Uniquely Singapore: Part 8 (to Pulau Ubin)

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 7

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Ahad, 5 Februari 2012

Awal-awal pagi lagi kami dah bangun, sebab pagi ni nak pergi Pulau Ubin. Jalan-jalan kat negara urban ni, sekali sekala dapat tengok kehijauan alam sekitar, syok jugak. Hehe. Kami makan breakfast free dulu sebelum gerak. Haruslah mendapatkan tenaga sebab tak tau banyak mana lemak yang nak dibakar kejap lagi. Kat Ark 259 Lodge ni, free breakfast dia consists of roti bakar dengan pilihan jem/kaya dan topless bottomless teh bancuh sendiri/kopi Coffemix 3 in 1 bancuh sendiri. Dah kenyang, off we go untuk ke Pulau Ubin!

Nak ke Pulau Ubin dari hostel kami kat Jalan Besar ni, ada 2 pilihan. Pilihan 1 (Mudah dan Cepat): Naik bas No. 23 ke Tampines kat bustop dekat dengan Farrer Park station (bertentangan dengan City Square Mall). Sampai Tampines, naik bas No. 29 ke Changi Village Bus Terminal. Pilihan 2 (Untuk Yang Suka Naik MRT): Naik MRT dari stesen Ferrer Park ke Outram Park. Dari Outram Park, naik MRT terus ke stesen Tampines. Sampai Tampines, naik bas No. 29 ke Changi Village Bus Terminal.

Aku dan Akmal pilih pilihan 2. Sampai-sampai Tampines, terus ke Tampines Bus Interchange sebab nak naik bas No. 29. Stesen bas kat sini sangat sistematik. Tau nak tunggu kat mana dan semua orang akan beratur. Kenapa akan beratur? Sebab dekat tempat menunggu, dia dah buat dalam bentuk barisan yang mana nak tak nak, korang kena beratur. Hehe. Tapi, bestla sebab sistematik. Lepas tu, driver bas tak tunggu lama. Sampai-sampai, penumpang naik, terus gerak. Kalau kat KL, bas sampai belum tentu boleh naik. Kadang-kadang yang beratur dah panjang, tapi driver boleh baca paper dulu, sapkok dulu, makan-makan dulu. Maybe driver2 RapidKL kena kursus dengan driver2 bas kat Singapura ni kot. Hehe.

Nak ke Pulau Ubin, tunggu kat Berth B9…
Stesen kecik tapi still ada paparan LCD untuk bagitau bas sampai pukul berapa, bas ada kemudahan OKU tak etc etc..
Punca kenapa korang wajib beratur..
Dalam bas.. Ada banyak jenis bas. Yang jenis ni macam bas RapidKL minus the LCD screen..sebab kat sini dalam bas takde LCD screen..

Naik bas, dan lepas tu sampailah kat Changi Village Bus Terminal. Nak ke Pulau Ubin, terus ke Changi Point Ferry Terminal. Kat sini kena naik bumboat/bot penambang untuk ke Pulau Ubin. Nak ke Pengerang pun boleh dari sini. Ke Pulau Ubin, caj sehala SGD 2.50. Jadi pergi balik = SGD 5. Bot ni jugak takde masa berlepas yang fix. Cukup je 12 orang, bot jalan. Selagi tak cukup, bot tak jalan.

Ke Feri…
Info nak ke Pulau Ubin/Pengerang…
Turun bawah ye…
Tempat tunggu…
Bot yang akan kami naik…

Kat tempat tunggu, ada kaunter imigresen sebab kan boleh ke Pengerang jugak dari sini. Aku tertangkap gambar kat situ lepas tu kantoi dengan sekuriti, dia suruh delete gambar yang aku ambik. Haha. Lepas tu, kan white form aku hilang. So, aku tanya imigresen kat situ. Diorang pun tolong dan aku dapat replacement untuk white form aku. Malangnya, ada yang tak kena dengan replacement card aku, yang mana bila nak balik nanti, aku stranded kat Woodlands. Tapi, itu nanti ceritalah. Hehe.

Bot mula bergerak…
Kat Malaysia pun aku tak pernah naik bot penambang macam ni. Haha. Giler klasik feelingnya.. hehe
Aku tak nampak life jacket dalam bot ni, tapi kami duduk dekat dengan pelampung ni. In case jadi apa2, capai terus. Haha
Ada jugak orang memancing dan berenang kat sini…
Lepas 10-15 minit macam tu, nampak jeti Pulau Ubin! :)
Welcome!

BERSAMBUNG: Part 9

Advertisements

7 thoughts on “Uniquely Singapore: Part 8 (to Pulau Ubin)

  1. adoi… singapore penduduknya sikit.. so takyah nak rebut2… msia penduduknya… lebih dari singapore… but i respect their attitudes towards gov policy… :D I wish one day we can be somewhere similar like them… jom tengok how sardine London bus?

    1. penduduk sikit dan negara kecil. jadi manageable la sikit kan. hehe. but diorang agak berdisplin la. maybe sbb enforcement of the law bagus kat sana. takut disaman etc etc. hehe

  2. I definitely agreed when u said that they are more discipline than us. Tapi cume at their country je la. Bile masuk Malaysia, tah kemana discipline tue.

    Btw, i definitely gonna make a trip to Pulau Ubin as well. Another Singapore trip i guess.

    1. haha. betul tu. sebab diorg pun tau, enforcement kita tak se trict diorg. so maybe that is the reason y they are more disciplined there compared to when they are here.

      u SHUD go to Pulau Ubin like seriously! LOL. it’s fun u know. wpun Malaysia penuh hutan sana sini, tp to cycle around a small island in a super urbanized little country, it was fun! a lot of fun.

      I’ll update on my trip to Ubin soon lepas semua kerja2 I yg takkan habis2 ni kurang sikit. Hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s