Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 2]

Bersambung dari: Part 1

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Backpacking ke Phnom Penh memang sesuatu yang baru bagi kami semua. Selama ni baca kat blog orang je, tapi bila dah sampai, ada satu macam perasaan ala-ala adrenaline rush dalam diri aku. Perasaan yang datang bila kita cuba adapt dengan persekitaran yang berbeza.

Elok je kami keluar dari restoran tu, seorang lelaki tempatan menyapa kami. “Abang-abang, tuk-tuk?”.

Me, our tuk tuk driver Mr Sing and Aiman...
Me, our tuk tuk driver Mr Sing and Aiman…

Tips:

Ikut research yang kami buat, harga tuk-tuk kalau nak sewa untuk seharian, tak sepatutnya melebihi USD 25/RM 76.50. Harga yang driver tuk tuk bukak biasanya mahal. Jadi, bargain sampai dua-dua puas hati.

Kalau ambil tuk-tuk dari dalam airport, ada surcaj USD 7/RM 21.42. Kalau tak nak bayar extra USD 7, keluar dari pagar utama airport dan pilihlah tuk-tuk yang penuh bersidai kat tepi pagar airport.

Kami pun tanya, “berapa kalau sehari?”. Dia buat muka blur. Rupanya, dia cuma tau cakap perkataan ‘abang’ je bila tengok muka macam orang Malaysia. Lain-lain, tak faham! ;p

Sebab tuk-tuk ni dari dalam airport, jadi surcaj USD 7 memang dikenakan. [Kami tak tau ada tuk tuk kat luar masa ni]. Kawtim punya kawtim, kami setuju ambil dia untuk sehari dengan caj USD 24/RM 73.44. Maknanya, setiap seorang dari kami bayar USD 6/RM 18.36. 

Kira oklah memandangkan ada surcaj USD 7 tu [Sedapkan hati.. hahah].

View of the city, opposite the airport...
View of the city, opposite the airport…

Keluar je dari kawasan airport, tersergamlah pemandangan bandaraya Phnom Penh, ibu kota negara Cambodia ni. Seriously, aku rasa agak pelik bila naik tuk tuk ni sebab driving style dia left hand drive, macam kat USA. Rasa macam masuk lorong yang salah.

Ke kiri ke kanan kami berempat tengok pemandangan Phnom Penh dari tuk tuk yang sempit tu. Sambil tersenyum sebab memang terasa kesibukan kotaraya ni. Kereta, motorsikal berpusu-pusu kat atas jalan. Hon jangan cakap lah. Kalau driver kat sini dok hon-hon kat Malaysia, rasanya memang dah bergaduh dah! Sikit-sikit hon.

A lot of motorcycles too.
A lot of motorcycles too.

Selain kereta, motorsikal pun banyak kat sini. Dan walaupun baru sampai, nampak jurang perbezaan pendapatan. Yang kaya, kaya sangat -bawak Bentley!. Yang tak berapa kaya -faham-faham jelah.

Jalan dari airport ke hostel kami dalam lebih kurang setengah jam. Tapi, sepanjang setengah jam perjalanan, penuh debu dan pemandangan-pemandangan unik yang kami perhatikan.

Only in Phnom Penh!
Only in Phnom Penh!

Antaranya, kami jumpa seorang lelaki yang duduk atas timbunan guni, ditarik oleh kawan dia guna motorsikal. Kat Malaysia nak jumpa pemandangan macam ni? Memang kena lah dengan polis trafik, JPJ…

Satu lagi, aku perasan penunggang motorsikal kat sini pakai full face helmet. Bukan superbike tau! Penunggang bawak Safee Yang Menunggang pun pakai full face okay..!

On the way to the hostel...
On the way to the hostel…

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 3

Advertisements

5 thoughts on “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s