Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 6]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 5]

Info: THB 100 = ~RM 10

===

Dah jalan-jalan kat area pasar, kami masuk ke area Jungceylon Shopping Centre, shopping complex terbesar kat sini. Kalau ikut sejarahnya, Junceylon ni asalnya daripada perkataan Melayu, Tanjung Silang. Tapi, entah macam mana entah dia jadi Jungceylon. Haha.

Kami jalan-jalan kat tingkat bawah je. Saja buang-buang masa sebab perlawanan Muay Thai yang kami beli tiket pagi tadi, mula pukul 9 malam. Dan tempatnya pun tak jauh dari sini, dekat Bangla Boxing Stadium je.

Dah pusing-pusing kat dalam, kami ingat nak minum jap. Tengok kiosk-kiosk kat luar, terjumpa kiosk ni.

Flying pancake kiosk.. Literally ‘flying’ !

Mula-mula ingat nak makan, tapi tak rasa nak makan. Jadi, kami order air ‘cocoa ice’ atau koko ais dengan harga lebih kurang THB 40/RM 4 [harga asal THB 45. Abang tu kasi diskaun ;D]. Kami cuma lepak minum-minum kat kiosk dia.

Tengah tunggu abang tu buat air kami, dia tegur kami, tanya tinggal kat mana, berapa hari kat sini etc etc. Rupanya, abang ni dulu bukak kedai tom yam kat USJ 14. Pejabat aku kat USJ 9. Hehe. Patut dia cakap Melayu fasih je. Tu yang kami dapat diskaun. Pada masa yang sama, ada pelancong [tak pasti Jepun/Korea] order roti dan air cocoa ice jugak. Sekali tengok skill abang tu buat roti/tarik air, memang hebat. Kalah mamak yang dok buat teh tarik kat Malaysia.

Pulled-cocoa!
The flying pancake. So awesome!

Kami sempat tanya dia, kenapa tak terus kerja kat Malaysia. Dia kata, sebab nak cari pengalaman baru. Dah bosan kat sini nanti, dia merantau lagi, cari peluang berniaga lain. Kagum aku dengan semangat dan azam abang ni.

Gambar kenangan dengan abang flying pancake…

Seterusnya, kami seberang jalan kat depan Jungceylon Shopping Centre ni sebab nak cari cenderamata. Kat sini, cenderamata tak semurah kat Chatuchak Weekend Market kat Bangkok. Dan kedai-kedai kat area ni, kebanyakan penjual muka ala-ala India. Aku tanya, orang tempatan ke? Dan ada sorang penjual tu cakap diorang dari Myanmar. Patut muka tak macam orang Thai.

Tips: Untuk cari cenderamata, selain deretan kedai-kedai yang menghadap Jungceylon Shopping Centre, boleh jugak dicari kat deretan kedai yang sebaris dengan Hard Rock Cafe Phuket. Maknanya, kat jalan besar tu, jalan ke depan lagi menuju ke Hard Rock.

Rows of shops selling souvenirs…

Aku beli fridge magnet [tak silap aku 3 ketul THB 100/RM 10 dan t-shirt I love Phuket beberapa helai [price range THB 150-250/RM 15-25, ikut kualiti kain]. Kalau nak beli cenderamata, kena rajin bargain tau. Sebab harga bukak biasanya tinggi.

Tips: Kalau boleh, bargain kat kedai yang dijaga oleh orang lokal Thai sebab kemesraan tu lebih terasa. Sebab bila bargain kat kedai orang Myanmar jaga, diorang agak tak mesra dan macam pushy. Takut mood spoil nanti.

Akmal pulak beli fridge magnet, keychain dan T-shirt. Dah puas jalan-jalan kat kawasan cenderamata, rasa nak makan pulak. Tapi, nak makan kat mana ye? Kedai halal kalau kedai Arab mesti mahal dan tak ori lah. Kalau nak makan kat kedai yang kami sarapan pagi tadi, macam dah bosan. Mana ye?

Bersambung…

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 7]

Advertisements

4 thoughts on “Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 6]

    1. Hehe. Thanks! Okla tu! Phuket sgt best. Hehe. Lepas balik Malaysia, terus kena post-travel blues. Hehe. Gonna wait for your blog entry on Phuket next year. N gonna follow ur blog. :) Thanks for reading mine btw :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s