The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 4]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 3]

Aku pun toleh ke kanan. Rupa-rupanya, Ijat suruh tengok kawasan terminal kat sini. Kat sini, bertentangan dengan Fort Cornwallis, letaknya Swettanham Pier Cruise Terminal. Aku masuk ke dalam kawasan parkir menghadap sebuah kapal yang tengah berlabuh kat terminal ni. Cari-cari nama kapal, jumpa juga namanya. Nama kapal tu Legend of The Seas. Memang besar giler! Belakang dia ada satu lagi kapal persiaran.

Punyalah besar kapal ni sampaikan masa aku tengok kapal ni, nampak ada orang bersidai kat koridor, nampak orang dalam gym, nampak orang jogging pun ada! Aku dok bayangkan, giler kaya orang-orang dalam tu. Hehe. Lepas tu dengar pengumuman panggil penumpang-penumpang kapal ni yang baru nak berlepas dari Penang, suruh masuk.

Legend of the Seas...
Legend of the Seas…
Legend of the Seas at the Swettenham Pier Cruise Terminal...
Legend of the Seas at the Swettenham Pier Cruise Terminal…

Lepas dah habis berangan bayangkan kami yang naik kapal ni, kami pun kembali ke kereta dan teruskan perjalanan untuk cari handphone Ijat. Kan handphone Ijat tertinggal dekat atas ATM Petronas KESAS. Jadi, dia pun nak cari handphone murah spare satu dan kami pun pergi ke Prangin Mall yang terletak kat sebelah KOMTAR.

Tak rancang pun nak ke sini. Main drive je lepas tu dah sampai terus masuk je lah. Tapi, Prangin Mall ni tak best sangat. Terasa keuzurannya. Masuk Prangin Mall rasa macam masuk Summit USJ. Hehe.

Pakistan Mosque...
Pakistan Mosque…

Sebelum sampai, kami melilau jugak lah sebab tak tau nak ke mana. Ingat nak pergi Queensbay Mall tapi tak tahu jalan. Tengah cari-cari jalan jumpa Masjid Pakistan yang terletak di Jalan Macalister [Macalister Road]. Masjid ni merupakan masjid yang dibina untuk komuniti Pakistan di Penang. Yang menariknya, masjid ni bukan masjid sebuah sebuah macam yang biasa ada di Malaysia, tapi merupakan bangunan paling hujung [corner lot] kat satu blok rumah kedai.

Kollam, a decoration for deepavali...
Kollam, a decoration for deepavali…

Masa masuk di kawasan KOMTAR pula, sebab deepavali time-time ni juga, jadi ada banyak hiasan deepavali kat dalamnya. Di pintu masuk ada kollam besar bermotif bunga.

Deepavali decoration...
Deepavali decoration…

Lepas dah selesai beli handphone, lepak Starbucks sekejap. Tengah lepak, tiba-tiba teringat Azmir [classmate LLB aku] pun ada kat Penang sebab join marathon jugak. Jadi, terus contact dia dan dia kata dia nak ambil kami kat Prangin Mall.

Kapitan's...
Kapitan’s…

Azmir dan tunang dia bawa kami ke Kapitan [cawangan, bukan yang utama] yang terletak di Gurney Drive. Betul-betul belakang Gurney Hotel dekat Gurney Tower. Dekat juga dengan laut. Hehe. Kapitan ni kalau ikut, menu paling terkenal ialah nasi briyani claypot. Tapi, yang terkenal dengan menu ni ialah di cawangan utama dia di Chulia Street.

Aalia, Azmir and me.
Aalia, Azmir and me.

Memandangkan aku tak rasa nak makan, kami minum je dan bersembang-sembang. Lepas tu, Azmir hantar aku dan Ijat ke Prangin Mall balik sebab kami parkir kereta di situ.

Masa keluar dari Prangin Mall, masalah timbul. Masalahnya ialah, kami sesat jalan! Kat kawasan Georgetown ni, banyak jalan yang jadi jalan sehala. Jadi, bila dah sesat, nak keluar dari kawasan tu kena buat satu pusingan besar.

Dahlah kami memang tak tahu jalan. Haha. Sudahnya, keluar dari Prangin Mall dalam pukul 11.30 malam, tapi dekat pukul 1.00 pagi baru sampai hostel.

We were lost and we found the Penang Hospital accidentally.
We were lost and we found the Penang Hospital accidentally.
Late at night and we were lost in Penang!
Late at night and we were lost in Penang!

Sampai-sampai hostel, kami terus masuk bilik, siapkan barang-barang untuk berlari pagi esok, pastikan ipod dah caj penuh; baju, seluar, nombor bib semua sedia, dan lepas tu, terus aku masuk tidur…

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 1]

Advertisements

2 thoughts on “The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 4]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s