2 warna putih = minivan. Macam teksi, tapi tak pakai meter sebab kalau nak naik, kena nego harga siap2. Aku tak naik pun sebab rasa membazir...

Macam dalam gambar atas ni. Turun tangga tu, sebelah kanan Chatuchak Park. Boleh jugak ke CWM ikut sini, rentas taman tu. Tapi, aku dan Muiz pilih untuk terus, ke arah yang ramai orang tu, lepas tu belok kanan. Sebab kat tepi2 jalan pun orang banyak jual2 barang jugak. Pendrive pun jual tepi jalan je. Hehe.

Kerajaan Perpaduan BN + PAS? Macam ni lah logonya kot kalau jadi kenyataan. Hehe.

Dekat pasar ni, macam-macam barang ada jual. Memang rambang mata dibuatnya. Ada papan tanda zon-zon, tapi bagi aku takda faedahnya. Sebab besar sangat sampai kami pun keliru kami dah kat mana. Katakan jumpa kedai A, lepas tu pusing-pusing kedai lain, memang payah dah lah nak cari kedai A tu balik.

Kat sini ada jual cenderamata, T-shirt Thailand, barang-barang seni, makanan, minuman, kraftangan, barang hiasan rumah, ikan, barangan kayu, haiwan peliharaan..ish, macam-macam lah. Nak list kan satu-satu, satu roll test pad tak cukup kot. Hehe.

Chatuchak Weekend Market, Bangkok...
Macam-macam ada..!

Aku cadangkan kalau nak beli ole2 ke, souvenir ke, keychain, t-shirt HRC Bangkok tak ori atau t-shirt I love Bangkok, beli je kat sini sebab harga dia not bad. Lagipun, tempat lain tak banyak pilihan dan kalau ada pun [macam kat Khao San Road], harga dia sekali ganda mahal. Tapi, kena pandai tawar menawar. Dia bukak harga tinggi. Korang cuba kurangkan 3/4. Lepas tu naik balik slow2. Kalau dia tak nak bagi kurang, korang keluar dari situ. Chances are, dia akan panggil korang balik dan kurangkan lagi harga sampai dua-dua puas hati.

Masa kat sini aku beli t-shirt, keychain, fridge magnet dan ‘topi Jason Mraz’ macam yang dia pakai dalam lagu I’m Yours tu.

Dah puas jalan-jalan, sekali aku rasa lapar. Baru aku teringat, kami tak makan apa-apa sejak pagi padahal masa ni dah pkul 4.00 petang. Mau tak lapar. Pusing-pusing sini, banyak kedai jual ‘Cik Bab’ je. Lepas tu, kami jumpa penjual barang antik pakai tudung. Terus tanya dia, “Kecek Melayu dak?“. “Kecek..” adik tu jawab sambil tersenyum. Mungkin sebab dia pun dah lama tak kecek Melayu, jadi rasa seronok dapat kecek Melayu. Kami tanya makanan halal kat mana boleh cari kat CWM ni. Dia kata kedai makan halal ada dekat menara jam.

Aku dengan Muiz punyalah cari mana lah menara jam ni. Jumpa signboard yang tulis zon-zon tu, nampak macam kat tengah-tengah. Tapi, macam mana nak pergi sana. Last-last kami pusing punya pusing, jumpalah menara jam tu. Memang agak tersorok sebab peniaga penuh keliling menara jam tu, jadi payah nak nampak.

Kedai makan halal... Saman Islam.
Penuh!

Tempat dia kecik tapi punyalah ramai orang. Penuh! Kat sini ada jual nasi briyani, tomyam, sup, pulut mangga dan macam-macam lagilah. Mula-mula ingat nak cancel je sebab takde tempat duduk. Tapi, lepas tu nampak orang bangun, terus rembat tempat tu.

Aku allergy sebab tak boleh makan udang, kerang dan makanan laut bercengkerang. Jadi, aku cuma order beef noodle [nak order ada menu kat dinding depan tapi tak ada tulisan rumi nama makanan tu. Nak order, kena pakai tunjuk je. Hehe] dan cha yen.

Masa makan kat sini, jumpa satu couple Melayu ni. Yang perempuannya pensyarah muda kat UMT, tengah sambung stadi kat universiti kat Bangkok. Dia pun baru je kat Bangkok beberapa hari. Eksaited jumpa kami. Dengar kami cakap Melayu, dia terjerit, “Eh, orang Malaysia!”. Hehe.

