Uniquely Singapore: Part 10 (Chek Jawa @ Pulau Ubin)

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 9

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Lepas dah lega dapat minum air kelapa, perjalanan diteruskan lagi sebab kitorang nak pergi ke Chek Jawa wetlands.  Sepanjang perjalanan, kitorang lalu banyak kubur-kubur lama dan kampung-kampung tradisi Melayu. Ada satu rumah tu, siap mainkan lagu-lagu Melayu klasik kuat-kuat lagi. Aku siap terfikir, tak sunyi ke duduk sini? Jauh dari arus pemodenan, lepas tu tak ramai yang duduk sini. Macam seram pun ada bila malam-malam. Hehe.

Jalan menuju ke Chek Jawa wetlands…
Kubur lama…
Kayuh basikal kat sini buat aku rasa nak mamam.. hehe
Punai Hut – tempat berteduh depan pintu masuk Chek Jawa…

Dah sampai depan pintu masuk Chek Jawa, kami park basikal kat tempat yang dah disediakan. Lepas tu, kami [sebenarnya aku] rehat dulu kat Punai Hut sebab pancit doww. Hehe. Tiba-tiba datang monyet dua tiga ekor pergi curi barang-barang dalam raga basikal yang orang-orang lain park.

Spot the monkey…
Spot the monkey #2

Dah dapat tenaga balik, kitorang pun masuk dalam Chek Jawa wetlands. Masuk adalah percuma. [Yeay!]. Haha. Sedikit info pasal Chek Jawa wetlands:

Tanjong Chek Jawa (or Tanjung Chek Jawa or simply Chek Jawa; Chinese: 仄爪哇) is a cape and the name of its 100-hectare wetlands located on the south-eastern tip of Pulau Ubin, an island off the north-eastern coast of the main island of Singapore. Chek Jawa is among the last few places left with a natural rocky shore.

The wetlands are unique as several ecosystems can be observed in one area — sandy beach, rocky beach, seagrass lagoon, coral rubble, mangroves and coastal forest.[1]

In December 2001, the government called off reclamation plans of the Chek Jawa area after a biodiversity survey conducted by conservationist volunteers. State use of the land will be deferred for the next 10 years. However, Chek Jawa may still be re-used by the government in and after 2012.-wikipedia

Bila dah masuk dalam wetlands ni,  kitorang jumpa telaga-telaga lama dan lagi kubur-kubur lama. Tapi, kat Chek Jawa wetlands tak boleh bawak masuk basikal. Sebab tu basikal kena parking kat luar. Kat sini semua orang kena jalan kaki sebab boardwalk dia pakai konkrit, jadi dia nak bagi tahan lama and tak pecah. Putrajaya Wetlands lagi besar dan boleh kayuh basikal, tapi yang best kat Chek Jawa dibandingkan dengan Putrajaya Wetlands ialah coastal boardwalk dia. Sebab jalan tepi laut, jadi memang best.

Bila masuk dalam, boleh pilih nak ikut mangrove boardwalk dulu ke atau coastal boardwalk. Dia akan bertemu jugak nanti, so you make the call. Kami pilih mangrove boardwalk. Kitorang pun jalan masuk hutan paya bakau dan naik satu attraction kat situ, Jejawi Tower setinggi 20 meter. Bila angin tolak, terasa goyang menara tu. Lega sikit dapat angin kuat lepas dah berpeluh-peluh tadi.

Signboard…
Telaga lama…
Kubur lama…
Jejawi Tower…
Laut dari Jejawi Tower…
Mangrove Boardwalk #1
Mangrove Boardwalk #2

Kebetulan masa kitorang sampai, air tengah surut. Jadi, nampak ikan belacak dok lompat-lompat macam dolphin dan nampak banyak seagrass. Macam rumput karpet tanam atas laut pulak aku tengok. Kalau pijak mesti lembut je mesti tenggelam. Hehe. Nampak burung-burung terbang dan macam-macam spesis haiwan laut. Aku tak arif sangat dalam bidang ni tapi subahanallah :) Kagum dengan ciptaan-Nya.

Seagrass…
Seagrass lagi…
Lagi-lagi seagrass..

Akhirnya sampailah ke coastal boardwalk. Jalan-jalan kat atas ni, dan kalau nasib baik dapatlah tengok spesis-spesis hidupan marin yang sangat diverse kat sini. Kerajaan Singapura pernah bercadang nak tambak tempat ni. Nasib baik rancangan ditangguhkan, kalau tak memang sayang sebab tempat-tempat macam ni bukan ada kat mainland Singapore.

BERSAMBUNG: Part 11

Advertisements

6 thoughts on “Uniquely Singapore: Part 10 (Chek Jawa @ Pulau Ubin)

    1. tulah. coz’ when I read ur blog, u went there during the high tide. hehe. so masa kitorang sampai, tengok2 lowtide. so greatlah. hehe

      Putrajaya Wetlands best gak sbab dia ada tower [16 meter] dan tempat baru lagi, so cantik lagi. hehe. tapi, kat sini tak pasti ada sewa basikal ke tak. yang pasti ada water activities la macam kayak etc.

      kalau nak lagi best pergi paya indah wetlands. berkali2 ganda besar dari putrajaya wetlands. ada basikal sewa and kalau jumpa jalan, ada kapal korek tinggal masa zaman lombong bijih timah dulu. memang best! tapi dah lama tak pergi. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s