Uniquely Singapore: Part 4

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 3

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Kami masuk balik ke stesen MRT Raffles Place nak pergi ke hostel kami yang terletak kat Jalan Besar. Hostel ni aku dah book siap-siap kat hostelbookers.com. Review hostel ni dan rating dia takdelah tinggi mana, tapi sebab kami berbajet kecil [SGD 176 je kot! haha] kami pilih hostel yang harga dia rendah dan review yang boleh tahan. Kami pilih Ark 259 Lodge [untuk review aku tentang hostel ni, klik kat link hostelbookers.com kat atas]. Kalau ikut direction dalam hostelbookers, nak pergi hostel ni boleh turun kat MRT Lavender atau MRT Farrer Park. Tapi, tengok MRT Lavender macam lagi jauh, jadi kami decide untuk turun kat MRT Farrer Park.

Sistem MRT kat Singapura banyak line, tapi dia sangat inter-connected, jadi nak tukar antara satu line ke satu line tak banyak masalah sebab boleh pilih ikut mana yang korang suka. Macam kami, kami dari Raffles Place nak ke Farrer Park boleh pilih nak tukar line di stesen Dhoby Ghaut atau Outram Park. Kami pilih Outram Park [bunyi dia bukan Out as in out dan ram as in Ramlah Ram tau. Kami dok ingat macam tu bunyi dia. Haha. Rupanya Out = ut as in woot woot dan ram = rem as in rempit. Utrem Park. Hehe]

Dalam tren MRT. Sangat 1 Singapura...

Tren ke Farrer Park [North East Line] sangat unik sebab dalam tren North East Line ni je pengumuman supaya penumpang-penumpang ‘Please Mind the Platform Gap’ dibuat dalam 4 bahasa kebangsaan Singapura. :)

Sampai-sampai kat stesen Farrer Park, ada banyak sangat exitnya. Memang terlampau banyak. Kami tak tau mana satu exit yang betul ke Jalan Besar, kami pun pilih exit yang keluar kat bahagian fountain City Square Mall. Nak dipendekkan cerita, lepas keluar exit tu, kami salah pilih jalan dan akibatnya kami buat satu round besar untuk ke Jalan Besar.

Merah = Route yang kami lalu masa nak cari hostel. Kuning = Route yg sepatutnya kami lalu untuk ke hostel.
Alternatif 2 (Line kuning): Ambil exit yang keluar kat City Square Mall, lepas tu jalan ikut line kuning. Lebih selesa. Hehe

Kami sesat weyyh! Hehe. Terpaksa lah tanya orang. Masa jalan-jalan cari hostel ni, nampak lah hostel-hostel lain yang ada macam The Hive dan The Green Kiwi. Hostel kami ni pun sederet dengan hostel-hostel lain. Ada Fernloft Little India dan satu lagi hostel aku tak ingat nama.

Ark 259 Lodge: Our hostel for the trip
Katil aku dan Akmal. Dorm ni 20 katil, tapi dia letak langsir kat tengah-tengah, so that dia jadi 10-10. Konon-konon rasa tak ramai lah. Haha
Lockers. Tak payah bawak mangga sebab dia punya locker siap kunci.
Common area. Ada satu PC je dan sorang traveller boleh guna Internet maksimum 30 minit sehari. Lebih, anda akan disaman. Eh. Dicaj. Hehe.
Wall untuk korang tulis pasal experience kat sini. Suka puji tak suka kutuk. ;D
Pantry.

Hostel ni untuk tidur dan berehat oklah. Nak kata the best hostel, hostel Saphaipae kat Bangkok hari tu lagi best. Tapi, kami duduk hostel ni pun untuk berehat, tidur dan mandi je. Jadi, it serves the purposelah. Bukan nak bermewah2. Hehe. Sekurang-kurangnya, takdelah bilik mandi almari macam yang John, Biqque dan alien travellers lain alami kat Betelbox. Haha.

Hostel ni takde lif. So, sesapa dapat tingkat atas payahlah. Nasib bilik kami tingkat 1. Hehe. Tinggal kat sini untuk 2 malam, kami dicaj [lepas tolak 10% deposit bayar kat Hostelbookers] SGD 34.20 sorang dan kena bayar lagi SGD 10 untuk deposit kunci [akan dipulangkan lepas checkout]. Maknanya, dalam SGD 17.10 semalam. Kira murah lah tu.

