Backpacking Trip to Thailand: Part VII [Bangkok – Shopping District and Khao San Road]

Bersambung dari Backpacking Trip to Thailand: Part VI

Dari BTS Mo Chit, kami turun di stesen BTS Siam dulu untuk tukar tren. Kat stesen Siam, cari signage yang tunjuk ke National Stadium. Naik tren kat platform tu dan turun di stesen  BTS National Stadium. Tambang dalam THB 35/RM 3.50. Dari stesen National Stadium, ada jejantas yang terus sambung ke MBK Centre.

Dekat stesen Siam memang ramai orang. Sebab stesen interchange antara Silom Line dan Sukhumvit Line. Tengok sebelah kanan, sebenarnya diaorang beratur ikut barisan tu...
Penuh sungguh orang dalam tren.. -_-". Oh, topi Jason Mraz beli kat Chatuchak. THB 120/RM12.

Kat Bangkok ni, kawalan keselamatan memang ketat. Pagi tadi, nak masuk MRT kena lalu gerbang bip-bip. Ni nak masuk shopping complex pun sama. Macam biasa, sebab beg aku ada mangga, jadi bip-bip tu berbunyi. Kenalah aku bukak beg tunjuk apa ada, dan akhirnya barulah dilepaskan. Hehe.

Satu benda yang menarik perhatian aku, polis/guard yang jaga gerbang bip-bip ni sangat berdedikasi. Walaupun ramai orang, tapi kalau bunyi bip-bip tu ada, memang dia akan tahan. Tapi, diaorang sangat mesra dan manis senyuman… Eh, maksud aku murah senyuman. Aku tau, mesti penat punya nak cek beg orang, tapi senyuman tak pernah lekang. Baik yang dicheck tu farang mahupun lokal.

Sebab kami memang tak berniat nak beli apa-apa, jadi kami sekadar pusing-pusing kat dalam MBK Centre ni. Tengok kedai-kedai, window dan door shopping sikit. Lepas tu, masuk pasaraya kat tingkat bawah sebab air mineral aku bawak dari Malaysia dah habis. Kat sini harga air minuman 1.5 liter THB 10/RM 1.00. Murah lah kan? Aku beli satu. Lepas tu aku beli jugak air Pepsi 500ml dalam botol kaca ala Red Bull. Stail! Sebab kat Malaysia tak ada. Heee..~

Jangan minum! Nanti 'cherry berry' sape susah? Hehehe...

Dah puas kat dalam, ketiak pun dah kering, kami nak rasa angin luar pulak. Sebelum tu aku ke tandas dulu. Tandas dia bersih gila! Tapi… tak ada paip. T.T Pancutan air macam kat tandas KLCC tu pun tak ada. Jadi, kalau nak ke tandas dalam MBK Centre ni, pastikan bawak bekal air ye? Kalau tak…hehehe. Kami pun terus berjalan-jalan tanpa hala tuju kat tepi MBK Centre ni. Kami duduk kat tepi jalan sambil tengok pemandangan jalan, tengok gelagat orang… Buang masa kat tepi jalan sambil cuba menjadi ahli sosiologi, menilai perangai orang-orang di Bangkok dan budaya di sini melalui pemerhatian. Bunyi macam bosan? Tapi sebenarnya best! Cubalah. Haha.

Papan digital trafik. Kalau merah tu, dah gridlock la maknanya tu.

Tak lama lepas tu, kami teruskan perjalanan untuk ke Khao San Road. Sebelum tu, sempat dulu camwhore sana sini. Mana tak penuh memory card kamera. Haha. Sebab banyak Christmas decorations memandangkan hari ni hari Krismas. Ho Ho Ho!

Nak ke Khao San Road pun mencabar jugak. Walaupun dalam itinerary aku dah ada direction, tapi kami tetap gagal. Masa kami nak ke Khao San Road, jam dah pukul 6.00 lebih. Hari pun dah gelap. Mula-mula ingat nak jalan kaki. Tapi, semua orang Thailand yang kami tanya sama ada dia cakap dia tak tahu [mungkin cara kami sebut Khao San Road salah. Dahlah diorang tak berapa mahir baca tulisan Rumi] atau diaorang akan kata “So far. Cannot walk”.

