Getaway Backpacking: Phuket [Day 4-FINALE]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 5]

Info: THB 100 = ~RM 10

===

AHAD, 16 SEPTEMBER 2012

Selamat Hari Ulangtahun Malaysia! Awal-awal pagi, brader receptionist tu dah kejut kami. Katanya, teksi dah tunggu kat bawah. Menggelupur kami masuk bilik air, gosok gigi, cuci muka dan kemas barang. Itulah, semalam tak nak kemas siap-siap! Hehe.

Sampai airport, kat kaunter imigresen beratur agak panjang. Ramai orang nak keluar dari Phuket hari ni. Hehe. Dah lah kami bangun terkejut. Pening-pening jugak lah kepala.

Flight ke Kuala Lumpur sepatutnya pukul 9.00 pagi dekat Gate 6. Lama kami tunggu. Siap bukak laptop, tutup laptop, jalan-jalan pusing keliling terminal, beli kopi…

Boleh beli kopi kat sini :)
Boleh beli kopi kat sini :)

Dan masa kami dekat kedai Smoking & Cafe ni, ada satu nenek Jepun tegur kami. Dia nak ke Penang. Yang bestnya, dia ingat Akmal orang Jepun. Hahaha.

Gate 6 untuk ke KL... sepatutnya...
Gate 6 untuk ke KL… sepatutnya…
Suasana dalam terminal...
Suasana dalam terminal…

Phuket International Airport ni kecil je. Tak besar mana. Tapi selesa sangat. Dengan ada karpet atas lantai. Kedai tak banyak sangat, tapi cukup lah sebab tak sesak sangat masa pagi ni. Lagi best dari LCCT-KLIA. Tak sabar nak tunggu klia2 siap tahun 2013. :) Naik AirAsia dari sana tak payah kat LCCT sekarang lagi. Hehe. Ok, dah melalut.

Kami tunggu punya tunggu, sekali dalam pukul 8.30 macam tu, ada pengumuman, kapal terbang ke Kuala Lumpur ditukar ke Gate 7 dan maaf atas kelewatan. Sabar jelah. Kami pun dan penumpang-penumpang lain yang nak ke KL usung beg sebab Gate 7 kat belah satu lagi.

Tak lama lepas beratur, Gate 7 pun dibuka dan kami semua masuk ke dalam perut kapal terbang.

Kapal terbang dah sampai...
Kapal terbang dah sampai…

Ramai jugak yang nak ke KL dari Phuket ni. Bila kapal terbang dah nak berlepas, rasa sedih pulak nak tinggalkan bumi Phuket ni. Sebabnya lusa dah nak kerja [esok Isnin cuti ganti Hari Malaysia sebab harini dah cuti umum]. Dan sepanjang kat Phuket, memang lupa langsung kerunsingan tempat kerja, stress dan benda-benda tak best.

Tengok keindahan bumi ciptaan Allah yang selama ni hanya berangan nak pergi, tapi alhamdulillah diberi kesempatan jejak kaki ke sini. Rasa berat hati nak tinggalkan pengalaman 4 hari 3 malam yang dikutip kat sini.

Lapangan terbang ni tepi laut weyhh. Hehe
Lapangan terbang ni tepi laut weyhh. Hehe

Tak lama lepas kami masuk ke dalam kapal terbang, dalam jam 9.30 pagi waktu Thailand, kapal terbang kami pun berlepas, membawa bersama 1001 kenangan dan pengalaman sepanjang pengembaraan getaway ini.

Selamat tinggal, Phuket! InsyaAllah kita bertemu lagi nanti...
Selamat tinggal, Phuket! InsyaAllah kita bertemu lagi nanti…

Next: Epilog – Getaway Backpacking Phuket

Advertisements

2 thoughts on “Getaway Backpacking: Phuket [Day 4-FINALE]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s