Solo Trip to Thailand: Part II [Ayutthaya]

Bersambung dari Solo Trip to Thailand: Part I

DAY V – Selasa, 27 Disember 2011

Pagi ni aku bangun awal. Pukul 8.15 pagi aku dah terpacak depan kaunter tiket kat stesen keretapi Hua Lamphong sebab hari ni, aku nak pergi ke bandar purba, Ayutthaya! Jadi, dari BTS Surasak aku pergi ke BTS Sala Daeng [THB 20/RM 2]. Dari BTS Sala Daeng aku naik MRT Silom ke MRT Hua Lamphong [THB 18/RM 1.80]. Sampai stesen keretapi Hua Lamphong, aku pergi ke kaunter tiket untuk hari ini [kaunter sebelah kiri] dan beli satu tiket kelas ketiga ke Ayutthaya dengan harga THB 20/RM 2. Murah sebenarnya harga tiket ni memandangkan jarak antara Bangkok ke Ayutthaya dalam 70 km lebih dan ambil masa sejam setengah perjalanan naik tren.

Suasana pagi kat area Silom...
Eskalator ke platform MRT.. jauh ke bawah tanah...
Tiket dari Bangkok ke Ayutthaya...
Dalam gerabak dari Bangkok ke Ayutthaya...

Dalam pukul 8.40 pagi tren mula bergerak dan aku sampai Ayutthaya kira-kira pukul 10.00 pagi. Ayutthaya ni terkenal sebab kat sini ada banyak wat-wat lama memandangkan bandar ni merupakan bandar purba atau ibu negara Thailand sebelum Bangkok. Ayutthaya jugak merupakan World Heritage Site sama macam Melaka dan Georgetown.

Bila sampai Ayutthaya korang boleh pilih nak explore bandar ni naik basikal ke [sewa dalam THB 15/RM 1.50], motorsikal atau tuk-tuk. Masa ni aku sorang-sorang, jadi aku tak jumpa kat mana kedai nak sewa basikal. Akibatnya aku naik tuk-tuk untuk tour wat2 ni dengan bayaran THB 250/RM 25 sejam [lepas tawar menawar]. Mula-mula dia nak caj THB 350, lepas mintak kurang dapat THB 250. Tapi tetap mahal dan tak seronok berbanding naik basikal. Nasib baik aku bawak duit lebih sikit. Hampir 3 jam aku tour bandar Ayutthaya, kena caj THB 700/RM 70.

Stesen Ayutthaya..

Yang buat lagi sakit hati bila aku jumpa kedai sewa basikal tu masa dah lepas habis tour dengan tuk-tuk. Hadoi~. Kalau sesiapa yang nak sewa basikal untuk pusing2 Ayutthaya, sampai-sampai je kat stesen Ayutthaya, korang keluar dari stesen. Kalau ada driver tuk-tuk datang, tak payah layan. Lepas tu keluar dari stesen dan lintas jalan. Kedai sewa basikal ada kat seberang stesen sebelah kanan. Seronok je tengok traveller2 lain kayuh basikal masa aku dalam tuk-tuk. Takpe, jadikan pengajaran dan pengalaman. Hehe..

Kedai sewa basikal seberang jalan depan stesen keretapi Ayutthaya..

Tapi, kelebihan naik tuk-tuk yang mahal tu ialah dapat pusing tengok banyak wat-wat purba yang ada. Dapat tengok wat yang terkenal sebab takde kepala Buddha, wat yang ada kepala Buddha tersangkut kat akar pokok, wat yang tenggelam ada kesan air dek banjir besar baru-baru ni [Ayutthaya antara daerah paling teruk terjejas] dan sekadar merasai feel jalan-jalan kat World Heritage Site.

Sleeping Buddha...
Ayutthaya ancient temple...
Ayutthaya...
Buddha head...

Bila sampai balik ke stesen keretapi, aku tunggu kaunter tiket buka dan lepas tu terus beli tiket keretapi dari Ayutthaya ke Bangkok. Memandangkan pengumuman kat stesen-stesen keretapi cuma dibuat dalam bahasa Thai, aku pun tanyalah kat pegawai keretapi Thailand, bila tren aku akan sampai. Masa ni, dapat lagi 2 kawan baru dari Perancis, Jean dan Franck. Bahasa Perancis yang aku belajar kat sekolah dulu memang dah berhabuk berkarat habeh. Jadi, dapat lah pick up balik satu dua vocab dengan diorang. Hehe.

Menanti ketibaan keretapi...

