Uniquely Singapore: Part 14 – FINALE

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 13

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Lepas dah makan, kami bakar kalori lagi. Hehe. Jalan-jalan sekitar Arab Street, Busorah Street dan sekitar, yang merupakan kawasan tradisi Melayu. Kampung Glam pun dekat-dekat sini jugak.

Zam Zam Restaurant, Arab Street.
Zam Zam and Victory Restaurants. Victory has a branch in Malaysia, near my office!
Busorah Street… Beautiful, but quite quiet at night.
Alcohol Free Zone, but some still serve alcohol at Busorah Street…

Dah habis pusing-pusing, kami ke stesen MRT Bugis untuk balik ke hostel. Patah balik jalan yang mula-mula sampai tadi, tapi tak perlu ke pintu masuk stesen MRT depan Bugis Street sebab ada pintu masuk lain dekat dengan pejabat projek Downtown Line LTA. Betul-betul sebelah pejabat ni ada satu lagi pintu masuk. Jadi, dari Bugis MRT Station nak ke stesen Farrer Park, kami turun kat stesen Raffles Place [kat City Hall pun boleh] sebelum tukar dengan tren yang menuju ke Dhoby Ghaut.

11++ pm, but still a lot of people at Dhoby Ghaut MRT station. Ada travelator lagi kat stesen ni! Haha.

Dalam pukul 11.40 malam macam tu, kami sampai hostel balik. Lampu pun dah tutup masa ni. Kami pun dah penat, jadi lepas mandi, terus tidur sebab esok nak balik Malaysia dah.

ISNIN, 6 FEBRUARI 2012

Macam tak percaya nak balik Malaysia dah. Hehe. Rasa berat nak bangun pun ada. Tak puas jalan-jalan kat Singapura lagi. Kami bangun awal-awal pagi dan lepas sarapan percuma [macam biasa, toast dengan teh o/kopi 3 in 1], borak-borak dengan kawan-kawan baru kenal dari Bali [Rifdi Akbar] dan Jepun [rasanyalah kot. Haha], kami pun check out hostel. Asalnya kami nak pulangkan kad Singapore Tourist Pass untuk dapatkan balik deposit kad SGD 10 kat stesen MRT yang ada perkhidmatan ni [bukan semua stesen MRT boleh pulangkan kad ni untuk dapatkan deposit balik tau].

Tapi, sebelum tu kami nak check dulu kat mana tempat tunggu bas, sebab kami tanya ramai orang tak tau kat mana hub bas Lavender Street. Ramai orang cuma tau Golden Miles Complex. Sebenarnya, asalnya kami dah beli tiket flight pergi-balik, tapi sebab salah tengok kalendar dan baru perasan ada cuti Thaipusam hari esok, jadi kami burn tiket flight yang sepatutnya pagi semalam dan beli tiket bas Transnasional. Tapi, nilah masalahnya, tak tau kat mana.

Kami dok jalan-jalan ikut tepi Jalan Besar, dengan beg masing-masing, sambil tanya orang kat tepi jalan, mana tempat tunggu bas, masuk ke Lavender Street, sampai ke Kallang Road, semua orang tak tau jugak. Kami masuk stesen MRT Lavender, tanya mana stesen terdekat nak dapatkan deposit, dia kata kat Bugis ada. Yang tak boleh belahnya, sebab panik tak jumpa tempat bas, kami tak perasan yang stesen Bugis cuma satu stesen lepas Lavender.

Kami patah balik ke Lavender Street, dan seorang makcik jual tiket bas Singapura-Melaka cakap kitorang kena pergi Parkroyal kat Beach Road sebab kat situ ada pejabat Transnasional. Kami pun naiklah bas ke sana. Pusing punya pusing, tengok pejabat dah tutup dan dia bagi nombor telefon untuk hubungi. Kami pun naik teksi kat Parkroyal untuk balik ke Lavender Street. Uncle driver teksi cakap, dulu bas memang tunggu situ, tapi ada renovation. Kami pusing-pusing dan lepas tu rupanya memang ada bas tunggu dekat kawasan parking terbuka dekat dengan simpang Jalan Besar-Lavender Street. Perjalanan yang sangat sekejap dari Beach Road ke Lavender Street uncle tu charge SGD 10. Kami dah cakap pakai meter, tapi dia tak pakai dan caj fixed price. Nasib baik kami pun memang nak cepat, bayar jelah kat uncle tu.

Bas tunggu kat sini…

Lain kali sesiapa nak naik bas, aku cadangkan korang carilah bas yang tunggu kat hub Golden Miles Complex. Sekurang-kurangnya, kat situ ramai orang tau kat mana. Nanti jadi macam kami, ke hulu ke hilir usung beg nak cari tempat bas. Bas kami sepatutnya bertolak pukul 12 tengahari dan dalam pukul 11 lebih pagi baru kami jumpa bas tu. Tinggalkan barang semua dalam bas lepas tu kami terus nak ke Farrer Park MRT sebab ingat nak dapatkan deposit SGD 10 tu [banyak kot, walaupun duit kami masih berbaki. Hehe]. Dah sampai stesen Farrer Park, dan beli tiket ke stesen Raffles Place [satu lagi tempat untuk dapatkan deposit] dan dah tunggu kat platform, kami tengok jam 11.40 pagi dah. Kami fikir, risiko sangat tinggi. Untuk SGD 10, kami mungkin terlepas bas balik ke Malaysia.

