Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 5]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 4]

Info: THB 100 = ~RM 10

===

Dari Big Buddha, kami dah tak tau nak ke mana sebab hari dah petang dan malam nanti dalam pukul 8.00 malam kami nak tengok fight Muay Thai. Kami pun turun dari Big Buddha. Seronok je turun bukit naik skuter. Ni kalau kayuh basikal, pergh, konfem layan. Hehe.

On the way back from the Big Buddha, we saw baby elephant! ;)
Perjalanan turun ke bawah dari the Big Buddha…
More elephants along the road! You can ride on one, provided that you are willing to spend money on that :)

Lepas dah sampai bawah, keluar balik ke jalan besar i.e. keluar kat jalan yang masuk tadi. Masa keluar, kami belok kiri dan jalan terus je. Masa ni lalu pekan Rawai sebelum masuk ke pekan Phuket.

Pekan Rawai ada satu lagi pantai, pantai Rawai, tapi pantai ni kat belah tenggara Phuket. Kat sini nampak ada bot-bot kecil berlabuh. Kawasan Rawai ni jugak banyak komuniti Muslim. Ada 2 buah masjid sepanjang perjalanan di pekan ni, jadi tak ada masalah untuk solat. Sepanjang jalan kat kawasan Rawai ni jugak, banyak kedai makan halal di kiri dan kanan jalan.

Aku kagum dengan kabel elektrik kat Thailand ni. Berbelit-belit. Siap ada bunyi ‘zzz….zzzz’. Jadi, kami berhenti tepi jalan untuk ambil gambar ni. Sebelum berhenti kat sini, kami berhenti dalam 200m kat belakang, tapi kena kejar anjing… Hahaha

Kalau ikut perancangannya, kami nak ke pantai Nai Yang yang dekat dengan airport. Nak jugak tengok kapal terbang berlepas dan mendarat dari pantai. Mula-mula tu nampak jugaklah papan tanda airport. Sekali hilang. Tak jumpa. Last-last kami jalan terus je dan terus masuk ke pekan Phuket [rujuk peta kat sini].

Pekan Phuket ni ada unsur-unsur senibina lama macam kat Melaka. Selang seli dengan bangunan baru. Budak-budak baru balik sekolah jadi jalan agak sesak masa ni. Masuk dalam pekan ni, bila nak keluar ke Patong balik kami sesat. Sampailah jumpa balik signboard tulis Patong, baru lah lega. Hehe.

Kami jalan terus je sebab tak tau nak ikut mana. Hehe

Sebelum sampai Patong, kami singgah dulu isi minyak gasoline lagi sebotol sebab minyak dah kurang dari separuh. Takut tak cukup kan. Hehe. Kali ni, kami beli sebotol THB 40/RM 4. Masa turun dari Big Buddha tadi ada jual THB 30/RM 3 sebotol, tapi tak isi sebab ingat cukup lagi. Budak sekolah yang jual. Pakai uniform sekolah lagi. Mungkin tolong mak ayah dia berniaga kot. Bagus2.

Dah sampai Patong!
Macam nilah suasana di Patong… ;D
The small lane leading towards our hostel…

Dah sampai hujung lorong ni, keluar kat tepi Chang Club Hotel dan seriously kami rasa lapar. Dah petang kan. Kami pun jalan menuju ke Banzaan Market. Park tepi pasar Banzaan. Masa ni ada pasar malam depan Banzaan Market, baru nak mula niaga. Sebelum cari makanan, kami pusing-pusing dalam pasar dulu.

Inside Banzaan Market…

Pasar ni macam pasar kita kat Malaysia jugaklah. Cuma dari luar, nampak macam shopping complex pulak. Hehe. Kalau nak cari air limau ke atau bahan-bahan masakan Thailand untuk dibawa balik rumah, bolehlah cari kat sini :)

More to come… Bersambung

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 6]

Advertisements

6 thoughts on “Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 5]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s