Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 1]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 7]

Info: THB 100 = ~RM 10

===

Hari ketiga kami di bumi Phuket. Awal-awal pagi dah bangun sebab hari ni kami akan ikut tour untuk island hopping. Kami beli pakej tour ni dari TMT Tour and Travel yang mana kiosk dia ada dekat jalan hostel kami tu.

Dalam jam 8.00 pagi, van yang akan bawa kami ke jeti sampai dan sementara menunggu, Akmal sempat lagi terlelap. Hehe. Sebelum ke jeti di Phang Nga Bay, van akan singgah ke setiap hotel-hotel untuk ambil orang-orang lain yang akan turut serta ikut tour ini.

Sepanjang ke Phang Nga Bay, aku tertidur dalam van. Dengan cuaca hujannya. Aku harap, hujan akan berhenti sebab kalau tak, tak seronoklah island hopping dalam hujan. Hehe. Sedar-sedar, dah sampai satu kedai makan dan semua diminta turun.

Hujan di pagi hari di Phuket...
Hujan di pagi hari di Phuket…

Sampai kat kedai makan tu, semua orang dipanggil dan tangan akan diikat dengan reben sebagai tanda pengenalan, untuk beritahu yang kita bersama dengan tour group tu. Kat kedai makan tu disediakan biskut dan kopi 3in1, untuk alas perut sebelum menuju ke jeti untuk ke pulau-pulau di sekitar Phang Nga Bay ni.

Sampai kat jeti [jalan sikit je dari kedai ni], semua kena tunggu kat satu stesen bas sebab semua orang kena naik bas ni [macam lori tukar jadi bas] untuk ke hujung jeti. Aku rasa, nak jalan kaki boleh je tapi dia suruh naik, kita naik je lah! Hehe.

Fisherman's boats at Phang Nga Bay...
Fisherman’s boats at Phang Nga Bay…
Waiting for the bus to go to the end of the jetty...
Waiting for the bus to go to the end of the jetty…
Our cameraman for the day ;D
Our cameraman for the day ;D

Dalam tour group kami ada 2 orang Malaysia [aku dan Akmal], 2 orang dari Poland, 2 orang dari Mesir [Hisyam dan Nevinia] dan selebihnya dari Rusia. Ya, ramai orang dari Rusia ke sini sampaikan ada tour guide khas berbahasa Rusia bernama Liyana. Dia sangat friendly. Haha.

Lagi satu yang bestnya tour yang kami ambil ni, dengan harga THB 1300/RM 130 seorang, kami naik speedboat. Jadi, perjalanan sangat laju. Dan group kami tak sampai pun 15 orang, jadi selesa lah jugak. Hanya orang-orang dari Rusia, tak boleh berbahasa Inggeris sangat, jadi komunikasi agak terbatas. Dan ombak kuat sampaikan kadang-kadang perjalanan agak bumpy.

Our speedboat for the tour!
Our speedboat for the tour!

Perjalanan pertama kami ke Panak Island dan Hong Island. Kat sini bot tak berhenti tapi cuma lalu. Memang kagum dengan keindahan ciptaan-Nya. Macam kat Panak Island, kami diberitahu ada gua di bawah tanah i.e. bawah air laut yang cuma boleh diakses masa air surut. Di situ jugak, ada macam tiang buluh, yang orang tempatan guna untuk ambil sarang burung. Memang cantik!

Di Hong Island pulak, ada ramai orang berkayak kat kawasan ni yang mana bot mereka diparkir kat kawasan tu. Memang tenang je suasana. Tapi, kami tak berkayak kat sini sebab tour guide kami kata, tempat kayak kami nanti lagi best. Katanyalah kan. Hehe..

Panak Island #1
Panak Island #1
Panak Island #2
Panak Island #2
Panak Island #3. Notice the bamboo stick used by the locals to collect the birds' nests...
Panak Island #3. Notice the bamboo stick used by the locals to collect the birds’ nests…
Hong Island from afar...
Hong Island from afar…
Hong Island #2...
Hong Island #2…
Hong Island #3...
Hong Island #3…

To Be Continued…

Bersambung…

Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 2]

Advertisements

2 thoughts on “Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 1]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s