Jadi, kami batalkan niat nak ke Raffles Place, instead kami singgah ke kedai Fair Price kat City Square Mall dan borong air-air botol yang takde jual kat Malaysia. Sampai-sampai bas, dengan berpeluh-peluhnya, kami je yang tak naik bas lagi. Naik bas dan buat muka bodoh. Hehe.

Bye-bye Singapore.
Woodlands Immigration. You are not allowed to take any photo here. I took this discreetly. ;p

Sampai imigresen checkpoint kat Woodlands, satu lagi insiden jadi kat aku. Kan aku penah cerita, white form aku hilang. Lepas tu, masa nak ke Pulau Ubin, officer immigration kat situ bagi aku satu replacement card. Tapi, dia tak cop tarikh aku masuk Singapore kat kad tu. Akibatnya, masa kat checkpoint, aku kena tahan. Abang tu suruh aku masuk dalam kaunter dan duduk belakang dia. Malu giler weyh masa tu. Rasa macam PATI pulak aku. Lepas tu, kena ikut seorang lagi pegawai masuk dalam satu bilik lain. Serius rasa macam PATI. Dahla kat bangunan tu nak masuk lif pun kena tekan pin.

Sampai satu bilik tu, aku duduk dalam tu. Ramai lagi orang yang ada masalah imigresen kat sini. Ada yang overstay, ada yang bawak motor tapi tak beli entah apa benda entah nama benda yang wajib diorang bayar tu. Dalam 15 minit aku tunggu, aku dah cuak, takut bas tinggalkan aku. Lepas tu nama aku kena panggil. Dia bagi passport aku. Tak ada apa pun sebenarnya. Dia tak tanya apa pun. Tapi, memang susahlah kita nak kena masuk dalam ni, tunggu. Macam pesalah imigresen. Passport aku dah bercop Departed. Lepas tu, dengan lagi 2-3 orang, aku dibawa keluar dari situ. [Jangan hilangkan white form/disembarkation card anda ye?]

Sampai bawah, tengok Akmal kat luar bas. Dia kata, abang driver bas dah mengamuk-ngamuk pasal aku. Dia siap suruh aku naik bas lain pergi ke Larkin Sentral. Tapi, nasib baik Akmal ada. Kalau tak, confirm aku dah kena tinggal. Hehe. Lepas seberang Tambak Johor dan scan passport kat Bangunan Sultan Iskandar, alhamdulillah, akhirnya dah sampai Malaysia. Kami ke Larkin Sentral dan kat situ, self-printed ticket kami ditukar ke tiket betul. Dari Larkin Sentral, kami makan tengahari kat Yong Peng kot. Lepas tu terus ke Kuala Lumpur.

Bas transnasional yang ke Kuala Lumpur akan turun kat Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan [TBS-BTS]. Selama ni baca kat surat khabar je tapi, bila kami sampai sini, serius kami kagum dengan kemudahan kat sini. Sangat moden tak macam terminal bas. Dah macam airport dah. Semua bas ke/dari Selatan yang menuju ke/dari Kuala Lumpur akan berpusat kat sini.

TBS-BTS [Southern Integrated Terminal]
TBS/SIT
Ticket counters…
ETA/Departures information display…
Integrated with the KTM Komuter, Ampang Line, and KLIA Transit rails.

Dah sampai sini, kami pun naik LRT Ampang Line menuju ke stesen Masjid Jamek dan dari stesen Masjid Jamek, kami naik Kelana Jaya Line menuju ke Pasar Seni. Sampai je kat Pasar Seni, kami naik bas Rapid KL untuk ke rumah aku. Bas Rapid KL, dah lama gile kami tak naik sebenarnya. Haha.

KLIA Transit Station…
Menuju ke tren Kelana Jaya Line @ Stesen Masjid Jamek…
Masjid Jamek LRT Station…
@ Masjid Jamek LRT Station…

Dan kira-kira jam 9.30 malam, kami pun sampai ke rumah aku di Shah Alam. Penat sangat badan tapi kami tetap gembira, sebab akhirnya rancangan untuk berbackpacking ke Singapura berjalan dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah. Pengalaman dan perjalanan yang takkan dapat kami lupakan. Dengan ini, tamatlah travelog Uniquely Singapore!

BERSAMBUNG: Epilog – Uniquely Singapore

Advertisements

3 thoughts on “Uniquely Singapore: Part 14 – FINALE

    1. haha. complete dr a-z. tu yg sampai part 14 tu. haha. lepas ni yang belum update medan, daytrip to singapore, dengan road trip hatyai-betong. upcoming trip plak lg 3 bulan, ke Phuket! hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s