Getaway Backpacking: Phuket [Day 1-Part 2]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 1-Part 1]

Info: THB 100 = ~RM 10

Kami pun jalan dan masuk ke lorong sebelah kanan Chang Club Hotel lepas tu menonong jalan terus je. Kat kiri-kanan jalan ada banyak bar, guesthouse, kedai jual kebab, kedai makan, kedai sewa skuter. Jalan dia agak sempit dan berlumpur [sebab baru lepas hujan], tapi kereta tak banyak yang masuk jalan ni.

Kami jalan terus je, sampailah ke hujung jalan, tengok jalan kat seberang tu ditutup untuk trafik dan ada banyak tuk tuk warna merah bersidai tunggu penumpang. Kami tengok, happeningnya tempat ni. Rupanya itulah Bangla Road yang terkenal tu.

Bangla Road, tapi tak nampak pulak Bangla kat sini. Haha

Sepanjang lalu jalan ni, toksah cakap lah bersepah discotheque, pub, ping pong show, tiger show dan seumpama dengannya. Kat sini, satu tempat menari yang memang semua orang akan nampak ialah Tiger Discotheque, siap ada kepala harimau kat bumbung dia. Macam kelab Zouk la kot tahap kefeymesan dia diukur dengan  skala KL. Shopping complex kecik pun ada, Bangla Mall namanya. Tapi, kami tak masuk pun sebab takut ramai Bangla.

Sepanjang kami lalu jalan ni, kami disajikan dengan suara-suara yang memanggil kami “free show, free show!”, “ping pong show, ping pong show!” sambil tunjuk katalog yang..emm..katalog… korang fikirlah sendiri. Haha. Dekat discotheque2 tu pulak, ada la gadis-gadis (?) yang menari kat tiang kat tingkat bawah, menari kat tiang kat tingkat atas, menari dalam bilik kaca. Aku ingat nak tangkap gambar diorang, tapi takut aku yang kena tangkap pulak. Haha. Jadi, tak dapat nak ambil gambar diorang ni beraksi. Takpe tengok esok lusa macam mana ya.

Kami jalan terus sampai hujung Bangla Road, tengok-tengok angin makin kuat, lepas tu ada bunyi ombak. Kami dah sampai Pantai Patong rupanya!

Angin kuat, ombak deras, lampu tak menyala, jadinya bila ambil gambar pakai flash, melekat pasir kat lens..

Dia punya angin + ombak memang kuat giler! Setiap kali kami ambil gambar sambil on flash [sebab lampu masa ni tak terang sangat], nampak pasir-pasir melekat kat lens dan berterbangan. Contohnya:

Nampak tak pasir2 berterbangan..? Hehe

Kami pun lepak-lepak kat pantai, tengok orang lain main kat gigi-gigi air, tangkap-tangkap gambar sambil layan angin dan ombak yang kuat tu. Syok wooo… Hehe. Lepas tu kami pun masuk balik ke Bangla Road.

Untuk yang nak cari makanan halal, kat hujung simpang Bangla Road ni ada beberapa stall yang jual Muslim Pancake dan ada satu stall tu jual pancake dengan hotdog dan ayam goreng yang Halal. Kakak tu bertudung.

Cari yang ada logo Halal, Ha-Lam-Alif-Lam atau yang ada lambang bulan dan bintang. InsyaAllah halal. Ada kedai yang guna logo halal JAKIM tapi dia ubah suai perkataan Malaysia tukar jadi Thailand. Itu aku tak yakin. Sebab cetak rompak kan. Haha.

Lepas masuk ke Bangla Road semula, tiba-tiba terasa macam nak minum Starbucks sebab ada Starbucks kat sebelah kiri. Kami pun masuk dan order satu Caramel Macchiato. Mahal gak sebenarnya sebab untuk cawan Tall, harganya dalam THB 145/RM 14.50. Harga Americano dia pun mahal dari kat Malaysia. Tapi, sebab nak cakap yang dah ke Starbucks Phuket punya pasal, belasah je la. Haha.

Bangla Road, Kathu, Patong, Phuket

Dah order, kami melepak kat bench depan/luar Starbucks tu, dok tengok gelagat orang-orang kat sini. Macam-macam gaya dan rupa ada. Yang berniaga rokok, berniaga barang mainan macam helikopter terbang keluar lampu-lampu tu, berniaga perkhidmatan. Aku siap ambil video lagi ala-ala CCTV, letak kamera atas bench kat Starbucks ni. Haha.

Dah selesai minum, jam pun dah nak dekat 2 pagi, jadi kami pun gerak nak balik ke hostel balik. Esok ingat nak sewa skuter keliling Phuket ni, tengok mana tempat yang best-best.

Masa tengah nak balik, ada sorang perempuan tepi jalan, dok lambai-lambai panggil kami. Seram sejuk gak la. Haha. Lepas tu, ada sorang ni block aku, lepas tu kibas rambut depan aku ala-ala nak goda lepas tu hulur tangan nak salam. Terus aku dan Akmal jalan cepat-cepat.

Bila dah seberang jalan pulak, ada satu bar katsebelah kiri hujung jalan sebelah Chang Club Hotel tu, air bertakung sikit kat sebelah kanan jalan sebab hujan lebat tadinya, kami pun ke kiri la sikit, sekali Akmal kena tarik dengan orang-orang kat situ. Nasib baik dapat lepas, kalau tak…. Hahaha.

