The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-FINALE]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 4]

===

Dari Teluk Bahang, kami terus ke Balik Pulau. Ada satu jalan untuk ke Balik Pulau dan jalan ni memang berbukit-bukit pusing-pusing. Kalau Omputeh kata, “long and winding road”. Hehe. Kejap naik bukit, kejap turun bukit, dan suhu kat sini sejuk sikit.

Tapi, tak dapat ambil gambar dalam perjalanan ke Balik Pulau sebab kena fokus drive kereta tu. ;p . Dekat jalan nak ke Balik Pulau ni, ada banyak orang jual durian tepi jalan. Sebab memang ada pengusaha yang tanam pokok durian dan buat dusun kat sini.

Tips:

Untuk beli durian, pilih gerai yang selamat sebab sesetengah gerai tu dibuka kat selekoh jalan. Agak bahaya.

Lepas dah nampak kawasan tanah rata, sampailah ke kawasan Balik Pulau. Kawasan ni ramai orang Melayu dan memang kawasan kampung tradisi. Tapi, menariknya, walaupun bukan kawasan tumpuan, kawasan Balik Pulau tetap terjaga bersih. Masa kami sampai sana, nak tengok satu sampah tepi jalan pun susah!

Dari Balik Pulau, kami tembus kat kawasan airport Bayan Lepas. Dari Bayan Lepas nak ke kawasan Queensbay Mall, ada tokong ular yang sangat terkenal tu di sebelah kiri jalan. Tengok je kiri, nanti nampaklah signboard. Sebab selalu dengar-dengar je pasal tokong ular ni, hari ni kami decide nak tengok apa yang ada kat sini.

On the way to Bayan Lepas from Balik Pulau...
On the way to Bayan Lepas from Balik Pulau…
Bienvenue a the Snake Temple!
Bienvenue a le temple des serpents!
Entrance to the Snake Temple...
Entrance to the Snake Temple…

Masuk tokong ni percuma. Bila masuk dalam kawasan ni, rasa macam nak pergi belajar kungfu pulak. Haha. Kami masuk-masuk, ada satu kawasan macam satu bilik, ada orang bergambar dengan ular dan ada ular kat ranting kayu. Aku terfikir “Laa. Ni je ke ularnya? That’s it? Cet, buang masanya“. Dalam hati.

Spot the odd.
Spot the odd.
You can take photos with the snakes, if you have the guts.
You can take photos with the snakes, if you have the guts.

Sebab aku ingatkan sini je kawasan yang ada ular, yang memberi tokong ni nama sebagai the Snake Temple, aku pun pergi lah pusing keliling, saja jalan-jalan dalam ni.

We wandered around and went beyond this arch...
We wandered around and went beyond this arch…

Kami pun jalan dan masuk kat kawasan Shrine Hall of Kuan Yin.

A typical temple prayer hall.
A typical temple prayer hall.

Sampai kat kawasan sembahan dia, ada satu kawasan berumput ada pokok yang rendah sikit, dan ada tembok tinggi untuk pisahkan kawasan tu dengan tempat sembahan diorang.

Aku pun amati pokok tu.

The trees area opposite the prayer hall. Looks normal.
The trees area opposite the prayer hall. Looks normal.

Nampak normal. Tapi, kenapa orang sebelah aku dok tunjuk-tunjuk kat pokok? Aku amati sekali lagi. Sambil zoom dekat kamera. Lepas tu aku nampak…

Zoom in your camera at the trees, and you will find this...
Zoom in your camera at the trees, and you will find this…
And this...
And this…
And also this...
And also this…
The very reason why the temple is called or known as the Snake Temple...
The very reason why the temple is called or known as the Snake Temple…

Rupanya, banyak giler ular kat pokok-pokok ni!

Oklah, dah habis tengok ular-ular ni, hujan turun lebat pulak. Sebelum balik, kami ingat nak minum petang dulu. Lalu area Queensbay Mall, tengok banyak lori jual laksa lah, jagunglah, suplah.

Kami ambil satu port, duduk, dan order laksa. Tapi, seriously, laksa kat situ tak sedap. Aku tak tau kat area ni yang mana yang sedap, tapi yang kami makan memang tawar. Nasib baik port lepak minum tu best. Tepi laut. Layan~

Pekena laksa kat lori dulu...
Pekena laksa kat lori dulu…
In Malay, this is called as 'petis', pronounce: puh-taste.
In Malay, this is called as ‘petis’, pronounce: puh-taste.
Tea time by the sea. Spot the new Penang 2nd Bridge?
Tea time by the sea. Spot the new Penang 2nd Bridge?
Saw a plane, and was feeling sad as I am leaving Penang and head home to KL...
Saw a plane, and was feeling sad as I am leaving Penang and head home to KL…

Dah habis makan, beli jagung bakar dan bungkus satu laksa untuk mummy kat rumah, kami pun bergerak pulang. Masa ni rasa sedih je. Sebabnya, aku akan meninggalkan bumi Pulau Mutiara ni, dan entah bila akan ke sini lagi. Lagipun, esok kerja. T.T

Menora Tunnel, heading towards KL...
Menora Tunnel, heading towards KL…

Alhamdulillah, jalan tak jem. Tapi, kami ada beberapa kali berhenti kat R&R. Dan aku pun tak nak rushing. Dalam pukul 10.00 lebih malam, kami pun sampailah ke Shah Alam….

Penang, we will be back, insyaAllah...
Penang, we will be back, insyaAllah…

Dengan ini, tamatlah travelog The Pearl of the Orient: Penang.

Next: Epilog – The Pearl of the Orient: Penang

Advertisements

4 thoughts on “The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-FINALE]

    1. Oh really? I always wanted to go here and glad I did. hehe. Nope, didn’t take a photo with the snake. Need to head back to KL fast. haha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s