Solo Trip to Thailand: Part III [Grand Palace, Bangkok]

Bersambung dari Solo Trip to Thailand: Part II

DAY VI – Rabu, 28 Disember 2011

Hari keenam aku di bumi Thailand. Petang nanti aku kena naik bas dari Sai Tai Mai untuk ke Hat Yai sebelum cari bas untuk pulang ke Malaysia. Tiket bas aku pukul 6.00 petang. Sebab ada masa lagi paginya, aku cadang nak pergi ke area Grand Palace. Lagipun, aku tak merasa lagi naik bot atas Sungai Chao Phraya ni. Pagi-pagi dalam pukul 8.00 aku dah bersedia nak ke Grand Palace. Masa ni, dalam dorm aku semua dok sedap berdengkur lagi. Sebelum keluar, aku bagitau receptionist aku nak extend check out pukul 2.00 petang.

Dari hostel, aku naik BTS dari Surasak ke stesen Saphan Thaksin. Sebenarnya, dalam 10 minit je jalan kaki dari hostel. Tapi, saje nak naik BTS. Hehe. Jeti untuk naik bot dekat je dengan stesen Saphan Thaksin.

Stesen Saphan Taksin..
Untuk ke jeti, ikut je arah kat stesen BTS Saphan Taksin...
Sandbags kat jeti sebab banjir baru-baru ni...

Sampai-sampai jeti [Sathorn Pier/Central Pier], aku keliru nak kena naik bot yang mana dan macam mana nak bayar. Jadi, aku pun tengok keliling nak tengok apa yang orang lain buat. Hehe. Untuk pengetahuan, kat sini ada banyak jenis bot dan semua bot-bot ni dibezakan dengan warna bendera. Ada tourist boat [unlimited ride], bot bendera biru, bot bendera oren. Aku naik bot bendera warna oren [sebab ramai naik bot ni] dan tambang nak ke Grand Palace ialah THB 15/RM 1.50 sehala. Sistem tiket dia sama macam naik bas. Korang naik je bot ni, nanti ada konduktor datang mintak duit dan korang bayarlah tambang dia. Nak ke Grand Palace, turun kat jeti N9 – Tha Chang. Ingat, jeti Tha Chang. Sebab kalau tengok signboard kat sini dia kata kat Maharaj Pier, tapi korang yang naik bot bendera warna oren memang takkan jumpa Maharaj Pier sebab tak silap aku, itu cuma untuk tourist boat.

Wat Arun... 'Temple of the Dawn'...
Bot panjang...
Bangunan tinggi tepi sungai..
Pemandangan dari dalam bot..
Turun kat jeti ni tau kalau nak ke Grand Palace...

Keluar-keluar dari jeti, jalan terus je. Masa ni akan lalu area jual makanan dengan minuman. Kalau rasa haus ke, boleh lah beli air kelapa kat sini. Nampak menyegarkan! Heee. Lepas tu jalan je terus, dan lintas jalan. Lepas tu terus je. Nanti sampai lah pintu masuk Grand Palace.

Jalan terus je kat sini...
Architecture stail lama...

Nanti nampak ada Pak Guard depan pintu gerbang, haaaa.. dah sampai Grand Palace. Mula-mula ingat tak nak masuk, nak jalan-jalan keliling je. Tapi, sebab ada banyak lagi masa sebelum aku nak naik bas petang ni, jadi aku lawat jugaklah Grand Palace. Aku baca kat blog-blog lain, dulu harga tiket masuk dia THB 350/RM 35. Untuk tahun 2011, harga dah naik! THB 400/RM 40. Tau rakyat Thailand bayar berapa untuk masuk Grand Palace ni? Tak payah bayar apa-apa! Free weyh! Hehe. Sungguh tak adil. Kalaulah aku boleh cakap bahasa Thai dengan fasih, boleh menyamar. Hehehe.

Harga baru untuk tiket masuk ke Grand Palace: THB 400...

Oh ye. Kalau nak masuk Grand Palace, kena pakaian sopan. Perempuan tak boleh seksi-seksi dan lelaki tak boleh pakai short. Kena tutup ‘aurat’ ye. Hehe. Kalau tak tutup ‘aurat’, dekat pintu masuk tu ada satu bangunan sebelah kanan, kat situ boleh sewa seluar panjang. Tak silap harga sewa dia THB 50/RM 5.

Aku suka Grand Palace dan kawasan-kawasan sekitar dia sebab aku memang selalu fascinated dengan architecture Thailand. Architecture dia cantik. Bumbung dia cantik, lepas tu ada serap elemen-elemen Buddhism. Yang paling aku kagum, ada sesetengah bangunan tu letak batu jenis yang lip-lip lip-lap tu dekat dinding dia. Tapi, tetap cantik, kemas dan teliti. Impresed!

Ok, jujurnya kalau aku nak letak semua gambar yang aku ambil masa kat Grand Palace, memang tak muat satu entri ni. Hehe. Jadi, yang kat atas ni antara bangunan-bangunan, stupa, wat dan seumpamanya yang akan korang jumpa kalau korang masuk Grand Palace. Panas memang panas masa ni, tapi sebab aku rasa seronok dapat jalan-jalan cuci mata dan hayati budaya kat sini, aku jadi leka dan tak sedar yang dah dekat 2 jam aku kat sini. Hehehe.

BERSAMBUNG: SOLO TRIP TO THAILAND – PART IV

Advertisements

7 thoughts on “Solo Trip to Thailand: Part III [Grand Palace, Bangkok]

    1. Hi, roughly overall budget I untuk trip ni, RM 800. Tips dia senang je, mana yang tak perlu, kita elak. Contohnya untuk transport, ada teksi dan bas. I pilih bas. Hehe. Keretapi pun I naik kelas ketiga. Murah tapi pengalaman memang takkan lupa. Hehe.

  1. Susah nk menyamar bro… diorg ttp mintak ic thailand klu tk bg tiket… tk pon cb bg pengawal yg jaga pintu msk tu 200baht… tu pun dh jimat sparuh dh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s