Overall, makanan dia okay. Standard la. Cha yen dia pun okay, tapi lebih sedap dari yang aku minum kat Hat Yai. Tapi, harga dia…tak okay. Agak overpriced bagi aku. Satu mangkuk beef noodle harganya THB 100/RM 10. Satu gelas cha yen = THB 20/RM 2. Cha yen kat sini memang harga standard THB 20. Tapi, semangkuk beef noodle THB 100? T.T Kopak… Tapi, takpelah. Syukur, makanan dah masuk perut pun.

THB 120/RM 12

Dah selesai makan, kami sambung jalan-jalan. Hari pun dah beransur petang. Dah nak gelap sebab dah pukul 5.00 [kat Thailand pukul 6.00 dah senja]. Jadi, kami decide nak keluar dari CWM untuk pergi ke tempat lain. Tengah pusing-pusing cari jalan keluar, kami jumpa ni:

T-Pop, bukan K-Pop... ;)

Tak, bukan kakak yang angkat tangan ke atas kat bawah gambar tu. Tapi, sekumpulan T-pop [sebab Thailand. Kalau ‘K’ untuk Korea kan? hehe] group tengah buat persembahan sambil miming kat tengah-tengah pasar sambil pakai tie dan blazer. Nampak macam ada perasmian sesuatu, tapi tak tau apa dia. Kumpulan ni pun nampak macam feymes sebab semua orang dok terjerit-jerit. Bukan semua orang la. Tapi, remaja perempuan Thai sahaja.

Nak dijadikan cerita, kami sesat masa nak cari jalan keluar. Entah kat mana-mana keluarnya. Kami pun layan je la dok berjalan. Sebab rasa panas, nampak J.J. Mall, terus masuk dah keringkan ketiak yang dah makin basah. Ada aircond katakan. Hehe.

JJ Mall ialah bukan Jaya Jusco.

Peluh dah kering, kami pun keluar mall ni. Lepas tu tanya orang mana nak keluar, dia tunjuk ke arah Chatuchak Park. Oh, baru kami tahu. Kat CWM ni ada banyak pintu keluar masuk. Tu yang kami masuk pintu lain, keluar pintu lain. Hehe. Lalu tepi street vendors sebelah Chatuchak Park, nampak pintu masuk ke park ni.

Meriah jugak Chatuchak Park. Dari locals ke farangs, semua penuhkan taman ni. Kebanyakkannya berkelah. Ada yang sekadar jalan-jalan. Ada yang sebab nak ambil gambar. Ada yang sebab nak pintas kt CWM. Tapi, memang meriahlah. Oh, tapi tak perasan pulak orang joging kat sini? Hehe.

Chatuchak Park, menuju ke stesen BTS Mo Chit

Keluar je dari Chatuchak Park, terus ke stesen BTS Mo Chit. Tapi, memang azab gila nak naik dan masuk stesen BTS Mo Chit masa ni. Sebab ramai sangat orang! Penuh dengan orang yang tunggu kat bas stand untuk naik bas/teksi/tuk tuk, minivan yang dok beratur, orang-orang yang nak naik ke stesen BTS. Jem jugaklah kat tangga jejantas tu.

Memang mencabar nak lepas dari kawasan ni untuk naik stesen BTS...

Sampai stesen BTS Mo Chit, kami pun beli tiket untuk ke destinasi seterusnya. Jalan-jalan sekitar shopping mall kota Bangkok sebab nak jalan-jalan kat tempat ada aircond pulak.

Victory Monument - pusat sehenti untuk minivan...

BERSAMBUNG PART VII

Advertisements

9 thoughts on “Backpacking Trip to Thailand: Part VI [Bangkok – Chatuchak Weekend Market]

    1. u’re welcome bro! terima kasih sebab sudi baca :) nanti lepas dah balik dari Siam, jangan lupa tulis kat blog. nak gak baca pengalaman ko. hehe

  1. wah besar betul pasar minggu kat sini. patut la ramai org . sy pernah lalu kat bts mochit pegi stesen bas bangkok . tp tak sempat singgah. mmg jadi inspirasi baca blog ini dan backpacker busuk. jadi panduan masa di stesen hualompong .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s