Uniquely Singapore: Part 9 (Pulau Ubin)

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 8

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Lepas dah sampai Pulau Ubin, benda pertama yang mesti dicari ialah basikal. Kalau fit, bolehlah jalan kaki. Haha. Tapi, kalau nak explore pulau ni semaksimum dan seseronok mungkin, silalah sewa basikal. Memang tak larat punya nak jalan kaki.

Sedikit info pasal Pulau Ubin:

Pulau Ubin is a small island (10.19 km²) situated in the north east of Singapore, to the west of Pulau Tekong. Granite quarrying supported a few thousand settlers on Pulau Ubin in the 1960s, but only about a hundred villagers live there today. It is one of the last rural areas to be found in Singapore, with an abundance of natural flora and fauna – macam biasa, cilok dari Wikipedia.

Kat sini ada banyak kedai sewa basikal/basikal sewa [aku tak pasti mana satu yang betul. Ke dua-dua betul? hehe]. Kebanyakan masyarakat yang tinggal dekat dengan jeti usahakan bisnes sewa basikal. Harga dari serendah SGD 2 untuk sehari sampailah berbelas-belas SGD. Beza harga bergantung kat usia basikal, ada gear atau takde, keadaan basikal, keselesaan basikal dan seumpamanya. Eh, skema pulak rasa ayat aku kali ni. Haha.

Pilih-pilih basikal mana mau. Tapi, jangan lupa test dulu sebelum bayar…
Kami pilih basikal oren tu. Harga boleh tawar menawar. Harga starting SGD 7, lepas tawar kami dapat SGD 5 sorang. Tak tau la mahal ke tak. Hehe.

Yang pastinya, aku menyesaaaaal sangat tak test betul-betul basikal ni sebelum ambil; sebab gear dia rosak. Jadi, setiap kali naik bukit, mesti aku kena betulkan rantai basikal tu. Stress sungguh. Air mineral sebotol besar aku bawak dok buat cuci tangan je. Hehe.

Apapun, Pulau Ubin memang best! Walaupun kat Malaysia ada banyak kawasan hutan, ada paya bakau dan ada kampung tradisi yang berlambak2, tapi bila datang negara kecil yang super urban, yang mana rumah-rumah yang paling kampung pun ialah flat, dapat tengok hutan terbentang luas, dengan payanya, dengan kampung Melayunya, pergh memang bestlah! Haha. Padahal kat Malaysia pun kami tak pernah kayuh basikal dalam hutan. Hehe.

Lombong…
Kawasan paya…
Tempat pertama rantai basikal rosak. Seronok cycling kat sini sebab track dia well paved untuk cyclist…
Lombong kuari… Fascinating! Dulu kat area rumah aku pun ada. Tapi, satu dah jadi kawasan perumahan Putra Heights, satu dah jadi jalan Putra Heights. Yang tinggal kat belakang Subang Alam.

Kat sini ada banyak pondok-pondok untuk lepaskan lelah. Semua pondok dinamakan sempena nama burung. Kami berbasikal kat sini dalam tengahari. Ingatkan kami je yang buang tebiat kayuh basikal tengahari2 buta, rupanya ramai lagi yang sama buang tebiat macam kami. Haha.

Berteduh kat Pipit Hut…

Dah puas berteduh, sempat lagi kami camwhore jap. Pastu ambil gambar dari pondok ni. Sebab pemandangan dari sini sangat oh-some! Hehe.

Tinggalkan jejak. Abaikan ekspresi muka super-eksaited tu. Haha..
Pemandangan lombong kuari dari Pipit Hut…

Dari Pipit Hut, boleh pilih sama ada nak teruskan perjalanan ikut trail biasa atau masuk hutan i.e. ikut trail Ketam Mountain Bike Park. Kami ikut Ketam Mountain Bike Park dan kat sini, ada banyak level kesukaran dia. Ikut berapa banyak diamond yang ada kat signboard dia.

Kami dahlah pakai basikal sewa, basikal aku pulak siap gear rosak. Jawabnya bukan mountain bike dah, terus jadi jungle trekking sambil tolak basikal. Siap kena bagi laluan lagi kat mat-mat mountain bikers yang power giler-bawak-basikal-laju-laju-dalam-hutan-tak-jatuh2. Haha.

Trail mountain bike…
Ye ye je kayuh Akmal ni. Haha..
Level 2 Diamonds…

Sampai kat bawah trail ni, kitorang cycle terus je. Lepas tu, nampak ada palang. Ingatkan tak boleh lalu, so kami patah balik masuk hutan. Lepas tu, ada 2 mat salleh yang turun bawah. So, kitorang fikir daripada kitorang masuk dalam hutan tu dan sesat, lebih baik tengok mat salleh ni. So, tengok diorang lalu bawah palang tu, kami pun ikut sama.

Sampailah ke tepi pantai. Pantai dia berbatu, air dia tak bersih dan banyak giler kapal-kapal dekat dengan main island. Kat sini, ada satu famili Melayu tengah camping sambil mancing. Aku pun tak tau apa yang best sebab dah la panas, tapi diorang boleh relaks je main-main kat sini. Takpelah, yang penting kamu semua happy. Hehe.

Parking basikal di tepi pantai. Eh, cantik jugak gambar ni kan? Haha..

Perjalanan diteruskan dan sampai kat satu simpang ni, aku nampak ada uncle jual air kelapa. Aku memang dah haus giler, air mineral pun dah kurang dok buat basuh tangan [kena minyak rantai basikal] dan memang dehydrated giler. Kat Malaysia pun aku tak kayuh basikal berjam2 waktu tengahari! Haha. Jadi, ajak Akmal take five dan aku beli satu air kelapa segar. SGD 2.50 sebijik.

Stall uncle air kelapa…
Aku dan air kelapa… Pergh!! Legaaaa.. hehehe
Nikmat dunia… ;)

BERSAMBUNG: Part 10

Advertisements

4 thoughts on “Uniquely Singapore: Part 9 (Pulau Ubin)

  1. skema tu mcm ikut peraturan sgt la. hehe. loosely translated as nerd tp lebih kpd mcm org yg terlalu ikut rules. cthnya, kalau ayat dlm BM, ikut tatabahasa yg betul, haa tu skema la. haha.

    ataupun, satu lagi cth situasi, kat shopping mall tak boleh isap rokok. tapi member A ajak. member B kata, “tak nak lah. sinikan tak boleh isap rokok”. so member A akan cakap, “skema lah kau ni!” haha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s