The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 4]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 3]

===

Dari Georgetown, kami bergerak menuju ke Batu Feringhi. Sebabnya, kami ingat nak cari gerai laksa yang kami makan tahun 2002 dulu. Yelah, pergi malam semalam, tak nampak apa pun.

Kami ikut je signboard ke Batu Feringhi. Lagipun, kami plan nak pusing satu pulau naik kereta. Ok, mungkin tak sekeliling pulau. Dalam 2/3 lah. Hehe.

Purple line - Our journey for the day from Georgetown to Queensbay Mall area.
Purple line – Our journey for the day from Georgetown to Queensbay Mall area.

Dalam perjalanan, bila sampai Batu Feringhi, tengok-tengok gerai makcik laksa tu memang dah takde. Sedih T.T .. Huhu. Aku tengok jam, alamak masa makin suntuk. Kalau boleh nak balik Shah Alam awal sebabnya esok aku kerja. Jadi, kami teruskan perjalanan nak menuju ke Balik Pulau, lepas tu ke Bayan Lepas.

Sampai satu kawasan ni, kami nampak ada signboard ke Taman Negara. Eh, biar betul? Penang ada Taman Negara? Bukan kat Semenanjung, Taman Negara cuma kat Pahang ke?

Entrance to the Penang National Park...
Entrance to the Penang National Park…

Eh, haahlah! Penang ada Taman Negara. Stail! Hehe. Tapi, aku tak masuk pun. Ijat je masuk sebab cari toilet. Sementara Ijat ke toilet, aku nampak ada satu booth untuk buat aktiviti dalam Taman Negara ni. Aku pun sembanglah dengan kakak yang jaga booth ni.

Enquiry and registration booth - for activities in the National Park...
Enquiry and registration booth – for activities in the National Park…

Kakak tu kata, macam-macam aktiviti boleh dibuat kat sini. Antaranya jungle trekking. Tapi, aku difahamkan tak boleh bermalam dalam kawasan Taman Negara ni. Sebabnya, nak jaga ekosistem kat sini. Orang Malaysia kan ‘pembersih’ orangnya. Hehehe.

List of activities that we can do at the National Park...
List of activities that we can do at the National Park…
Other activities that can be done...
Other activities that can be done…

Aku tak ingat berapa harga untuk aktiviti-aktiviti kat sini, tapi kalau berminat, boleh call kakak ni:

Give her a call if you are interested to join any activity at the Penang National Park! ;)
Give her a call if you are interested to join any activity at the Penang National Park! ;)

Aku agak terkejut sebenanrnya sebab kawasan Taman Negara ni besar jugak.

The Penang National Park area...
The Penang National Park area…

Lepas Ijat dah selesai dengan urusan dia, kami teruskan perjalanan. Tengah on the way tu, aku rasa lapar. Nampak pulak orang jual jagung. Eh, sodap pulak nampaknya. Haha. Apa lagi, pull over lah.

Grilled corn. Yummy!
Grilled corn. Yummy!

Tapi, aku tak beli jagung bakar. Sebab payah nak makan. Hehe. Jadi, aku beli jagung dalam cawan. Yang syoknya, dengan harga cuma RM 2 tak silap aku, jagung dalam cawan kat sini siap ada sos karamel dengan cornflakes lagi! Serius sedap!

Corn in cup with cornflakes and caramel sauce!
Corn in cup with cornflakes and caramel sauce!

Kami pun teruskan perjalanan lepas dah beli jagung ni, menuju ke Teluk Bahang. Teluk Bahang ni feymes sebab ada Empangan Teluk Bahang atau omputih panggil Teluk Bahang Dam. Hehe.

Biasanya empangan kat Malaysia ni guna untuk jana elektrik kan? Kiranya empangan hidroelektrik lah. Tapi, Empangan Teluk Bahang ni lebih kepada kawasan simpanan dan tadahan air. Bila sampai sini, rasa tenang je. Redup dan sunyi.

View of the main road from the dam area...
View of the main road from the dam area…

Keliling empangan ni ialah kawasan berbukit. Tahu tak empangan ni terkenal sebab apa? Antara sebabnya, selain mitos kata ada makhluk ikan macam rasaksa makan orang [kata oranglah], ada jugak orang pernah jatuh lemas kat sini. Ok, scary. Hehe.

Teluk Bahang Dam #1
Teluk Bahang Dam #1
Teluk Bahang Dam #2
Teluk Bahang Dam #2
Teluk Bahang Dam #3
Teluk Bahang Dam #3

Terasa kan kesunyian dia? Hehe. Tapi, bila sampai sini, rasa macam, subhanAllah… tenang je. Rasa insaf sebab mengingat pada Sang Pencipta. :) Lepas tu, kami camwhore sana sini, dan adalah beberapa pelancong Arab datang dengan tour guide masing-masing. Kami pun beransur dan teruskan perjalanan…

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-FINALE]

Advertisements

2 thoughts on “The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 4]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s