Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 3]

Bersambung dari:Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 2]

Info: THB 100 = ~RM 10

===

Gambar kenangan dengan Hisyam dan wife dia.
Gambar kenangan dengan Hisyam dan wife dia.

Lapar sangat. Kami diberitahu, destinasi seterusnya ialah Koh Panyee. Oh, tempat yang aku teringin nak pergi lepas baca blog Shahrule. Dia pun teringin nak pergi, tapi tak berkesempatan. Sebab tu rasa bersyukur, kami diberi kesempatan.

On the way to Koh Panyee.
On the way to Koh Panyee.

Koh Panyee ni termasuk dalam itinerary tour ni sebab kat sini, diorang akan didedahkan dengan cara hidup, budaya, dan makanan golongan Muslim yang tinggal kat sini. Sebab kat pulau ni, tak silap aku 100% Muslim. Lagipun, nama Panyee tu sendiri sebenarnya daripada perkataan bahasa Melayu yang bermaksud Panji [bendera].

Sumber dari wikipedia:

The settlement at Ko Panyi was established at the end of the 18th century by nomadic Malay fisherman.[1] Ko Panyi is known as Pulau Panji in Malay language. It was during this time that the law limited land ownership solely to people of Thai national origins, and due to this fact the settlement was, for the most part, built on stilts within the protection of the island’s bay, providing easy access for the life of a fisherman. With the increase of wealth for the community, due to the growing tourism industry within Thailand, purchase of land on the island itself became a possibility, and the first structures of relevance were built; a mosque and a freshwater well.

Rumah-rumah kat pulau ni dibina atas tiang di atas air sepenuhnya. Macam kat Kampung Ayer [Brunei] atau Pulau Ketam kat Selangor. Tapi, memandangkan aku tak pernah pergi Kampung  Ayer mahupun Pulau Ketam, jakun sikit lah bila sampai sini. Hehe.

Approaching Koh Panyee...
Approaching Koh Panyee…

Sampai-sampai kat jeti, benda pertama yang aku nampak dah menarik perhatian. Court futsal kat atas air siott.. Hehe.

Floating futsal court. Ni kalau bola jatuh atas air... Hebat2! hehe
Floating futsal court. Ni kalau bola jatuh atas air… Hebat2! hehe

Dekat sini, semua dibina atas tiang atas air. Daripada restoran, sekolah, surau dan hospital. Semua atas air. Tapi, kami difahamkan surau kat sini kecil dan diorang dalam proses nak bina sebuah masjid kat mainland. Tapi, masih kekurangan dana. Kalau datang sini dan nak beramal jariah, jangan lupa menderma ya! :)

Floating school!
Floating school!
Houses on stilts!
Houses on stilts!
Floating hospital!
Floating hospital!
Floating onions!
Floating onions!

Lepas dah pusing-pusing kawasan ni, kami ke restoran untuk makan tengah hari. Makan tengah hari kat sini lauknya sama macam kedai tom yam kat Malaysia. Ikan masak tiga rasa, tom yam ikan [tapi jenis kuah jernih], telur dadar, sayur. Tom yam dia sedap, tapi sebab terlalu nak cater lidah omputih, tak pedas langsung! Rasa nak je mintak cili padi. Hehe.

Kami sebagai rakyat Malaysia yang selalu makan kat kedai tomyam memang makan dengan berselera. In fact, ikan tu kami berdua je yang dok meratah! Haha. Pak-pak Arab dengan couple Finland tu tak reti makan lauk-lauk gini, kami jadi tukang perabih la. Hehe.

Siap Hisyam tanya kami,

“What is the significance having eggs for lunch?”.

Haha. Memang kelakar lah kan. Sebab kita orang Melayu ni pagi sampai ke malam kadang-kadang makan lauk telur. Tapi, puas hatilah sebab rasa dia memang sedap. Cuma tak pedas je.

Bye-bye Koh Panyee...
Bye-bye Koh Panyee…

Lepas dah habis makan, kami terus ke tujuan terakhir, ke Naka Island. Ni tempat terakhir sama ada untuk mandi manda atau berehat. Bot akan berhenti dekat atas air, jadi nak tak nak, kena basahkan sikit seluar untuk pergi ke kawasan pantai.

Kerusi-kerusi untuk bermalas-malasan...
Kerusi-kerusi untuk bermalas-malasan…

Aku dan Akmal capai persetujuan, tak nak mandi masa kat sini. Sebabnya, kalau nak mandi, kat Port Dickson pun boleh mandi. Hehe. Kami lebih kepada nak berehat dan lupakan kekusutan kerja dan masalah-masalah lain.

Kami pun ambil satu kerusi ni dan mula baring. Fuh, sedapnya. Tiba-tiba…

Datanglah seorang kakak ni mintak duit. Rupanya nak duduk atas kerusi ni pun kena bayar! Cis! Tak ada yang percuma ke kat sini. Haha. Aku tak ingat berapa harga sewa kerusi tapi tak sampai THB 200/RM 20 lah.

Tips: Kalau nak berehat dengan selesa, sila pakai sunglass atau pejam mata. Sebab akan ada orang lalu lalang jual air lah, ais krim lah, jetski lah. Hehe.

Memang lena kot masa kat sini. Baring atas kerusi, dengan bunyi ombak, lepas tu angin dari laut lagi. Walaupun pantai tak secantik kat Karon Kata, tapi dapat rehat kat sini memang heaven!

Let's sleep! Haha
Let’s sleep! Haha

Lepas dekat 2 jam kat sini, tibalah masa untuk balik ke bot untuk ke jeti Phang Nga bay.

Dengan Liyana.. tour guide Russia.
Dengan Liyana.. tour guide Russia.

Sampai je kat jeti, pergi balik ke tempat sarapan pagi tadi untuk naik van pulang ke hotel/hostel masing-masing. Dia nak hantar kami dulu. Kami duduk hostel yang lain duduk hotel mahal-mahal. Tapi, peduli apa kami kan. Yang penting, kami dah jajah Phuket! Hehehe.

Sepanjang dalam van, tertidur kepenatan. Dengan cuaca mendung lagi. Sambil kepala otak dok bayangkan, esok dah nak balik. Sedih pulak rasanya nak tinggalkan bumi Phuket. Ya, memang semua tempat aku pernah pergi, semua aku rasa sedih bila nak balik. Hehe.

Sampai-sampai hostel, semua orang lain dalam van tengok je kat luar. Yelah, diorang dok hotel mahal-mahal, mungkin tak jalan sampai ke sini. Tau hotel dengan Bangla Road je kot. Soi Banzaan tak tau. Hehe.

Sampai hostel, Akmal masuk bilik terus terlelap, aku pulak buat apa yang patut sementara nak tunggu malam. Lepak-lepak kat lobi yang kecil sambil bayangkan aku bukak bisnes hostel kat Phuket. Haha.

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 4]

Advertisements

2 thoughts on “Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 3]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s