Getaway Backpacking: Phuket [Day 1-Part 1]

Ya Allah. Tak puasnya rasa berbackpacking ke Phuket. Dah stress sangat kerja berbulan-bulan, takde cuti yang betul-betul cuti, sekali dapat ke Phuket, memang rasa tak puas. 4 hari 3 malam kat sana, sangat rileks, enjoy, laid back, hilangkan tekanan, lupakan masalah. Memang best!

Trip ke Phuket dirancang dari tahun lepas lagi. Hujung tahun 2011. Masa tu Air Asia buat promosi tambang 10 sen. Alhamdulillah, aku dapat grab tiket promosi tu walaupun aku beli masa aku dah masuk kt ofis dan masa tu tak silap aku pukul 9.30 pagi dah. Rezeki2. Lepas tu, ajak Akmal kat Gtalk and dia nak follow. Terus book tiket dia sekali, walaupun mahal sikit.

Lama rasanya nak tunggu bulan September lepas last backpacking trip kami bulan Februari ke Singapura. Tapi, sekejap pulak rasanya bila kami dah sampai ke Phuket. Tak sedar masa berlalu.

Untuk trip kali ni, sumber rujukan utama aku ialah blog shah_rule dan beberapa blog lain yang aku jumpa kat Google dan laman Wikitravel.

DAY 1 -KHAMIS, 13 SEPTEMBER 2012

Info: THB 100 = ~RM 10

Hari ni kami cuti. Sebab flight dalam pukul 8.40 malam. Jadi, mintak cuti untuk packing dan prepare apa yang patut. Bayangkan, punyalah sibuk sampai itinerary tak siap lagi, baju tak packing lagi, flight tak check in lagi, boarding pass tak print lagi. Aku bangun-bangun pagi dalam keadaan gembira, sebab semua orang kerja tapi aku cuti.

Keluar dengan Mira, pergi Curve, sarapan kat O’Brian , lepas tu layan tengok movie Resident Evil. Dalam pukul 1.00 petang, ambil adik Mira dari sekolah dia pulak. Berdebar rasa masa ni sebab apa pun tak ready lagi. Haha.

Sampai rumah dalam pukul 2 petang, aku layan tengok tv dulu, pergi basuh baju [baru nak basuh baju], tidur jap, finalize itinerary, print boarding pass dengan potong rambut, layan tengok tv lagi, lepas tu baru mandi dan terhegeh-hegeh nak pergi Hero beli Meggi, tuna, roti dan barang-barang lain. Pukul 5.58 petang Akmal dah call aku, sebab dia dah sampai rumah aku. Lepas tu Alin pun singgah rumah aku jap. Yang aku satu apa pun tak siap kemas. Kelam kabut kemas dan dalam pukul 7.00 malam, baru bertolak ke KLIA-LCCT.

Beratur tunggu gate perlepasan dibuka…

Dipendekkan cerita, kapal terbang kami berlepas dalam jam 8.40 malam dan tiba di Phuket International Airport dalam jam 9.01 malam waktu Thailand [waktu Thailand sejam lebih lewat dari Malaysia. Maknanya kalau kat Malaysia pukul 10.01 malam. Waktu-waktu lepas ni semua merujuk kepada waktu Thailand]. Dalam sejam 20 minit lah perjalanan kiranya.

Bila kapal terbang mendarat, aku tengok tarmac tu basah. Rupanya baru lepas hujan kat Phuket ni. Bila keluar je ke airport, rasa bersyukur sangat sebab selamat tiba di bumi Phuket ni. Trip ke 3 aku ke bumi Siam sejak tahun lepas.

Sebelum bertolak ke Phuket, aku dah book tempat tinggal kat Sea Blue Phuket Guesthouse, Patong. Memandangkan kami sampai waktu malam dan waktu kami kat Phuket tak lama,  kami rasa  naik minivan/tuk tuk agak susah memalam macam ni dan kalau ambil teksi kat aiport pulak possibility untuk diketuk harga dan didivert ke tempat lain [yang akan buang masa kami] amat tinggi, jadi kami dah book untuk teksi pick up dari airport ke hostel dengan harga THB 600/RM 60.

Keluar je dari arrival hall, mata kami melilau cari orang yang pegang nama kami dan bila nampak pemandu teksi tu, terus kami jumpa dia dan bagitau kamilah orangnya. Akmal sempat ambil satu copy peta Phuket sebelum keluar airport. Pemandu teksi tu suruh tunggu dan dia ambil teksi dia kat seberang jalan. Hujan agak lebat turun. Pemandu teksi tu dan seorang nenek tua yang teman dia duduk depan, aku dan Akmal duduk belakang. Kami berborak sesama sendiri, dia dengan nenek tu dan aku dengan Akmal. Mungkin dia kurang fasih berbahasa Inggeris.

Lepas 45 minit, kami pun sampai hostel. Sepanjang perjalanan, mula-mula jalan landai tapi bila dah dekat dengan kawasan hostel, berbukit bukau jalannya, jalan sempit-sempit, bangunan rapat-rapat dan kadang-kadang jalan curam.

