Uniquely Singapore: Part 6 (Sentosa Island)

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 5

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Dari Haw Par Villa, masa kami keluar tu jam dah dalam pukul 4 petang. Kami keluar dari situ terus ke stesen MRT Haw Par Villa menuju ke MRT Harbour Front. Keluar dari MRT Harbour Front, untuk ke pulau Sentosa, terus masuk ke dalam shopping complex kat situ, VivoCity Mall. Ada 2 alternatif kalau nak masuk Sentosa dari VivoCity.

Cara paling murah dan sihat #1, korang jalan kaki kat Sentosa Boardwalk. Dari VivoCity Mall tak silap aku kena naik kat Level 2 untuk ke Sentosa Boardwalk. Kalau naik eskalator, lepas tu nampak kedai National Geographic, belok kanan. Kalau tak silap lah. Tapi ada signboard kat situ, jangan risau. Hehe. Bayaran masuk kalau ikut Boardwalk ialah SGD 1. Ya, tak banyak yang percuma di kota Singa ni. Haha. Kalau takut penat, jangan risau sebab kat Boardwalk ni ada travelator.

Cara #2, naik monorel dari dalam VivoCity ni. Bayaran untuk tiket naik monorel sekali dengan tiket masuk Sentosa ialah SGD 3. Bayar sekali ni je. Nanti dalam Sentosa nak turun naik monorel banyak kali pun takde orang kisah. Hehe. Tapi, janganlah bayangkan monorel Sentosa Express ni macam KL Monorel. KL Monorel tu public transport. Mestilah stesen banyak dan laju sikit. Ni monorel pelancongan. Dan, monorel ni juga memang direka untuk ramai orang boleh berdiri. Nak naik monorel, naik eskalator kat VivoCity sampai Level 3.

Satu lagi cara nak ke Sentosa #3, naik kereta kabel dari Mount Faber. Tapi, agak mahal, tak silap aku SGD 24 seorang.

Naik monorel kat Level ni. Ikut je yang tulis Sentosa Express...
Mesin tiket Sentosa Express. Kalau tiket MRT boleh lepas beli, tiket ni mesti boleh punyalah!
Pelabuhan Singapura, dari dalam monorel. Toleh kiri. Stail sebab banyak kapal dan kontena dekat dengan bandar. Kalau Pelabuhan Klang, sunyi je. Hehe. Kalau toleh kanan, nampak kapal2 layar a.k.a yacht.
Tiket monorel. Nampak macam sekeping kertas, tapi dia pakai mekanisme touch n go ok. Kagum sat kami. Hehe.
USS!!! Teringin sangat nak masuk main game2 dia, tapi apakan daya. Hehe. Bukan tu tujuan kami ke Singapura. End up, kami masuk untuk jalan-jalan je.

Kami turun kat Beach Station. Sebenarnya tak tau nak buat apa kat Sentosa ni. Sebab kebanyakan attractions kat sini berbayar. Jadi, nak yang free, kita check out pantai dia. Hehe.

Naik trem ikut signboard ni. Kami ke Palawan Beach...
Trem yang kami naik ke Palawan Beach.. Macam pergi zoo kat Malaysia. Hehe.

Sampai kat Palawan Beach, kami turun. Kami pun jalan-jalan kat sekitar Palawan Beach ni dan tengok orang ramai mandi-manda, berkelah. Aku pergi sini pun sebab aku nak tengok tempat yang keluar surat khabar The Star baru-baru ni. Yang jadi isu kontroversi. Sebabnya, tempat tu diishtiharkan sebagai ‘The Southernmostpoint of Continental Asia”. Jadi, Malaysia tak puas hatilah sebab tempat tu pun ditambak dan bukan part of the mainland itself. Hehe.

Tapi, best lah dapat naik menara tinjau tengok kapal yang sangat banyak dan tengok gelagat orang berpiknik dan beriadah. Tapi, kat sini kurang happening sikit. Kalau naik trem sampai ke hujung, aku tak ingat apa nama pantai tu.. Sisolo kot. Ha, kat situ ada orang-orang main bola tampar, hangout, chilling, ada pub, muzik semua. Jadi, yang muda-muda tu ramai lah kat sana. Hehe.

Apapun, aku bersyukur lah tinggal kat Malaysia sebab ada banyak pantai-pantai untuk mandi manda lepak berkelah semua. Kat Palawan Beach ni, aku tak nafikan cantik suasana dia. Rasa tenang je. Tapi, nampak sangat yang pantai dia bukan pantai ori, tapi pantai yang direclaim. Tengok orang-orang mandi kat sini, kecik je tempat mandi dia, ombak pun ala-ala kadar. Tapi, tak dinafikan, maintenance tempat ni memang bagus. Kehijauan dan kebersihan masih terjaga.

Nilah tempat yang jadi kontroversi itu.. heeee..
Banyak kapal2...
Nak ke pulau kecil yang ada 2 menara tinjau berkembar, kena lalu jambatan gantung ni...
Pantai Palawan dari menara tinjau. Nampak tak tugu Merlion besar dan Tiger Sky Tower kat sebelah kiri gambar? ;)
Palawan Beach...

BERSAMBUNG: Part 7

Advertisements

7 thoughts on “Uniquely Singapore: Part 6 (Sentosa Island)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s