The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 2]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 1]

===

Lepas dah habis pusing keliling Love Lane, kami decide nak ke Cheong Fatt Tze mansion. Cheong Fatt Tze ni dulu orang kaya kat Penang. Kami dapat tahu yang deretan rumah kedai kat depan Cheong Fatt Tze ni dulunya rumah bibik-bibik dia. Giler kaya kan? Mansion ni sekarang dah jadi muzium merangkap homestay. Tapi, bukan homestay yang murah. Homestay yang mahal.

Tips: Nak ke sini kalau dari Love Lane, keluar menuju ke Lebuh Farquhar, belok kiri, masuk ke Jalan Sultan Ahmad Shah dan cari bangunan besar berciri Cina warna biru kat sebelah kiri. Tulah mansionnya! Dia belakang Hotel Continental.

Tapi, kalau nak melawat mansion ni ada waktunya. Daily tour jam 11 pagi, 1.30 tengahari dan 3 petang sharp. Kena bayar tiket masuk RM 12 seorang.  Masa tour, gambar tak boleh diambil. Jadi, kalau nak ambil gambar, kena sorok2 lah. 

Kami sampai dah petang. Tour pun dah habis. Jadi, cuma dapat ambil gambar bangunannya je. Itu pun aku dah teruja giler sebab binaan dia sangat halus dan berseni.

Combination between old and new - Behind: Continental Hotel... Front: Cheong Fatt Tze mansion
Combination between old and new – Behind: Continental Hotel… Front: Cheong Fatt Tze mansion
Entrance to the Cheong Fatt Tze mansion...
Entrance to the Cheong Fatt Tze mansion…
Ingat tak dulu ada drama Green Green Grass by the River... tengok mansion ni, teringat drama tu. Hehe...
Ingat tak dulu ada drama Green Green Grass by the River… tengok mansion ni, teringat drama tu. Hehe…
We were told that this row was previously used as the houses for Cheong Fatt Tze's maids...
We were told that this row was previously used as the houses for Cheong Fatt Tze’s maids…

Dari sini, kami teruskan perjalanan ke Bukit Bendera. Aku memang dah lama teringin nak ke Bukit Bendera. Dari kecil sampai lah 25 tahun aku hidup, tak pernah rasa naik bukit ni. Sekarang dah guna koc baru, memang aku melepas lah nak rasa naik koc lama. Hehe.

Masa dalam perjalanan ke sana, kami sesat. Kami ikut papan tanda tulis Bukit Bendera, tapi papan tanda dia kejap ada, kejap takde. Jadi, kami lalu depan Penang Free School, lepas tu masuk jalan sebelah Masjid Negeri. Tak lama lepas tu, nampak balik papan tanda Bukit Bendera.

Bukit Bendera/Penang Hill. Lower Station.
Bukit Bendera/Penang Hill. Lower Station.

Dah sampai Stersen Bawah, aku harap sangat keretapi Bukit Bendera tak rosak hari ni. Sebab masa jumpa Azmir semalam, dia kata masa dia pergi keretapi rosak.

Ticket prices for the funicular train ride up the Penang Hill...
Ticket prices for the funicular train ride up the Penang Hill…

Alhamdulillah, sampai-sampai keretapi tak rosak. Sebagai rakyat Malaysia, kalau tunjuk MyKAD, boleh dapat harga murah daripada pelancong asing. Cuma RM 8 je seorang berbanding pelancong RM 30. Sekali aku tengok wallet, aku tertinggal MyKAD dalam hostel. Dah sudah! Takkan kena bayar RM 30 kan?

Fikir punya fikir, aku pun terfikir untuk guna lesen memandu aku [nasib baik dah ada lesen ;p]. Cakap dekat kakak kaunter, MyKAD tertinggal, cuma ada lesen… dan alhamdulillah dia terima alasan aku! :)

Bukit Bendera [Penang Hill] Funicular Train - since 1923
Bukit Bendera [Penang Hill] Funicular Train – since 1923

Memang aku teruja sangat nak naik keretapi ni sebab pertama kali kan. ;) Lepas dah bayar tiket, kami berdua terus pergi ke ruang menunggu, tunggu keretapi dari atas sampai ke stesen bawah.

Evolusi keretapi dari 1923 / The coach evolution since 1923
Evolusi keretapi dari 1923 / The coach evolution since 1923

Tak lama lepas kami tunggu, keretapi pun sampai. Ramai betul orang yang menunggu. Aku dan Ijat ambil keputusan tak nak duduk tengah-tengah tren. Nanti tak nampak apa. Jadi, kami pun masuk lambat-lambat, sebab nak duduk dekat tingkap hujung.

Train has arrived at the Lower Station... new train has a/c...
Train has arrived at the Lower Station… new train has a/c…

Aku akui, memang aku kagum dengan tren ni sebab dah lah landasannya dibina sejak tahun 1920-an, teknologi keretapi ni sendiri buat aku kagum sebab jalannya, memang curam sangat. Jadi, bayangkan jalan yang curam, tapi keretapi ni masih boleh naik ke atas, seolah-olah tengah lalu jalan biasa.

Masuk-masuk je dalam tren, aku tengok kiri kanan depan belakang, memang jakun sungguh. Dan kalau boleh aku nak ingat setiap sudut masa aku duduk dalam tren tu. Jadi, sebab tu aku pusing keliling.

Lepas semua orang dah masuk, pintu tren pun ditutup. Dan tren mula bergerak ke puncak Bukit Bendera…

Going up to the peak!
Going up to the peak!

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 3]

Advertisements

4 thoughts on “The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 2]

  1. hi..1st time drop comment :-)
    katanya Cheong Fatt Tze mansion tu kaler biru tu di cat dengan nila (kawan bgtau)
    rumah saya dekat ngan penang (tak sampai sejam).
    tapi, tak pernah pun lagi pegi bukit bendera :-D

    1. hi. Terima kasih sudi komen ;)

      Rumah dekat mana? Seberang Perai ke? hehe
      Cat dengan nila? Wah mesti banyak kena pakai! Tapi, memang biru sangat warna dia! Heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s