Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 7]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 6]

Info: THB 100 = ~RM 10

=====

Dah habis pusing-pusing beli cenderamata, mestilah rasa nak makan, kan? Hehe. Mula-mula ingat nak makan dekat kedai yang kami dinner semalam dan sarapan pagi tadi, tapi asyik kat situ je. Jadi, kami nak cuba tempat baru.

Kebetulan, dekat depan Banzaan Market ada pasar malam. Dan nampak satu gerai ni ada kakak bertudung. Terus pergi ke gerai dia. Dia jual nasi goreng, pad thai dan burger. Datang Thailand, nak cuba makanan Thailand [walaupun ada kat Malaysia. hehe], jadi aku order Pad Thai dan Akmal pesan nasi goreng. Harganya THB 45/RM 4.50. Murah je! Sedap pulak tu!

Gerai halal. Yang lelaki tu, suami kakak yang pakai tudung tu ;D
Gerai halal. Yang lelaki tu, suami kakak yang pakai tudung tu ;D
Kakak ni tengah masak pad thai aku.. hehe
Kakak ni tengah masak pad thai aku.. hehe

Tips:

  • Di pasar malam ni, cuma ada 3 kedai halal. Sama ada peniaganya pakai tudung atau ada tanda halal dalam tulisan jawi.

  • Kedai kakak ni jual nasi goreng, padthai dan burger. Kedai halal kedua jual roti macam roti canai tu [Muslim pancake] dan kedai halal ketiga jual nasi minyak dengan ayam macam yang kami makan masa sarapan semalam.

  • Kakak jual padthai ni pernah duduk di Malaysia, di Sungai Buloh dan agak lama jugaklah duduk situ. Jadi, sesiapa dari Malaysia/Indonesia/Brunei boleh je cakap Bahasa Melayu dengan kakak ni.

Pad Thai!
Pad Thai!

Sesudah makan, tengok jam dah nak start perlawanan Muay Thai yang mana tiket kami dah beli pagi tadi. Terus pergi ke Bangla Boxing Stadium yang terletak berdekatan.

Baucer yang kita dapat lepas bayar di kaunter Tour Agent mesti ditukar dengan tiket di pintu masuk stadium...
Baucer yang kita dapat lepas bayar di kaunter Tour Agent mesti ditukar dengan tiket di pintu masuk stadium…
Ruang untuk perlawanan Muay Thai kat tingkat atas. Tingkat bawah ruangan bar.
Ruang untuk perlawanan Muay Thai kat tingkat atas. Tingkat bawah ruangan bar.

Memang sesuatu yang menarik dapat tengok perlawanan Muay Thai secara live di depan mata. Selama ni, tengok kat tv je. Hehe. Ada 8 perlawanan semuanya. Ada perlawanan melibatkan peserta wanita dan peserta-peserta jugak campur antara tempatan dan antarabangsa termasuk Singapura, USA, Rusia dan lain-lain.

Paling best, siap ada drama lagi sebab ada satu peserta tu terus pengsan lepas kena tumbuk. TKO. Ingat dah tak bernyawa. Suspens kot. Hehe. Dan kami jugak dapat duduk kat ringside walaupun bayar tiket untuk duduk kat tempat biasa. Sebabnya, abang yang jaga pintu masuk tengok kami dan tanya dari mana. Bila tau Malaysia, terus dia bawa ke ringside. Katanya, mak dia asal Langkawi dan ayah dia asal Thailand. Best2! Hehe.

Muay Thai match!
Muay Thai match!
First time watching it LIVE!
First time watching it LIVE!

Agak sesak dan bingit suasana dalam staadium dengan broker-broker judi ambil duit dari orang ramai yang nak berjudi dan dapatkan wang mudah. Tapi, ni lah yang buat suasana kat stadium menarik sebab dengan sorakan orang ramai dan teriakan broker, memang layan habis! Hehe.

Saspens giler masa ni!
Saspens giler masa ni!

Perlawanan habis kira-kira 3 jam, hampir pukul 12 tengah malam baru habis. Lepas keluar stadium, ingat nak balik hostel. Dalam perjalanan ke hostel, tengok kiri kanan ada banyak kedai yang tawarkan urut refleksologi dan tradisional Thailand. Orang kata urut tradisional Thai bagus sebab dia macam stretching, kami pun nak cuba. Lebih-lebih lagi tengok harganya murah, dalam THB 250/RM 25 sejam! Kalau kat KL, mau dalam RM 80+.

Kamii pilih kedai ini... Bagus urutannya. Memang sakit tapi lega. Haha
Kamii pilih kedai ini… Bagus urutannya. Memang sakit tapi lega. Haha
Senarai harga...
Senarai harga…

Memang betul urutan tradisional Thai macam stretching. Tapi, lepas dah habis urut, memang badan rasa lebih segar. Tapi, sebab jam dah melewati 1 pagi, dan besok pagi kami akan buat island hopping, jadi kena tidur jugaklah kan. Terus, kami pulang ke hostel untuk berehat sementara menanti hari esok…

TAMAT HARI KEDUA :D

Bersambung…

Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 1]

Advertisements

2 thoughts on “Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 7]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s