Sampai hujung soi [lorong] tu, kami belok kanan dan jalan terus, belok kiri bila dah lepas Banzaan Market dan sikit lagi jalan terus, kami pun sampai ke hostel kami. Lega bila dah sampai hostel. Mata dah letih, kaki dah lenguh, badan dah penat, lepas update blog dengan online atas katil sekejap, kami pun masuk tidur, sambil tak sabar menunggu pengembaraan hari esok…

Bersambung

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 1]

Advertisements

16 thoughts on “Getaway Backpacking: Phuket [Day 1-Part 2]

    1. haha. memang ada bro. selama ni dengar2 lah org cakap psl nightlife kt Patong esp Bangla Road ni mmg hebat. lepas tu igtkan nama Bangla sebab ramai Bangla. Tapi tengok takde pun Bangla. Haha.

    1. haha. tula pasal. bila dah balik sini ingat2 blk, rasa kelakar pulak. tp masa kat sana, memang cuakkkk.. hahaha. takut je kena tarik, kang kena caj plak. ahaha

      kt sana mana ada yang percuma. hehe

      1. lebih terbayang kpd hntu sbnrnya hehe.amboi klu percuma mau ke..hahha. klu travel mmg sentiasa mengamalkan “berdua lebih baik” erk? hihi..btw br je jap td sambar tket ke krabi klu pnjg umur smp la kot haha. klu x, nk book ke shenzhen tp x cukup korum huhu

      2. klau free pun tak nak la! haha.. mintak simpang. kite bila travel niat kena betul, baru Allah permudahkan semua benda :) niat nak belajar budaya, warisan, dan melihat tempat orang. selain nak release stress kerja. hehe

        saya kalau travel seorang, berdua atau beramai2 sama baik. yang penting pengembaraan masa travel tu sendiri. apa yg kita dapat dari travel tu ;D macam pergi Bangkok, 4 hari sorang2. hehe. kalau ikut Phuket ni plan asal pergi sorang. lepas beli tiket, tanya kawan2 sapa nak pegi, Akmal tu je yang respons. jadi, tiket dia pun mahal sket. hehe.

        pergi Krabi? berapa? ada kawan pun sambar tiket Krabi utk bulan 7 tahun depan. rm100+ [tapi tiket saya pergi Phuket lagi murahla. hehe]. InsyaAllah panjang umur sampaila. Kalau dapat pergi Shenzen tu, mesti lagi best. Hehe. tapi, x ckup koram nak wat camnekan. Kalau saya, tak cukup koram kena pergi sorang pun, memang dah pergi dah. hehe. tapi, kite orang Asia, kalau perempuan travel sorang, ramai tak boleh terima lagi [walaupun sebenarnya tak ada apa pun. serius. hehe]

        InsyaAllah tahun depan bulan 5, saya pergi Cambodia pulak. dah beli tiket dah. Ingat nak jelajah Phnom Penh dengan Siem Riep. :) Macam saya cakap lepas chambering tahun lps, sekali dah terjebak backpacking, memang susah nak patah balik. hehhe.

        btw, awk satu batch ngn Mira Zakaria eh?

    1. yup. I started backpacking last year, and since then, I couldn’t stop. LOL. Although I went travelling at a particular place only for a short period of time, there are a lot of things that I’ve learnt and seen, that money can’t buy. The experiences are just awesome. U should try and just go someday :)

  1. sy nk reply kt atas tp xde link! hahha.. btol3! tgk tempat org,culture mmg best.. n release stress.. jln2!

    bkn apa,sy rasa cm terperasan awk sll travel ber2, tp btol la ada gak awk g solo.. saya klu mkn luar or keluar memana sgsorang ok je x kisah tapi klu bab travel ni cam x syok je sgsorang sbb bg sy klu sgsorg sy x dpt nk “mengekspresikan” kt sesapa kegembiraan tu ..haha over x ayat? :P kang t sy ckp ngn pokok haha.

    Rm 193 krabi tu, kira lowest fare la tu heheh. naik kematu jari dok klik sana sini cr tarikh, ha’ah tu lah klu ke shenzhen bley lajak ke HK huhu..syg gak. klu ke shenzhen tu br awalan 4 rat! next time la kot, simpan duit. Kang muflis otak nk berjalan ja. pergi cambodia sgsorg gak ke?wahh cayalah

    mira yg comel2 free hair tu erk? rsnya ye kot cuma sy x ingt nm ayah dia..

    1. haha. saya jenis tak kisah pn travel berapa ramai. tp jgn reramai sgt la sbb nanti byk kepala jd susah. less is more. hehe. and bila sesiapa nak ikut saya, dia tak boleh demanding sebab saya bila travel, memang mana boleh cut cost kita cut. hehehe

      cambodia so far ada 2 org kwn berminat nak join. so kita tgk macam mana nanti. hehe.

      eh, mira tu pakai tudung. dia grad tak sure bila tapi dia start chambering bulan 9 ni. aa dia satu batch LLB dengan cheqa, anas, cookie, nobie ngan karl.

      1. sama lah., klu yg brand demand2 ni ssh.huhu.. penting cr yg sekepala..

        sy rs cm bkn 1 batch je, x kenal pon yg lain2 tu..huhu. sy rs dia junior 1 sem kot, coz sy grad bln 2 hr tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s