Lepas tu, tren pun sampai dalam pukul 2.00 petang macam tu. Sebab takde seat number, jadi aku main duduk je lah. Masa duduk ni, aku nak confirmkan dengan mamat sebelah aku, betul ke keretapi yang aku naik ni. Tapi, dalam explain2 tu, aku dengar dia tunjuk tiket, lepas tu keluar perkataan “ni…ni”. Jadi, aku suspek dia orang Melayu-Siam. Tengok-tengok betul. Hehe. Dia pun bagitaulah yang tren aku delay, tapi takpe. Naik je tren yang aku dah naik ni. Jadi, sepanjang-panjang perjalanan borak dengan dia pasal politik, isu semasa, pasal kehidupan dia sebagai rakyat Thailand dan macam-macam lagi lah. Oh, nama dia Sulaiman. Budak law jugak. Hehe. Tapi, ralat aku lupa nak ambil gambar dengan dia.

Dah nak sampai stesen Bangkok, aku bagitau dia aku nak makan dulu sebab aku tak makan dari pagi sedangkan masa tu dah dekat pukul 4.00 petang. Jadi, dia pun bawak aku pergi satu kedai makan yang sedap dan murah. Aku tak rasa yang ramai orang luar pernah pergi kedai ni sebab tempat dia agak tersorok.

Kalau nak ke kedai makan ni, dari stesen keretapi Hua Lamphong, jalan ke arah balai menunggu stesen tu [ke arah jam]. Pastikan food court kat sebelah kiri. Jalan terus dan keluar kat pintu belah kiri. Lepas tu lintas jalan dan masuk ke satu lorong yang kiri kanan ada gerai-gerai jual barang [ala uptown]. Sampai hujung lorong tu, belok kiri. Nanti korang akan nampak kedai ni:

Kedai makan murah dan best..!

Kat kedai ni, aku ambil nasi putih dan 2 lauk + Cha Yen dan unlimited air kosong = THB 50 sahaja/RM 5! Murah lah tu. Hehe. Tak pasti ada goreng-goreng tak tapi lauk-lauk dia dah cukup menyelerakan. Lauk kampung Melayu tapi ada rasa-rasa unik sikit sebab mungkin dan bercampur dengan stail Thailand. Tapi, Cha Yen kat sini by far yang paling sedap yang aku pernah minum.

Lauk pauk yang banyak...
Cha Yen yang sedap...

Lepas dah makan kat kedai ni, aku balik ke hostel. Sebelum tu sempat singgah kedai kopi kat depan Saphaipae Hostel, sembang-sembang dengan Jimmy dari Kanada. Lepas tu, aku lepak kat Sky Terrace kat tingkat 6. Malamnya, aku sekadar lepak sembang-sembang dengan DSR, Jimmy dan traveller2 lain kat hostel sebelum masuk dorm dan tidur. Esok nak naik bas ke Hat Yai…

Termenung sorang2 kat Sky Terrace kat level 6 hostel...

BERSAMBUNG: SOLO TRIP TO THAILAND – PART III

Advertisements

6 thoughts on “Solo Trip to Thailand: Part II [Ayutthaya]

  1. Huhu…my trip to Ayuthhaya mmg memorable one….depart dari Hualampong dlm 7.30 mlm mcm tu…beli tix rm2 tu jugak, tapi jenuh mencari tempat duduk….rush2 masa tu sbb pas beli tix terus keluar sbb nak ambik pic bangunan Hualampong station tu…..baca tix dia tak paham n nombor seat kat kerusinya tak ada….then ada sorang mamat pekerja ketapi tunjukkan tempat, dia kata boleh dok mana2 je dlm ni sbb tix free seat katanya…it’s the same as your picture….tapi memalam ramai org weeiii, mcm smua yg bekerja di Bangkok nak balik rumah masing2 kat luar Bangkok…n sampai satu masa aku syak seat ni bukan yg sebenarnya…sbb seat tu mcm ada nombor n org yg naik pun mcm dok cari2 nombor….ada pakcik tu dtg kat tempat aku n cakap2 dlm bahasa siam pastu ada org lain panggil dia ke seat lain….aku blur2 je la sbb tatau apa kan, org keliling penuh tapi satu pun x cakap apa2 (sbb diorang tak cakap english kot) then mulalah rasa tak selesa amat sbb mcm org2 keliling dok gossip2 pasal aku jeh…sampai time pegawai check tiket (pegawai kedua ya..sbb pegawai pertama check tix aku lepas je)…pegawai kedua ni gi check tix pakcik tu then cakap la yg seat dia bukan kat situ (mcm lah aku paham bahasa Thai kan)…instead tempat aku duduk….pegawai tiket pun cakap ngan aku dlm Thai jugak (biasalah kalo kita ke Thai mmg disangka local) sampailah org sebelah cakap aku bukan Thai….then barulah pegawai kedua ni tunjukkan aku seat yg sebenar, tiket rm2 ni koc kerusi kayu je sebenarnya…..lebih luas tempat letak kaki, kurang orang dan lebih selesa (selesa sbb takde feeling org menggosip lagi)….