Oh, bila pergi ke negara yang matawang dia lagi tinggi dari Ringgit Malaysia [RM], tolonglah jangan convert balik ke RM. Sebab, nanti apa pun korang tak boleh buat. Yelah, rasa semuanya mahal bila convert sampaikan apa pun tak boleh. Jadi, tips kalau pergi ke negara-negara macam ni, korang kena tau berapa bajet yang korang ada untuk spend kat sana dan calculate semuanya dalam matawang diorang. Maknanya, semuanya dalam dollar to dollar basis. Aku akan explain lebih lanjut bila aku masuk bab makan nanti. Hehe.

Hostel ni jugak ada free breakfast. Walaupun cuma toast dengan jem/kaya, tapi still oklah sebab nama pun dah free kan. What do you expect when the lodging fees itself is only SGD 17.10/night. Memang value for money lah tu. Hehe. Oh, tak dilupakan free flow air masak, teh dan kopi. Bancuh sendiri lah ye.

Masa mula-mula check in kat sini, teringat zaman mula-mula kami masuk asrama dulu. Sebabnya, cadar dan bantal dia simpan dalam locker. Jadi, bila check-in tu, silalah korang pasang sendiri ye cadar tu. Haha. Amacam? Serius macam duduk asrama kan? Hehe.

Tapi, hostel ni jugak ada ramai long-term occupants. Mereka yang dapat kerja kat Singapura tapi masih tak ada tempat tinggal. Jadi, suasana 100% travellers tu tak rasa sangatlah. Dan diorang ni ada yang jenis tak campur orang. Maknanya, buat hal sendiri je. But again, janji dapat berehat, mandi dan tidur, dah cukup bersyukur dah. :)

Oh, masa sampai-sampai hostel ni, kami tak boleh check in lagi. Kalau tak kena bayar SGD 10 extra. Dia suruh datang balik dalam pukul 12 tengahari [kami sampai dalam pukul 10.30 pagi]. Kami pun round lah dulu kat area Little India tu, dengan tak mandinya. Haha. Dalam pukul 11.30 pagi, kami sampai balik hostel, tetap tak boleh check in lagi. Owner tu kata pergi lah jalan-jalan dulu. Tapi, kami dah penat dan belengas badan, kami decide untuk lepak je kat common area sampailah boleh check in.

Jalan-jalan di Jalan Besar dan Little India:

Dari Jalan Besar terus je, sampai nampak lorong ke Kitchener Rd sebelah kanan. Belok kanan. Sampai hujung, bila nampak City Square Mall depan mata dan sebelah kiri ada Park Royal, belok kiri ke Verdun Rd. Jalan terus je. Sampailah area2 Mustafa Centre a.k.a Mydin Singapura

Jalan Besar tak bermaksud aku besar. Haha.
Jalan di Jalan Besar. Besar tak? Besar tak? *sambil buat mata terjegil mintak penampo*
Syed Alwi Rd sebelah Mustafa Centre. Try thosai kat CMK Restaurant tu. Sedap. Recommended by LonelyTravelog and me. Haha
Mustafa Centre. Macam Mydin tapi dia 24 jam bukak weyh!
Little India @ Syed Alwi Rd
"Come home to Raj...". Anybody? Hehehe

BERSAMBUNG: Part 5

Advertisements

10 thoughts on “Uniquely Singapore: Part 4

    1. haah. 24 jam! lepas tu ada sesetengah barang lagi murah dari Malaysia. Hehe. tulah, tak boleh tidur, pakai baju tido pegi shopping kat sana. tapi, tak try pun hari tu. sebab lepas jalan2 seharian, dah penat, mmg tidur pnylah. ;)

  1. Ini areanya di Little India ya hostelnya? Dulu waktu aku ke Singapore, aku menginap di The Hive di Serangoon Road itu. Kalau cari makan halal harus jalan agak jauh dekat Mustafa Centre … selama di Singapore aku agak kelaparan, soalnya semua mahal-mahal. Beli nasi Padang di Sommerset mahal sekali. Begitu sampai di Indonesia aku langsung pergi makan nasi Padang sampai puas :-D

    1. Betul Bart di Little India. Tapi dah tukar nama hostel ini sekarang. Aku pun lupa nama barunya. The Hive! Nampak cantik dari luar. Hehe.

      Betul masa aku ke Singapura ni, hari pertama malan roti je untuk jimat uang. Haha.

      Mesti puas balik ke Indonesia dapat makan nasi Padang sepuasnya! :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s