Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 3]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 2]

Info: THB 100 = ~RM 10

Banyaknya kerja. Sikit lagi nak jadi gila. ;p Ok lupakan pasal kerja, kita teruskan dengan kisah di Phuket :D

===

Dari Karon Viewpoint, kami teruskan perjalanan untuk ke Promthep Cape atau dalam bahasa Thai, Laem Promthep. Promthep Cape ni tempat yang paling selatan kat pulau Phuket [tengok peta Phuket kat sini] dan tempat ni popular sebagai tempat untuk tengok sunset. Tapi, memandangkan kami kat sini waktu siang, nak tunggu matahari terbenam lambat lagi,  dan kami cadang nak pusing-pusing Phuket, kami tak tengok sunset tapi kami tengok matahari terpacak atas kepala. Hehe.

Nak ke Promthep Cape, ikut je papan tanda jalan yang ada. Lepas tu nanti kena masuk satu lorong ke kiri dan lepas tu akan lalu kawasan macam hutan kiri kanan dan berbukit. Naik je sampai atas tu, dan nanti sebelah kanan Promthep Cape punya viewpoint dan sebelah kiri ada gerai jual cenderamata dan makanan/minuman.

Sebelum sampai Promthep cape, jalan sangat lengang. Jadi, seronok bawak skuter kat sini. Ada bisnes gajah [untuk naik gajah], ada gym Muay Thai. Oh, gymnya open air ok?!

Awas, gajah! Dan awas nak parking kat sini, jalan tak rata. Masa aku park, skuter ni jatuh. Cat kat bahagian handle terkopek sikit dan cermin cover meter retak sikit. Nasib baik owner tak ambil balik skuter ni sampailah kami dah balik ke Malaysia. Kalau tak… kena muay Thai aku!

Kat sini, naik je tangga ke atas, ada banyak anjing kat atas viewpoint. Tapi, insyaAllah jangan kacau diorang, diorang pun tak kacau kita. Viewpoint kat sini memanjang ala2 horizon. Haha.

Pemandangan dari Promthep Cape
Another view from Promthep Cape…

Subhanallah. Memang aku tak nafikan, pemandangan kat sini memang cantik sangat. Macam kat oversea. Eh, memang kat oversea. Haha. Tapi, memang cantik. Memang kami terpegun dengan keindahan ciptaanNya. Dan pemandangan kat sini adalah sesuatu yang baru bagi kami, sebab kami tak pernah lagi tengok pemandangan macam ni. Eh, ke Akmal pernah? Haha. At least bagi aku lah… Hehe.

So breezy!

Kat kawasan ni jugak ada satu shrine yang dikelilingi banyak patung-patung gajah. Memang banyak giler! Patung-patung gajah tu mengelilingi patung yang menjadi sembahan diaorang.

Gajah, gajah~

Kat sini jugak ada satu rumah api. Mengikut sejarahnya, rumah api ni diarahkan untuk dibina oleh salah seorang putera Raja Thailand yang juga merupakan pegawai besar dalam tentera laut Thailand. Tak ingat apa nama putera ni, tapi dia sangat minat dengan laut dan join tentera laut, lepas tu dia diiktiraf macam Father of Navy untuk Thailand lah.

Rumah api ni kita boleh masuk [Percuma!] dan boleh naik sampai tingkat 1. Tingkat 2 ditutup. Kena bukak kasut ya sebelum masuk.

Tugu putera raja yang tersebut…
Ni rumah apinya. Lain kan design dia? Tak macam tipikal design rumah api yang lain…

Dah alang-alang dekat tempat yang cantik, tenang dan indah, haruslah menangkap gambar trademark kami. Gambar lompat-lompat. Haha.

Trip kedua Akmal berbackpacking dengan aku. Lompat!!
Alhamdulillah, satu lagi tempat berjaya ditawan :)

Dah habis lompat-lompat [penat kot! Nak shot terbaik kan? Hahaha], kami pun turun ke bawah untuk ke destinasi seterusnya… Ke mana? Nantikan sambungannya! Hehe. Bajet drama pulak.

p/s: Bila sewa skuter, sila check betul2 skuternya dan lebih baik sewa di kedai sewa. Macam aku cakap sebelum ni, kami sewa dari hostel. Tapi, hostel outsource dari luar. Akibatnya, skuter kami tu problem dekat bahagian kunci. Cover kunci [yang untuk keselamatan] asyik tertutup dan kunci untuk bukak penutup tu dah haus. Jadi, setiap kali nak start skuter, berpeloh gak lah. Sampai aku give up dan Akmal tolong. -_-“

Bersambung

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 4]

Advertisements

8 thoughts on “Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 3]

  1. pernah pergi backpacking ke phuket august lepas. alhamdulillah cuaca baik time tue n Promthep Cape tue mmg terbaik bro. kitorg turun ke bwh smpai nak dekat dgn laut. situ view dia lagi better plus thais memang friendly n helpful :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s