More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 2]

Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 1]

===

Bila dah tengahari, kami semua lapar sangat. Tapi, memandangkan tak ada lantik agen mahupun tour guide, kami tak tahu nak makan kat mana. Jadi, kami redah jelah.

Leaving the hotel's compound for lunch...
Leaving the hotel’s compound for lunch…

Kami memang tak tahu nak ke mana. Keluar hotel, kat jalan besar, kami belok kanan. MasyaAllah banyak betul kereta! Hehe.

Mula-mula kami nampak satu kedai makan kat tepi jalan ni. Dah nak masuk dah. Tapi, sebab kami meragui status kehalalannya, kami keluar balik dan mencari-cari restoran lain.

Sampailah kami nampak signboard Mbah Jingkrak. Terus kami ke sana.

We went to Mbah Jingkrak by walking... Our path is the red one...
We went to Mbah Jingkrak by walking… Our path is the red one…
Welcome to Mbah Jingkrak restaurant- authentic Javanese food...
Welcome to Mbah Jingkrak restaurant- authentic Javanese food…

Mbah Jingkrak ni letaknya di Jl Beringin. Lorong-lorong jalan off Jl Imam Bonjol. Yang feymes kat sini, tak lain dan tak bukan ialah ayam penyetnya. Ada beberapa jenis sambal kat sini. Dan yang aku pelik, masa nak order nasi, ada nasi merah. Sampai sekarang aku tak tau nasi apa tu. Haha. Tapi, layan jee.

Aku tengok senarai harga makanan kat sini, murah! Kalau set ayam penyet dengan nasi kat Malaysia standard dalam RM 10 [Rp 30,000], tengok harganya kat sini:

The price for smashed-chicken rice set and others...
The price for smashed-chicken rice set and others…

Rp 13,000!~ Dalam RM 4.33 untuk satu set nasi ayam penyet. T.T Murah kan? Tapi, sebab kami sekeluarga lapar dan nak try macam-macam, kami tak ambil set.

Oh, suasana kedai makan Mbah Jingkrak pun menarik. Penuh kesenian dan tradisi. Jelas terasa keJawaannya. Hehe. Satu benda aku suka dengan orang Indonesia, budaya dan kesenian diorang sangat kuat berbanding kita yang selalu pandang hebat kat budaya Barat.

The air-conditioned dining room...
The air-conditioned dining room…
The brown rice / nasi merah.p/s: Tim, what is this rice made of?? Hehe.
The brown rice / nasi merah.p/s: Tim, what is this rice made of?? Hehe.
The smashed-chicken with the delicious 'sambal' [chilli paste]...
The smashed-chicken with the delicious ‘sambal’ [chilli paste]…
3 different 'sambals' for 3 different taste buds... sweet, spicy and ordinary. LOL
3 different ‘sambals’ for 3 different taste buds… sweet, spicy and ordinary. LOL

Kami pun makan nasi dan ayam dan sambal-sambalnya. Sambal dia memang sedap. Ada banyak jenis sambal yang berbeza, kami ambil 3. Yang paling pedas yang sebelah kanan tu. Berpeluh aku makan walaupun dalam air-cond.

Lepas dah habis makan, kami nak balik hotel, tapi hujan turun lebat sangat.

Delicious food at Mbah Jingkrak, Semarang.
Delicious food at Mbah Jingkrak, Semarang.

Kami tunggu 2 jam kat sini, tapi hujan tak berhenti-henti. Sampai tertidur-tidur kat kerusi dan sofa. Sampailah dalam pukul 3 lebih, hujan tak berhenti-henti, tauke Mbah Jingkrak ni kesian tengok kami.

Lepas sembang-sembang dengan dia, tanya pasal hidup kat Semarang, bisnes, lepas tu dia call driver dia untuk bawa 2 buah Toyota Alphard untuk hantar kami ke hotel.

Terharu betul kami. Tak ada pertalian saudara, cuma customer kat restoran dia, dan baru jumpa beberapa minit, tapi dia sanggup call pekerja dia untuk bawak kami ke hotel naik kereta besar. Memang terharu. Memang more than friendly. Hehe. Dah lah dia memang friendly.

Interior decoration at Mbah Jingkrak, Semarang, Indoensia.
Interior decoration at Mbah Jingkrak, Semarang, Indoensia.

Sesampai je hotel, kami berehat-rehat dan tak buat aktiviti apa pun sebab hari hujan. Aku balik-balik bilik, bangun-tidur berkali-kali sampailah akhirnya aku tertidur dan tak sedar apa dah…

Glad I did not dream of Mbah Jingkrak! ;)
Glad I did not dream of Mbah Jingkrak! ;)

BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED

PART 3

Advertisements

16 thoughts on “More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 2]

  1. Di indonesia ada bermacam beras untuk nasi..ada beras putih (biasa),beras merah (lebih menyehatkan dari beras putih), dan juga beras hitam (untuk makan burung) :)
    Beras merah sudah jarang dijumpa dan mahal

    1. oh yeke? jadi saya makan beras sihat lah ya? haha. oh, saya ingatkan harganya semua sama saja. tapi, beras merah tu buat dari apa ya?

      1. jenis berasnys memang beras merah. bentuknya seperti beras putih tapi warnanya merah. tidak semanis beras putih krn kadar glukosany lenih rendah.

  2. Dari biji padi jenis merah (natural colour)…maaf apa di malaysia tak ada? Konon dahulu dibawa dari negeri china oleh pedagang2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s