    sampai Ayutthaya mmg dah lewat mlm, Ayutthaya pun mcm pekan2 kecil lain dia tidur awal..aku join pasangan ibu-anak dara Polish mencari hostel…jalan jauh masuk becak segala nak lintas jambatan ke seberang sungai tu…..public transport pun tak kelihatan area stesen tapi ada satu dekat2 dgn hotel tepi sg kitorang tanya offer 300 bath, tapi si anak dara tu dah seasoned traveler, so dia agak tegas n berkira bila dia tahu harga tu mahal…so kita jalan kaki je lah mencari hostel yg rm20 semalaman….rupanya pekan Ayutthaya ni lebih besar dari gambaran map dlm Lonely Planet, penat berjalan kitorang end up kat hostel rm50 semlaman, tapi aku offer nak cari lagi n diorang tunggu dulu kat situ….jangkaan ada depan2 tu je tapi rupanya jauh lagi kena jalan…Ayuthaya banyak anjing liar n malam2 diorang sangat suspicios dgn pejalan kaki n mula menyalak…cuak jugak la sbb aku suspeck tmpt aku cari tu along jln tu tapi guarded by strays pulak….then aku nampak srg mamat local naik motor terus tahan…,dia tak pandai english tapi aku berusaha jugakla cakap tolong bawak aku naik motor dia cari tpt2 sekian n aku akan bayar 20 bath….dia setuju je, then naik lah motor dia mencari sampai jumpa….jumpa akhirnya….tempat dia dlm taman lagi dgn pintu gate besar kat depan, dah berkunci…ada loceng kat tepi gate, nak tekan nampak notis kata diorang dah full…..maka baliklah ke hostel rm50 dgn hampa…..mat motor tu hantar n “wai” berkali2 ucap terima kasih utk 20 bath tu….(aku doublekan jadi 40 bath sbnarnya).

    esok tu kitorang cari kedai basikal celah2 pekan Ayutthaya….tapi kitorang tak travel sesama sbb aku nak ke st keretapi dulu beli tix ke Chiang Mai…mlm karang nak bertolak terus, sama skali dgn pasangan Polish jugak. So aku wat tour sendiri lah…pergi ke muslim quarter dulu sbb nak cari makanan…ken bwk basikal naik bot lintas sungai lagi ok….fun sangat2….rupanya comunity muslim di Ayutthaya sangat2 besar….kampung seberang sungai penuh dgn masjid (selain beberapa wat yg cantik dan gereja2 lama). Singgah satu kedai jual mee celup ala Pattani tapi org2 sana langsung takleh cakap melayu la…english pun tak berapa….skali ada ustaz sekolah agama berdekatan dtg situ n pakcik restoran pot-pet2 something tunjuk kat aku….ustaz tu dtg kat aku cakap dlm bahasa Indon…ingatkan Indonesian, rupanya asal Bangkok, kahwin org Ayuthaya n menetap di situ…tapi pernah belajar n tinggal di Jakarta selama 8 tahun…patutlah fasih cakap Indon, aku pun ngomong Indon jugak la ama dia….

    Lepas makan terus ke masjid berdekatan utk zuhur then masuk sekolah agama 3 tingkat dekat situ ambik2 gambar….ada sorang budak student asal dari Bangkok cakap ENglish bagus…..

    lepas tu mulalah mengayuh dan sesat (walaupun pakai google map masih misleading)….entah kemana2 lah sampai masuk sawah padi etc2 dlm susasana yg amat panas terik (kan bagus kalo sunny begini masa kat Phuket n Krabi sblmnya)……..adalah cycling dlm 8-9 km kot baru nampak kelibat Ayutthaya semula…terserempak pulak dgn ibu-anak polish kat situ, tapi pas borak2 sekejap kitorang parting lagi sbb aku nak g ke temple lama yg diorang baru je pas melawat….then lepas tu pusing2 bandar lama Ayuttahaya je lah….penat giler weh…habis je hantar basikal aku dah lembik (cycling dlm 30km kot hari tu, panas terik)….gagahkan diri jugak masuk ke pasar Ayutthaya tu nak beli makanan, ramai muslim berniaga sini…then belilah nasik ayam bungkus niat nak makan dlm keretapi nanti…balik ke hostel rm50 utk ambik beg, ibu anak polish dah sampai…masa ni baru terfikir alangkah bagusnya kalo dapat stay overnight lagi, mandi n tidur atas katil empuk….satu badan bergaram sbb peluh kering, tapi taklehlah sbb lepas tu kitorang kena terus ke stesen ktapi nak ke chiang mai pulak…..good things, koc yg kita beli tu 2nd class Aircond n agak selesa….tidur nyenyak sampai ke pagi

  2. Bro…dlm bhs thailand ini pon diorg sebut ni gak…lain kali cb try teh o ice limau diorg… mmg best dr yg kat malaysia… sebut cha ma nao… rs die lain sket dr yg kat malaysia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s