The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 1] – Fort Cornwallis

Pulau Pinang Pulau Mutiara, destinasi terkini travel dalam negara aku kali ni. Kali terakhir aku pergi Pulau Pinang a.f.k.a [also fondly known as] Penang ialah tahun 2002 dulu, masa aku Form 3. Bercuti dengan keluarga. Maknanya dah 10 tahun aku tak jejak kaki kat Penang! In fact, memori aku tentang Penang memang sikit sangat.

Aku ke Penang dengan adik lelaki aku, Ijat. Sebenarnya kami ke sana bukanlah for the sole purpose of nak travel, Tapi kami join Penang Bridge International Marathon kategori 10km. Alang-alang dah ke sana, tak kan tak nak jalan-jalan, kan? Jadi, jomlah jalan-jalan ke Penang!

===

Sabtu, 17 November 2012

Kalau ikut perancangannya, aku pergi ke Penang dengan Akmal dan ingat nak bertolak hari Jumaat. Sebab tu dah ambil cuti hari Jumaat. Tapi, sebab ada urusan keluarga, Akmal tak jadi ke Penang dan aku jadi malas nak gerak hari Jumaat. Sudahnya, hari ni baru gerak.

Kami gerak agak lewat sebab entah kenapa rasa malas sangat nak drive. Hehe. Akhirnya, dalam pukul 11.30 pagi macam tu, kami mula gerak ke Penang. Dalam perjalanan, kami singgah Petronas kat KESAS Highway sebab Ijat nak withdraw duit. Bila dah keluar dari highway Guthrie kat Rawang, tiba-tiba Ijat bagitau handphone dia tertinggal atas mesin ATM kat Petronas tu. Memang serabut masa ni call mak aku, adik aku. Handphone aku pulak bateri dah nak habis sebab lupa caj. Haha. Dan aku pun tertinggal charger. -_-“

Kami sampai kat Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dalam pukul 3.30 petang, lepas drive lebih kurang 4 jam dari Shah Alam. Ni memang rekod lah sebab aku tak pernah lagi drive sejauh ni. Hehe.

On the Penang Bride heading towards the Penang Island.
On the Penang Bride heading towards the Penang Island.

Agak ramai orang yang nak masuk Penang. Nasib baik pakai Smart Tag. Kalau bayar tol pakai cash, memang berjam-jam lah kot kena tunggu.

The iconic Penang Bridge.
The iconic Penang Bridge.

Bulan 11, Selangor musim hujan. Boleh kata setiap petang hujan kat rumah aku. Tapi, sampai Penang, terkejut tengok langit cerah je.

Sebelum ke sini, aku dah book penginapan kat Red Inn Heritage Guesthouse, Love Lane. Mula-mula ingat nak tinggal kat Red Inn yang Akmal dan Aiman tidur dulu. Aku ingat ni lah Red Inn nya. Rupanya diorang tinggal dulu kat Red Inn Court. Manalah aku tau kan, dah namanya sama je. Haha.

Harga penginapan kami kat sini ialah RM 33.60 seorang, semalam. Aku pilih dorm yang ada satu katil double decker. Maknanya, 2 orang sebilik. Aku book guna Hostelbookers.com. Untuk 2 orang 2 malam. kami bayar deposit booking Hostelbookers 10% = RM 12.24. Lepas tu, balance bayar masa sampai RM 122.40. Bila sampai juga kena bayar deposit kunci bilik RM 50.00 [refundable].

Red Inn Heritage Guesthouse
Red Inn Heritage Guesthouse

Nak cari hostel ni pun pening kepala kami. Sebab aku tak ada GPS. Dan aku tak ada peta. Dan lagi, ni kali pertama aku drive ke Penang sendiri. Bila tengok alamat dia Love Lane, aku agak mesti dia kat lorong-lorong dan bukan jalan utama. Tekaan aku tepat sekali. Kami ambil masa sejam untuk sampai ke hostel. Sampai Penang pukul 3.30 petang, pukul 4.30 baru sampai hostel. Pusing-pusing tak jumpa jalan. Bila dah tau, senang je rupanya. Haha.

Kalau nak ke hostel ni, lepas Jambatan Pulau Pinang, belok kanan, lalu Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Terus je sampai lalu kawasan Weld Quay. Nanti tengok kiri, cari jalan yang bernama Chulia Street [Lebuh Chulia]. Belok kiri kat jalan tu dan terus je. Sampai nampak lampu isyarat, terus lagi. Nanti tengok kenan, ada satu 7-Eleven sebelah kanan. Lorong sebelum 7-E tu ialah Love Lane.

Lebuh Chulia. Terus je kat sini.
Lebuh Chulia. Terus je kat sini.

