Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 1]

Previously:

1. Snippets

2. Video teaser

===

Sungai Mekong. Dengar nama sungai ni terus teringat cikgu Geografi aku masa kat sekolah. Beria-ria dia ajar kat kelas pasal bentuk muka bumi semua, tapi aku main-main je dalam kelas. Nasib baik kesedaran tu datang bila exam dah nak dekat. Hehe.

Sungai Mekong. Sungai ke-7 terpanjang di Asia, ke-12 terpanjang di dunia. Merentasi banyak negara. Tak sangka, sampai jugak aku ke sini.

Trip kali ni dirancang dari tahun lepas lagi. Hujung tahun lepas. Masa tu, aku down sebab plan aku ke Brunei terpaksa dicancel dan tiket burn sebab tuntutan kerja. Lepas tu, Air Asia buat promotion. Harga tak murah, tapi tak mahal. Jadi, tak fikir panjang, aku dan bestfriend aku Akmal beli tiket.

Tak lama lepas tu, kami berjaya pujuk Aiman dan Azmir join. Ni trip backpacking aku pertama yang ada 4 orang. Plan asal nak ke Phnom Penh dan Siem Riep. Tapi, kami silap beli tiket [pergi balik di Phnom Penh untuk 4 hari], jadi kami terpaksa tukar plan. Apapun, lagi negara ASEAN berjaya dijejaki.

Tips:

Kalau rasa nak ke Siem Riep dan Phnom Penh, tapi masa suntuk, beli tiket tiba di Phnom Penh balik dari Siem Riep, atau pergi ke Siem Riep dan balik dari Phnom Penh. Kalau ada masa panjang, naik tren pun boleh dari Bangkok-Siem Riep… Macam Fatt buat dulu :)

Dan lagi best, kami pergi masa birthday aku! ;) Jadi, Phnom Penh, here we come!

===

22 Mei 2013

Happy birthday to me! Malam semalam, 21/5/13, lepas kerja, aku keluar dengan Mira. Dia celebrate birthday aku sebab pagi ni aku nak bertolak ke Cambodia dah. Aku tak boleh tidur malam sebab excited sangat. Haha. Dalam pukul 3.30 pagi, Azmir dan Aiman sampai rumah aku. Lepas tu pukul 4.00 pagi, Akmal pulak sampai. Semua dah ada, dalam pukul 4 lebih pagi, kami pun gerak ke… ofis aku dulu!

Ada kerja urgent kena hantar kat bos walaupun nak pergi travel. Sampai-sampai ofis, bos aku pun ada kat ofis dah, padahal baru pukul 5.00 pagi. Haha. Lepas tu, terus ke highway dan sampai ke KLIA-LCCT.

Embarking on a new journey...
Embarking on a new journey…

Flight kami pukul 6.45 pagi. First flight of the day. Walaupun Azmir dan Aiman beli tiket lambat 2 bulan dari aku dan Akmal, tapi nasib baik masih dapat flight yang sama.

Selesai semua urusan wajib, kami pun tunggu kat balai berlepas. Dalam pukul 6.20 pagi, gate bukak dan kami terus cari flight kami. Jauh jugak dari gate ke kapal terbang. Morning exercise. Haha.

Lepas semua dah ready, aku dapat rasa kapal terbang tu gerak laju sebab nak take off. Aku pejam mata jap. Sebab mengantuk kan tak tidur malam. Bukak-bukak mata, dah kat tengah-tengah awan. Tengok jam, dah satu jam aku tertidur! First time aku tak sedar bila kapal terbang take off.

Bought breakfast in the flight coz' I was so damned hungry!
Bought breakfast in the flight coz’ I was so damned hungry!

Elok-elok pulak tu aku terjaga, stewardess tengah tolak tray makanan. Mula-mula sorang steward ni pergi kat aku, dia kata aku ada pre-booked makanan. Aku dah lah baru bangun tidur, dengan blurnya, tanya dia, “Eh, ada eh? Mana ada”. Dia check balik, lepas tu datang balik kat aku, “Oh, it is your birthday! Happy birthday!”. Lepas tu, salam aku. Itu je? No free food? Free cake? Hahah.

Last-last aku pun beli lah Nasi Ayam Uncle Chin. Tapi, aku sakit perut, jadi aku tak makan sambal dia. Rasa dia? Oklah. Nasi dia okay tapi ayam dia macam lembut sangat. Oh, nasi ni Akmal belanja. Sebab birthday aku dia kata. Rezeki… Hehe.

Reaching Phnom Penh...
Reaching Phnom Penh…

Perjalanan dari KLIA-LCCT ke Phnom Penh International Airport hampir 2 jam. Dalam pukul 7.37 pagi [waktu Cambodia. Lewat sejam dari Malaysia. Waktu-waktu yang dirujuk lepas ni ialah waktu Cambodia], kami berempat selamat sampai di Phnom Penh International Airport.

Di balai ketibaan, autogate digunakan untuk penduduk Cambodia. Pelawat dari luar negara kena pergi kaunter, ambil gambar, scan jari, cop passport, bagi white form, baru lepas keluar.

Kalau orang imigresen ambil borang kastam, sila minta balik dari dia. Kalau tak, bila sampai checkpoint kastam, diorang akan suruh isi balik.

Keluar dari balai ketibaan, penuh kaunter sewa kereta, teksi kat tepi sebelah kiri, kaunter sim kad. Kami tak singgah sebab ingat nak keluar terus. Keluar je dari airport, Aiman dan Azmir lapar [sebab diorang tidur, tak makan dalam flight]. Dan kat sebelah kanan ada satu restoran makanan Cambodia yang ada logo Halal besar. Terus singgah situ makan. Aku dan Akmal teman diorang makan.

Elok je diorang habis makan, kami pun berjalan keluar, nak cari tuk-tuk untuk ke hostel kami. Lagipun, selagi belum keluar dari airport, selagi tu lah belum official lagi kami dah sampai Phnom Penh. Hehe…

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 2

Advertisements

2 thoughts on “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 1]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s