Uniquely Singapore: Part 2

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 1

DAY II – Sabtu, 4/2/12

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44 

Aku terjaga dalam pukul 5.00 pagi sebab dah lah sejuk nak mampos, pastu pulak dengar bunyi bising-bising. Buka mata, tengok dah penuh orang kat departure hall ni. Masing-masing dah nak get ready untuk flight pagi. Siap ada yang datang dengan tour lagi. Aku pergi toilet, basuh muka, gosok gigi semua. Lepas tu, kejut Akmal. Sebab MRT tak ada lagi pepagi buta ni, jadi kami duduk-duduk dulu, tengok sekeliling. Bila dah tak tahan sejuk, kami duduk luar terminal. Dalam pukul 6.00 pagi lebih sikit, kami pun bergerak nak naik skytrain sebab nak naik MRT. Kat Changi, stesen MRT kat Terminal 2. Jadi, macam kami yang ada kat departure hall Terminal 1, kena naik skytrain ke Terminal 2, baru naik MRT dari situ. Skytrain ni macam monorel lah, dia sambungkan antara terminal-terminal yang ada, kecuali budget terminal; kat situ korang kena naik shuttle bus.

Menanti ketibaan skytrain...

Sampai Terminal 2, kami cari signboard nak ke stesen MRT Changi Airport. Kami nak beli Singapore Tourist Pass [STP] sebab kami akan banyak naik public transport. Tapi sebab kat stesen ni kaunter nak beli STP buka lambat, kami decide untuk ambil MRT ke stesen MRT Raffles’ Place sebab kat sini kaunter untuk beli STP buka seawal 8.00 pagi. Dari Changi ke Raffles’ Place, single journey tiket harga dia SGD 2.10 tak termasuk deposit SGD 1.00. Kiranya, masa beli tiket ni bayar SGD 3.10, tapi sampai kat stesen yang korang nak pergi tu, pergi ke General Ticketing Machine [GTM] dia dan dapatkan balik refund SGD 1.00 tu.

MRT dari Changi akan berhenti kat stesen Tanah Merah. Kalau nak ke MRT Pasir Ris/MRT Joo Koon, kena turun di sini dan tukar platform. Nak ke Raffles’ Place, kena tukar ke platform yang menghala ke Joo Koon.

Ingat, ke Joo Koon. hehe
GTM
Interface GTM...
Standard card untuk single journey *Sori gambar blur, salah setting. Haha*

Tips beli tiket dari GTM: Kalau korang tak beli STP/Ez-link [macam Touch n’ Go] sebab nak naik MRT jarang-jarang, korang boleh beli tiket untuk single journey dari GTM. Tekan ‘Buy Standard Ticket’ lepas tu pilih kat sebelah kanan stesen yang korang nak pergi dan masukkan duit. Senang je kan? Nak dapatkan balik deposit, tekan Return Deposit, lepas tu masukkan tiket/kad tadi kat dalam slot dia. Nanti dia pulang balik deposit SGD 1.00 korang.

Sampai MRT Raffles’ Place dalam pukul 8.10 pagi, kami pun beli STP. STP ni harga dia SGD 8 sehari dan deposit SGD 10 untuk kad. Dengan STP, korang boleh naik MRT, LRT atau bas unlimited sampai lebam. Haha. Naik turun banyak-banyak kali pun takde orang kisah dan poket tak kering. Tapi, kena naik selalu lah. Kalau tak rugi. Kami ambil STP untuk 2 hari, jadi kami bayar SGD 26 termasuk deposit. Tak payah risau pasal tambang dah! ;) Oh, masa kat stesen ni, beg kami kena periksa untuk security check. Hehe. Muka suci macam kami ni macam muka terrorist kah? ;p

STP *Sori blur, salah setting*

Dah alang-alang sampai sini, kami nak jugak tengok keliling. Jadi, kami keluar dari stesen ni. Oh, stesen MRT kat Singapura sama macam kat Bangkok okay. Besar dan bertingkat-tingkat dan banyak exit. Pening gak lah masa mula-mula sampai. Hehe. Kami keluar dan tengok luar, cantik tempat ni. Bangunan tinggi-tinggi [banyak bank], ada macam square2 dia tanam rumput kemas je. Dan sebab selalu dengar Singapura bersih, dari segi kebersihan, kawasan ni bersihlah jugak. Tapi, kalau jalan ke depan sikit, menghala ke arah Malacca St, kat sini ada sampah-sampah atas jalan terutamanya puntung rokok. Mungkin tak ada tong sampah terdekat kot. Hehe.

Bangunan tinggi dan TV gergasi cerita pasal saham dan bisnes...
My favourite! Stesen lama diapit bangunan tinggi pencakar langit, sangat awesome!
Eh, dah sampai Melaka?

Kat sini kami duduk-duduk dulu untuk buang masa sebab nak check in hostel pun tak boleh lagi. Kalau check in awal, kena extra charge SGD 10. Maknanya kena bayar extra RM 24.40. Untuk kami yang berbajet kecil ni [kami cuma ada SGD 176 lepas RM kami diconvert ke SGD. Haha. Talking bout exchange rate. Huh! T.T], SGD 10 tu kira dah banyak dan mahal lah tu. Duduk-duduk kat sini sambil makan roti yang kami bawak dan fikir, apalah nak buat sementara nak tunggu pukul 10.00 pagi…

BERSAMBUNG: Part 3

Advertisements

2 thoughts on “Uniquely Singapore: Part 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s