The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 4]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 3]

===

Jalan lagi ke atas untuk tengok, apa lagi tarikan yang ada kat puncak Bukit Bendera ni? Sampai di satu kawasan berbumbung macam pentas ni, kami tengok ada ramai orang. Jengah-jengah, kami tengok ada ular! Rupanya, untuk sesiapa yang nak tangkap gambar dengan ular, boleh buat katr sini. Ular sawa okay?! Hehe. Harganya RM 10 untuk sekeping gambar bersaiz 4R.

Photo with python? Anyone? ;) RM 10 for a 4R size photo.
Photo with python? Anyone? ;) RM 10 for a 4R size photo.

Tapi, aku dan Ijat tak rasa nam ambil gambar dengan ular sawa, jadi kami berjalan je kat kawasan lapang yang diberi nama Astaka. Kat sini, ada satu kawasan macam dataran, ramai budak-budak main kat sini. Siap ada permainan teng teng dengan permainan apa lagi entah, yang memang dah siap ukir kat atas simen.

Traditional game [Teng Teng] @ Astaka.
Traditional game [Teng Teng] @ Astaka.

Kat kawasan Astaka ni jugak ada food court dengan Owl Museum yang merupakan tarikan baru kat sini. Memandangkan aku dan Ijat tak rasa nak makan dan tak rasa nak masuk muzium, kami pun berjalan lagi…

Cliff Cafe and the Owl Museum, side by side at the Astaka on the peak of Penang Hill.
Cliff Cafe and the Owl Museum, side by side at the Astaka on the peak of Penang Hill.
Entrance to the Cliff Cafe [left-a food court actually] and entrance to the Owl Museum [right].
Entrance to the Cliff Cafe [left-a food court actually] and entrance to the Owl Museum [right].
The museum pamphlet - apparently, we didn't visit the museum...
The museum pamphlet – apparently, we didn’t visit the museum…

Apa lagi yang ada kat atas puncak Bukit Bendera ni? Selain balai polis dan pejabat pos [yang membuatkan aku kagum sebab secara teknikalnya, tak ada orang yang tinggal bermastautin kat sini], ada juga sebuah masjid, sebuah kuil, sebuah gerabak keretapi Bukit Bendera yang asal dan buggy untuk sesiapa yang nak tour puncak Bukit Bendera tanpa membakar kalori yang tinggi. Hehehe.

Ada juga beberapa banglo lama yang merupakan rumah rehat masa zaman Inggeris dan sesetengahnya masih digunapakai sampai saat ni. Tapi, aku dan Ijat tak cari banglo-banglo tu sebab hari beransur gelap, jadi macam seram pulak rasa. Hahaha.

The original coach of the Penang Hill funicular train system...
The original coach of the Penang Hill funicular train system…
The Murugan Hindu Temple...
The Murugan Hindu Temple…
People selling souvenirs near the temple ground...
People selling souvenirs near the temple ground…
View of the Astaka from the temple ground...
View of the Astaka from the temple ground…
Want to explore the Penang Hill with less calorie-burning? Try the buggy ride! :)
Want to explore the Penang Hill with less calorie-burning? Try the buggy ride! :)

Kami dah pusing-pusing kat atas ni, baru lah terasa lapar. Kat sini, selain Cliff Cafe, ada satu lagi coffee house dekat dengan kawasan teropong tu. Tapi, kami decide untuk makan kat Cliff Cafe sebab ada banyak pilihan dengan harga berpatutan.

Several choices to keep your stomach full...
Several choices to keep your stomach full…
Aku pilih kedai ni... / I chose this stall...
Aku pilih kedai ni… / I chose this stall…
... dan aku makan mee goreng ni! / ... and I had this fried noodle!
… dan aku makan mee goreng ni! / … and I had this fried noodle!

Dengan harga lebih kurang RM 4.50, mee goreng dia sangat sedap sampai aku rasa macam nak makan lagi! Haha. Dan pedas. Memang sesuai dengan jiwa aku yang suka makan pedas.

Dah habis makan, kami pun turun menuju ke kereta.

Rencana seterusnya, nak pusing ke Batu Feringhi!

This is one old-school post box!
This is one old-school post box!

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 5]

Advertisements

One thought on “The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 4]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s