Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 8] – Arrival at Chau Doc, Vietnam

Bersambung dari: Part 7

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Waktu kat Chau Doc sama macam waktu kat Phnom Penh, jadi tak payah tukar apa-apa setting timing. Dah dekat-dekat pukul 2 petang, kami pun sampai ke Mekong Delta. Bot berhenti dekat Mekong Delta Hotel. Hotel terapung! Mula-mula ingatkan tak terapung, sekali dah turun, macam mabuk-mabuk sekejap bila dia goyang.

Lepas dah duduk rehat kat kerusi panjang kat restoran hotel ni, kami tanya pasal tiket balik ke Phnom Penh semula. Orang tu kata boleh beli kat situ jugak, jadi kami beli tiket balik ke Phnom Penh untuk esok hari dengan harga yang sama USD 21/RM 63.

Buying the boat return ticket.
Buying the return boat ticket.

Tips:

Untuk sesiapa yang nak ke Ho Chi Minh City, Can Tho dan beberapa tempat lain atau nak buat tour naik bot ke sungai, ke perkampungan Muslim atau kampung air, tiket bas/bot juga ada dijual kat sini.

Sebelum ke sini, kami dah book Vinh Phuoc Hotel bilik berempat [4 katil single] guna AGODA. Tapi, last minute aku dapat emel, diaorang tukar ke KHACH SAN THANH NAM 2 MINI HOTEL sebab hotel Vinh Phuoc dah overbooked. Nasib baik tak kena extra charge. Untuk satu bilik hotel, kami dicaj RM 67.37 untuk satu bilik 4 orang, bahagi 4 = RM 16.80 seorang. 

The Mekong Delta Hotel. A floating hotel on the Mekong River.
The Mekong Delta Hotel. A floating hotel on the Mekong River.

Dalam emel, ada dia bagi alamat. Jadi, keluar dari Mekong Delta Hotel, kami pun dengan yakinnya keluar ke jalan besar dan belok kanan.

Looking for our hotel...
Looking for our hotel…

Masa nilah baru kami sedar, kami di Vietnam, bukan di Cambodia. Dan kami di pekan kecil, bukannya di bandar besar. Semua signboard dalam tulisan rumi, tapi berbahasa Vietnam. Nampak macam senang sebab tulisan rumi, tapi realitinya… *nangis* Dan tak ada langsung tanda-tanda kewujudan papan tanda berbahasa Inggeris kat sini.

Jalan punya jalan, tanya 2 orang budak perempuan tengah lepak kat kawasan taman tepi sungai. Macam ayam dengan itik bila kami tanya arah jalan. Memang tak dapat jawapan. Sampailah seorang uncle berbasikal datang kat kami, dengan muka serius, cakap dalam bahasa Vietnam.

Ish, pakcik ni ingat kami dok mengayat budak 2 orang tu apa? Tengah sesat ni! Tunjuk pakcik tu alamat hotel kami yang pihak AGODA emelkan:

So 41 duong Quang Trung , Quan Chau phu B , trung tam thanh pho chau doc , an giang.

Pun tak faham lagi. Kami pun dok sebut Thanh Nam, Thanh Nam Hotel. Baru dia buat ekpresi muka macam ada mentol kat atas kepala, lepas tu suruh follow dia. Dia kayuh basikal, kami dengan bawak backpacknya dok kejar dia, laju kot dia kayuh basikal tu! Ingatkan dekat, tapi tak sampai-sampai lagi. Elok je belok satu simpang ke kiri, lepas tu jumpa satu roundabout kecil dan ambil pukul 12, pakcik tu berhenti depan satu bangunan sambil cakap, “Thanh Nam2”. Kami pun tengok:

The Thanh Nam 2 Mini Hotel...
The Thanh Nam 2 Mini Hotel…

Oh ni hotelnya! Unik design dia sebab kedai sebelah dia rendah je, tiba-tiba dia punya tinggi melangit. Hehe. Sebab dah bayar kat Agoda, kami terus check-in. Tengok kat signboard dia, ada free wifi. Betul ke ni?

Masa tengah check-in, tengok pakcik yang bawa basikal tu ada kat luar lagi. Dia tunggu apa lah tu. Kami dah nak selesai check-in, dia tak gerak-gerak. Pakcik ni tunggu apa lagi?…

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 9

Advertisements

2 thoughts on “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 8] – Arrival at Chau Doc, Vietnam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s