Dah sampai hostel dan check in, kami pun terus letak barang-barang dan bersiap untuk keluar dan explore Penang, tanpa ada plan atau itinerary mana nak pergi atau apa nak dibuat. ;p

Jadi, kami menuju ke Padang Kota Lama. Nak ke sini senang aje sebab ada papan tanda jalan yang tunjuk arah jalan. Ikut je papan tanda menuju ke Padang Kota Lama dan cari tempat untuk parkir kereta.

Kami parkir kat sebelah Fort Cornwallis dan bercadang nak tengok, apa bendanya Fort Cornwallis ni?

Dari Wikipedia:

Fort Cornwallis is an old star fort located on the northeastern coast of Penang,Malaysia. It is named after the late 18th century Governor-General of BengalIndia,Charles Cornwallis, 1st Marquess Cornwallis. Fort Cornwallis is the largest standing fort in Malaysia. In its entire history, the fort had never engaged in any battle.

Pintu masuk utama ke Fort Cornwallis/Main entrance to Fort Cornwallis.
Pintu masuk utama ke Fort Cornwallis/Main entrance to Fort Cornwallis.

Masuk ke Fort Cornwallis, caj sebanyak RM 2.00 dikenakan kepada pengunjung. Tujuannya, caj tu akan digunakan untuk memelihara dan memulihara kubu ni. Tapi, caj ni akan dikenakan kalau masuk ikut pintu utama ni. Kalau korang bernasib baik, boleh masuk ikut pintu 2 dan kalau pekerja kat sini tak perasan, korang tak payah bayar apa-apa.

Macam aku dan Ijat, kami masuk ikut pintu 2. Ingatkan percuma. Dah habis pusing keliling, kami keluar ikut pintu utama. Lepas tu, kami masuk balik ikut pintu utama. Sekali kena panggil, pekerja tu pun cakap, kena bayar tiketlah. Haha. Kalau tak masuk balik, free lah!

Pintu 2 Fort Cornwallis / Entrance 2
Pintu 2 Fort Cornwallis / Entrance 2

Kat dalam kubu ni, ada tugu sir Francis Light, ada rumah api, gereja kecil [chapel] yang sir Francis Light guna, tempat simpan senjata dan meriam-meriam lama yang dihala ke laut. Tapi, memang kubu ni terjaga rapi. Cantik tempatnya. Kemas. Di kiri kanan pintu utama juga boleh dilihat parit besar, yang mana mungkin suatu masa dulu penuh diisi dengan air.

Outside Fort Cornwallis - facing right
Outside Fort Cornwallis – facing right
Outside Fort Cornwallis - facing left.
Outside Fort Cornwallis – facing left.
Statue of  Captain Sir Francis Light. The sword in his right hand was melted by the Japanese when they invaded Penang.
Statue of Captain Sir Francis Light. The sword in his right hand was melted by the Japanese when they invaded Penang.
History of the Fort.
History of the Fort.

Kubu ni ialah tempat pertama sir Francis Light dan krew dia mendarat pada 11/8/1786. Kubu ni betrbentuk bintang, dan kita boleh jalan kat dek atas, yang akan bagi pemandangan menarik jalanraya di sebelah kanan, dan laut Selat Melaka di sebelah kiri [kiri kanan tu depends mana korang berdiri lah. Hehe.]

Chapel used by Francis Light
Chapel used by Francis Light
The Lighthouse. Masih digunakan sampai ke hari ini!
The Lighthouse. Masih digunakan sampai ke hari ini!
Gunpowder Magazine.
Gunpowder Magazine.

Banyak meriam-meriam lama keliling kubu ni terutamanya yang menghala ke laut.

Old cannon facing the sea.
Old cannon facing the sea.

Yang paling unik antara semua meriam ni, ada satu meriam yang dipanggil meriam Sri Rambai. Meriam ni ada ukiran Syarikat Hindia Timur Belanda [VOC] pada badannya dan tahun 1613, tahun buatannya. Kalau ikut sejarahnya, meriam Sri Rambai ni timbul sendiri tahun 1880. Dan perempuan mandul boleh mengandung kalau letak bunga kat laras meriam.

History of Sri Rambai cannon.
History of Sri Rambai cannon.
Meriam Sri Rambai / Sri Rambai Cannon.
Meriam Sri Rambai / Sri Rambai Cannon.
Sri Rambai Cannon facing the sea.
Sri Rambai Cannon facing the sea.

Kalau nak beli cenderamata atau air ke, kat sini ada kedai yang menjualnya.

Shops at Fort Cornwallis...
Shops at Fort Cornwallis…

Tapi, kami tak beli pun. Sebab kami dah lapar giler masa ni. Jadi, kami bercadang nak makan rojak pasembor yang sungguh terkenal kat Penang ni. Rojak pasembor, tak makan maknanya tak datang Penang lagilah! Hehe

BERSAMBUNG…

TO BE CONTINUED…

The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 2]

Advertisements

One thought on “The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 1] – Fort Cornwallis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s