Akhirnya ada seorang lelaki ni bagi direction kat kami. Tapi dia kata jauh. Dia cadangkan kami naik bas. Tapi, kami tengok bas stand pun penuh, kami decide nak gamble. Jalan kaki je. Jalan punyalah jalan, rasanya macam tak sampai-sampai pun. Kami pun give up. Kami tahan satu tuk-tuk [at least dapat gak merasa naik tuk-tuk kan. hehe]. Tanya berapa tambang, dia kata seorang THB 150/RM 15.00! Giler mahal! 2 orang dah THB 300. Memandangkan kami on tight budget, kami let go tuk tuk ni dan terus berjalan kaki.

Jalan punya jalan, kami memang tak tahu kami dah sampai kat mana. Kami ambil keputusan, nak tanya orang lain yang bukan seorang tuk-tuk driver. Kebetulan, nampak satu salon gunting rambut tepi jalan. Terus tanya akak-akak Siam tu dalam bahasa Inggeris yang dah macam ayam dengan itik atau itik dengan angsa, macam mana nak ke Khao San Road. Diaorang kata naik tuk-tuk. Aku cakap tak nak. Tadi driver tuk-tuk caj sorang THB 150. Terbeliak mata diaorang dengar! Diaorang kata mahal tu.

Kami pun guna strategi umpan dengan menggunakan muka kesian. Mintak akak-akak tu tolong nego dengan tuk-tuk driver. Keluar dari salon, terus diaorang tahan satu tuk-tuk ni. Nego – nego, dapat turun sampai THB 50/RM 5 seorang. Kira oklah kan daripada kena ketuk kaw-kaw dengan driver tuk-tuk yang caj THB 150 tu.  Terima kasih akak-akak salon! Lain kali saya datang Bangkok, kalau saya jumpa kedai akak, saya potong rambut kat situ ye? Hehehe.

Naik tuk-tuk ni, kalau sekadar nak rasa atau bagi 1st timer macam aku ni yang nak dapatkan pengalaman tu, oklah. Nak rasa budaya Thailand. Sebab jujurnya,  sebagai public transport, tuk-tuk mahal dan ciri keselamatan kurang. Selamat lagi naik beca kat Melaka. Hehe. Sebab diorang bawak ya Allah laju sungguh. Dah tu, bila tanya dari mana dan kami jawab dari Malaysia, terus keluarkan ‘katalog‘ urut. Katalog dalam inverted comma tau. Haha. Petang tadi, masa kami duduk-duduk tepi MBK pun ada driver tuk-tuk offer ‘katalog’ urut bila tau kami dari Malaysia. Huhuhu..

Nasib baik jalan jem. Kalau tak konfem dia pecut. Jalan ni besar sungguh. 6 lane - 6 lane.

Tuk-tuk ni akan berhenti kat tepi jalan. Kat situ ada satu simpang ke kiri. Simpang/lorong tu lah Khao San Road, tempat paling feymes sebab penuh dengan backpackers Mat Salleh. Tapi, bagi aku kalau setakat nak datang jalan oklah. Nak shopping jangan sama sekali. Sebabnya bila ramai Mat Salleh, harga diaorang naikkan sekali ganda. Kalau korang tawar pun, tak banyak harga yang boleh dikurangkan. T-shirt Bangkok aku beli kat Chatuchak dalam THB 100, kat sini diorang jual THB 180. Bila mintak kurang, dapatlah sampai THB 150. Tapi, tetap mahal bagi aku. Tak berbaloi.

Kalau nak pilih hostel pun aku tak galakkan hostel kat sini. Walaupun mungkin ada antara korang yang tak kisah dengan bunyi-bunyian muzik kuat sampai pagi dan adegan mabuk-mabuk, tapi Khao San Road jauh dari tarikan-tarikan lain yang ada di sekitar Bangkok. Paling penting, jauh dari sistem BTS / MRT. Kat sini yang ada cuma bas, tuk-tuk dan express boat. Express boat pulak malam dah tak ada. Jadi, kalau dari segi logistik tu, payah lah. Lagipun, Khao San ni lebih kurang macam Petaling Street kita je. Cuma dia lebih liberal dan lebih… Thai? Bolehlah, lebih Thai. Sebab makanan Thai pun banyak. Hehe.

Urut berjemaah membawa barakah...?
Khao San Road, Bangkok
Ada berani?
Kebetulan ada show Magical Smile @ Thailand... Layan muzik fusion tradisional-moden jap. Best!