Bila check in hostel, ada sorang brader ni jaga bahagian receptionist. Tapi, dia kurang fasih berbahasa Inggeris. Dia tunjuk resit, kami kena bayar THB 1570 termasuk deposit sekuriti THB 200. Aku bagitau dia yang aku dapat emel dari Sean, owner hostel orang Kanada, Sean kata dia dah kurangkan harga bilik, jadi kena bayar cuma THB 850 untuk 2 orang selama 3 malam, termasuk deposit sekurit THB 200 = THB 1050. Tapi dia tak faham, jadi kami bayar jelah dulu THB 1570.

[Tapi, hari ketiga kami kat sini, kami dapat jumpa Sean, dia pulangkan balik duit ikut apa yang dia emel aku. Jadi, untuk penginapan di sini, tak termasuk deposit sekuriti THB 200/RM 20, kami bayar THB 850 untuk 3 malam i.e. dalam THB 141/RM 14.10 semalam seorang. Murah kan? Sebab Sean kata sekarang bukan peak period [dan kerap hujan] jadi, dia kurangkan harga].

Masuk dalam dorm, ada seorang perempuan minah salleh bawah katil aku, dan lagi 2-3 orang mat salleh tak silap aku. Yang minah salleh ni main laptop, yang lain semua tidur. Duduk kat hostel ni, selain selimut, tuala pun dia sediakan. Jadi, tak bawak tuala pun tak pe.

Kami berdua letak-letak beg, terus keluar sebab lapar dan nak cari mana kedai makan halal. Dalam blog-blog yang aku baca sebelum ni, tak bagi details jalan untuk ke tempat makan. Kami pun main redah. Keluar je dari pintu hostel, terus belok kanan dan sampai simpang kat hujung Soi Banzaan tu, kami belok kanan lagi. Kami terus je siap naik bukit, turun bukit. Jumpa satu kedai makan halal, tapi nampak macam mahal. Kami jalan terus lagi sampai ke kawasan gelap, kami decide nak patah balik. Pelik jugak, kata Patong terkenal dengan nightlife, kenapa sunyi dan ada bar kat sini tak ramai orang? Ingatkan sebab weekdays, rupanya kami yang salah jalan. Haha. Kami singgah 7-E dulu untuk beli mangga [THB 47/RM 4.70], sebab kami lupa bawak mangga untuk locker.

Sebenarnya, nak ke pekan Patong, keluar je pintu hostel, belok kiri dan jalan terus je. Jadi, kami  pun patah balik lepas balik dari 7-E dan lalu kawasan pasar malam depan Banzaan Market. Tapi, tengok macam tak banyak gerai dan yang ada pun macam tak halal. Kami pun belok kanan dan jalan terus lagi [Jungceylon Shopping Mall ada kat seberang jalan sebelah kiri, yang ada McD tu :D], dan bila nampak jalan dah sunyi, kami patah balik, sampai lah ternampak kat seberang jalan sebelah kanan, ada satu stall simple, lantai simen bumbung zink, ada tulis Halal kat kaunter dia dalam tulisan Jawi. Stall ni betul-betul sebelah Chang Club Hotel kat sebelah kanan, dan sebelah kiri ada satu construction lepas tu ada Bangla Boxing Stadium.

Bangla Boxing Stadium, stall Halal tu sebelah kanan stadium ni…

Kami sampai-sampai, tanya boleh cakap Melayu tak, kebetulan ada sorang kakak tu pernah duduk Changlun dan tau cakap Melayu. Tanya dia ada apa. Dia kata ada roti. Kami dah lapar giler ingat nak makan berat sikit  [walaupun dah dalam pukul 12.00 tengah malam waktu ni], dan akak tu cakap nasi ada. Terus order nasi goreng ayam, Akmal order nasi goreng daging dan Cha Yen dua.

Nasi goreng ayam + Cha Yen…

Lega giler dapat makan nasi! Dah lah sebelum berlepas tadi, Akmal cuma makan Dunkin Donuts je. Haha. Untuk makan malam ni, kami dicaj THB 80/RM 8 seorang.

Dah kenyang, barulah bertenaga nak teruskan perjalanan. Lepas bayar, kami pun decide nak jalan kat satu lorong sebelah kanan Chang Club Hotel tu sebab nampak macam happening je…

Bersambung

Getaway Backpacking: Phuket [Day 1-Part 2]

Advertisements

11 thoughts on “Getaway Backpacking: Phuket [Day 1-Part 1]

    1. just contact thru email je. hehe. sebab kebetulan time bulan September bukan peak season kat Phuket. musim hujan! tapi, kalau bertuah, masih boleh jalan2 :)

    1. Hye Diana!

      Thanks for reading the blog! ;) Generally, it is safe because normally, all the travellers staying in hostels will have that sense of respect against each other and will not invade into the privacy of others.

      However, if you do not feel comfortable [especially staying in mix-gender dorms], you can opt for female-only dorms offered by some hostels, or private rooms in the hostels. Private rooms in backpackers hostels price is cheaper than those of budget hotel normally.

      Hope that helps! ;)

      P/S: Don’t forget to like the FB page here: https://www.facebook.com/kairulizwan2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s