Uniquely Singapore: Part 13

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 12

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Dah kat hostel, kami berehat-rehat melepaskan lelah sebab malam nanti nak pergi cari souvenir sebelum balik Malaysia esok. Dah bersiap-siap semua, kami pun bergerak menuju ke BUGIS STREET. Dari stesen Farrer Park yang dekat dengan hostel kami, naik MRT sampai ke stesen Outram Park, dan lepas tu turunlah kat stesen MRT Bugis.

Keluar dari stesen menuju ke jalan utama, korang pandang depan, ya, itulah dia Bugis Street. Bugis Street ni konsep dia macam uptown. Macam-macam benda boleh cari kat sini dan harga memang berpatutan. Tapi, sebab dia ada aircond dan bukan open air macam kat uptown, umat manusia kuat berpeluh macam aku ni memang suka lah. Haha. Haaa, susun atur layout dia sebijik macam Asian Avenue kat Sunway Pyramid. Tapi, less crowded. Bugis Street ni terlanggar, tersentuh orang lain tu memang benda biasalah. Hehe.

Keluar-keluar, haa, ni lah dia Bugis Street. hehe
Macam Asian Avenue, tapi lebih crowded. Macam uptown, tapi ada aircond. Yang penting, barang murah!

Kat Bugis Street, kami beli fridge magnet dengan t-shirt je. Tak tau nak beli apa sebab lagipun kami kan budget traveller. Hehe. Tapi, alhamdulillah, dengan bajet yang kecil tu, lepas jugak kami beli fridge magnet untuk kawan-kawan dan famili, beli t-shirt untuk semua ahli keluarga. Bayangkanlah, ada t-shirt semurah SGD 4.00 sehelai! Tapi, semua depends kat kualiti fabrik tu,. Yang SGD 4.00 tu, memang nipis nak mampos. Tapi, kalau setakat nak pakai kat rumah, apa salahnya, ye dak? :)

Kami pun jalan-jalan kat sini, cari souvenir yang menarik. Lama gak kami kat sini. Hehe. Naik atas, turun bawah, pusing keliling, beli air honeydew (SGD 1.00). Kalau kat Mekah, sikit lagi boleh dapat title Haji. Haha.

Literal translation. Keselamatan amaran. LOL.
Sampai harini aku tak faham, apa maksud line bengkang bengkok macam ni. Kat Malaysia semua pun lurus aje.
Slow down please…

Dah beli apa yang nak beli, kami jadi lapar. Lapar sebab cuma makan nasi goreng tengahari tadi dekat Changi Village, dan lapar sebab banyak kalori dah terbakar kat sini. Jadi, kami decide nak makan besar malam ni! Esok nak balik Malaysia dah. Duit pun banyak lagi lebih [walaupun kami cuma ada SGD 176.00 sahaja, kami survive! Haha.] Jadi, kami nak try Murtabak kat Zam Zam. Sebab Rizam Lonely Travelog recommended dan blog-blog lain pun kebanyakannya cakap benda yang sama. Tapi, macam mana nak ke sana? -_-” … Nasib baik aku ada pinjam buku kat library pasal backpacking ke Singapore. Jalan mana nak lalu semua. Singapore: A Walking Trail namanya.

So, dari Bugis Street, korang lintas jalan menuju ke stesen MRT Bugis balik. Lepas tu, belok kiri. Terus je. Sampai nampak Raffles Hospital kat sebelah kanan, korang lintas jalan dulu, lepas tu belok kanan. Jalan terus lagi, sampai simpang pertama, korang belok kiri. Terus je. Cuba tengok signboard jalan. Apa, Arab Street? Ya, betul! Lintas jalan kecil tu [masa ni sebelah kanan depan, dah boleh nampak Masjid Sultan] dan Zam Zam sebelah kiri korang. Sebelah Zam Zam ada Victory Restaurant. Jadi, korang decidelah nak makan kat mana. Hehe.

Kami tau kami tak sesat bila kami nampak ni…
…Masjid Sultan! Yang selama ni aku tengok kat TLC je. hehe

Jadi, apa kami makan? Haha. Kata lapar. Dan nak makan besar. Jadi, kami order nasi briyani ayam sorang satu (SGD 6.00), murtabak daging aku tak ingat saiz apa (ya, ada banyak saiz. Kami punya SGD 7.00). Dan teh o ais (SGD 1.40). Verdict, memang sedap weyh! Nasi briyani dia beras tak melekat. Sebijik-sebijik. So, memang terbaik lah. Dan mana nak dapat kat Malaysia nasi briyani RM 6.00? Paling tidak pun dekat RM 10.00. Sebab tu, bila kira dollar to dollar, aku macam, ya Allah murahnya makanan. Haha.

Murtabak? Terbaik. Ni pertama kali aku makan murtabak Singapura. Selama ni dengar je, dan nampak. Tak pernah beli. Tapi bila try, best! Kalau murtabak kita kat Malaysia kan macam basah-basah, dia taruk ramuan daging dan kuah tu dalam tepung, lepas tu masak. Tapi, murtabak Singapura jenis kering. Dalam murtabak penuh daging, atas murtabak pun dia tabur daging. Memang nikmat dunia. Dan kami makan tak habis. Haha. Orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang. ;p

Our food tonight! Chicken briyani + beef murtabak!
Close up chicken briyani. Man, we couldn’t finish this! A lot of riceeee!
Singapore Murtabak! Fantastico!!

BERSAMBUNG: Part 14 – FINALE

Advertisements

11 thoughts on “Uniquely Singapore: Part 13

  1. Fyi. The zig-zag line means no parking at any time except for immediate picking up or dropping off of passengers. The briyani makes me hungryyy!

    1. Haha. You’ve enlightened me with your answer. Seriously I did not know what the zig zag line means. Yuppp.. When I updated the blog just now, I was like, damnnn..so hungryyy! Haha. Tapi, ni baru lepas makan, so tak rasa apa2 dah. Haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s