Dah tawaf Khao San Road, kami cadang nak balik ke hostel balik. Sebab tak nak naik tuk-tuk, kami buat keputusan untuk naik bas. Untuk ke tempat tunggu bas, keluar je dari Khao San Road, lintas jalan. Lepas tu, terus belok kanan. Jalan terus sampai ke hujung simpang dan belok kiri. Tunggu bas di depan 7-E. Oh, 7-E sini memang banyak! Ada sebelah-sebelah, selang satu, bertentang. Dalam satu lorong kadang-kadang tu ada smpai 4 7-E. Hehe. Unik.

Tunggu bas depan 7-E ini...
Seberang jalan ada satu lagi 7-E.. hehe

Nak balik naik bas pun ada masalahnya. Kami ada tanya polis bantuan No. bas yang kena naik untuk ke stesen BTS terdekat. Tapi, No. bas yang polis tu bagi nampaknya tak pergi ke destinasi yang kami nak pergi. Nasib baik kami ada jumpa dengan sorang budak perempuan Thailand ni, graduate dalam English. Senang sikit nak tanya. Itu pun sebab kami tengok dia macam boleh tolong. Dia tengah tunggu bas dengan mak dia. Lepas tu, kami pergi kat dia, kami tanya “Excuse me. Do you speak English?” Hehehe. Budak ni pernah pergi Cameron Highlands. Dia cerita kat kami. KL pun dia pernah pergi. Eh, apsal cerita pasal dia pulak. Haha.

Jadi, kami naik Bas No. 79 dan turun kat Siam Road, dekat dengan stesen BTS Siam. Tambang THB 13/RM.130. Jangan risau pasal tambang sebab bas kat Bangkok masih guna sistem konduktor. Bagitau mana nak pergi, nanti dia bagitau tambang dan kita bayar. Kalau konduktor tak boleh cakap Inggeris, nanti dia akan tunjuk tiket kita dan kita bayarlah ikut harga yang tertera kat tiket tu.

Sampai Siam Road, kami tak terus gerak ke hostel sebaliknya kami pusing-pusing area tu dulu. Sebab jam dah pukul 9.00 lebih malam, jadi shopping complex banyak dah tutup. Tapi, kat sini ada pasar malam. Jadi, bolehlah jalan-jalan kat kawasan ni, beli jajan ke apa ke. Tapi, kalau perempuan memang suka lah tempat ni. Sebab baju lawa-lawa trendy-mendy dengan aksesori semua ada jual kat sini. Harga murah pulak tu.

Kalau jalan lagi, nanti ada satu lorong, lorong tu akan menghala ke Siam Square. Tempat ni tak adalah happening sampai penuh orang sangat. Tapi, cantik sebab nampak moden. LCD screen kat dinding bangunan bersepah merata. Macam kat Tokyo pulak rasa. Hehe.

Pasar Malam...
Siam Square...

Jalan-jalan kat Siam Square, kat Digital Gateway, camwhore – akhirnya kami dah penat dan kami rasa nak balik ke hostel. Dari sini, naik stesen BTS Siam ke BTS Surasak dengan tambang sebanyak THB 35/RM 3.50.

Sampai-sampai hostel, kami tak tidur terus pun. Hehe. Mandi-mandi, makan bekal hotdog yang Muiz bawak dari Malaysia, lepas tu kami lepak kat Sky Terrace. Sky Terrace terletak kat tingkat 6 Saphaipae Hostel. Satu benda bagus pasal hostel ni – dia ada lift. Jadi, tak adalah menapak dengan dahsyatnya. Heee.

Muiz @ Saphaipae Hostel's Sky Terrace...

Syok lepak Sky Terrace ni. Udara sejuk, memang rasa macam nak bentang toto tidur sini je. Dari sini, boleh nampak kawasan skyline Bangkok yang semacam hutan batu. Bangunan tinggi-tinggi je. Lepak-lepak sini sampailah Muiz tertidur. Sejuk campur penat, memang terpejam-pejam lah kat sini. Aku kejut Muiz, dia pergi masuk dorm, aku lepak bilik TV. Layan cerita Date Night dengan seorang lagi traveller. 10 minit lepas tu, aku pun tak tahan dah. Ngantuk sangat. Balik dorm, baring-baring atas tilam tebal yang empuk, tak sampai 2 minit, aku dah tertidur…zzz

BERSAMBUNG PART VIII

Advertisements

2 thoughts on “Backpacking Trip to Thailand: Part VII [Bangkok – Shopping District and Khao San Road]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s