The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 3]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 2]

===

Laju sungguh naik tren Bukit Bendera ni! Aku ingat lagi mak aku cerita, dulu tren ni naik ke puncak perlahan je. Lepas tu koc lama tak ada aircond, koc lama open air. Jadi, sambil naik perlahan2 tu, dapat lah hirup udara segar Bukit Bendera ni.

Tapi, yang ni, zuppp. Macam naik KTM Komuter. Aku rasa Komuter pun lagi perlahan dari ni. Hehe.

Sepanjang perjalanan ke atas, kami disajikan dengan pemandangan indah Bukit Bendera. Memang hijau je. Hutan-hutan pun memang dijaga dengan baik. Syukur..

The view from the Upper Station, Penang Hill.
The view from the Upper Station, Penang Hill.

Sebelum sampai puncak kat Stesen Atas, ada lalu terowong lagi. Canggih habaq hang. Hehe.

Tips:

Ada beberapa cara untuk naik ke Bukit Bendera. Cara pertama ialah dengan naik Keretapi Bukit Bendera ni. Cara kedua ialah dengan naik jeep dari bawah ke atas. Tapi, aku tak pasti macam mana. Cara ketiga, untuk orang yang sukakan cabaran, boleh hike dari bawah sampai atas. Hiking + jungle trekking. Cara ketiga ni, member aku Muiz pernah buat.

Sekejap je, dah sampai puncak Bukit Bendera!

The train that brought us to the peak of Bukit Bendera / Penang Hill...
The train that brought us to the peak of Bukit Bendera / Penang Hill…

Keluar je dari tren, tak rasa macam kat Penang pun. Sejuk dan nyaman udara kat sini. Walaupun tak setinggi mana, tapi perbezaan climate kat sini memang terasa. Agak ramai juga orang kat atas ni masa kami sampai.

Kami jalan menyusuri jalan bertar yang ada kat atas puncak bukit ni dan tengok kanan, dari tebing puncak bukit, kami dihidangkan dengan pemandangan indah bandaraya Georgetown. Siap nampak Jambatan Pulau Pinang lagi dikejauhan.

Breathtaking view of Georgetown from the peak of the hill :)
Breathtaking view of Georgetown from the peak of the hill :)

Kalau rasa nak zoom in lagi sebab tak puas tengok dengan mata kasar, kat sini juga ada teropong [dah lama tak guna perkataan teropong. haha], yang boleh digunakan dengan bayaran RM 1 [RM 0.50 x 2]. Kalau tak ada syiling, kat sini ada auntie auntie yang memang sediakan duit tukar, jadi tak perlu risau.

Kami bagi duit RM 1 sehelai kat auntie tu dan auntie tu tukarkan dengan syiling. Dapatlah kami tengok pemandangan Georgetown versi zoom in dalam 2 minit macam tu. Tengah sedap-sedap tengok, zaaap, teropong tu tertutup. Potong stim sungguh. Ingatkan 5 minit ke. Haha.

Binoculars that can be used for RM 1.00 [around USD 0.32]
Binoculars that can be used for RM 1.00 [around USD 0.32]

Mula-mula ingat nak main teropong lagi, tapi fikir-fikir balik, eh membazir-membazir. Hehe. Jadi, kami pun terus berjalan ke atas lagi…

New attraction at the peak - The Owl Museum...
New attraction at the peak – The Owl Museum…

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 4]

Advertisements

7 thoughts on “The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 3]

  1. wahh nice pic. epic! dulu study kat penang 1 thn, rase rugi xpegi explore tmpt2 kat penang ni. very glad if u can ask your fren bout the hiking tips at bukit bendera n share with us. can meh? hee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s