Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 9] – Chau Doc, Vietnam

Bersambung dari: Part 8

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Aiman pun pandang pakcik tu dan decide nak keluar jumpa pakcik tu. Dia keluar lepas tu dia hulur pakcik tu USD 1. Terus sengih lepas tu belah dari hotel tu. Pakcik tu nak tips rupanya!

Tips:

Kat Vietnam ni diorang amalkan budaya tips. Jadi, kalau rasa servis bagus, hulur-hulurlah sikit kat orang yang bagi servis bagus tu :)

Bilik kami di tingkat satu dan hotel ni tak ada lif. Jadi, kami pun menapak naik tangga nak ke bilik. Satu floor ada 2 bilik, dan tangga nak naik ke bilik hotel, kelam aje…

Sampai bilik kami, bukak pintu dan nampak ada 2 katil double, attached bathroom, kipas,  aircond, TV CRT, almari dan tingkap besar menghadap tepi jalan. Nampak orang jual kelapa. Eh ke durian? Haha. Konfius jap. Tapi, overall, not bad untuk RM 60++ semalam.

Cuma yang bad dan menguji kesabarannya, bila dia kata ada free wifi, tapi dari dalam bilik dan jugak kat lobi, tak ada langsung wifinya. Aku tak kisah kalau tak ada wifi, tapi… janganlah beri harapan palsu kan? *sob sob*. Oh, dan aircond pun macam kurang sejuk. Dan TV tu volume suara tak boleh perlahankan. Ok, jangan banyak complaint sebab bayar cuma RM 16++ je seorang. Haha.

Lepas dah kemas barang ke dalam bilik, kami decide nak keluar untuk cari makan dan sightseeing. Sejujurnya, aku cuma tahu Chau Doc sebagai pekan transit dan memang tak ada sorang pun antara kami berempat yang betul-betul buat research atau ada map pekan Chau Doc ni. Konon nak adventurelah.

Leaving the hotel room to find food. Hungry!
Leaving the hotel room to find food. Hungry!
Mobile clothing shop. Rare view for me :)
Mobile clothing shop. Rare view for me :)

Kami keluar dari bilik hotel, lintas jalan dan belok ke kanan, sebab kalau belok kiri ke Sungai Mekong semula, tempat jeti kami turun tadi. Jadi, kami nak cuba tengok apa ada bila belok ke kanan. Lagipun, nampak macam lebih sibuk.

Chau Doc Market.
Chau Doc Market.

Jalan ke depan, kami pun sampai ke pasar Chau Doc. Satu benda yang aku suka buat bila travel dan nampak pasar ialah aku suka masuk ke dalam pasar tu. Macam yang aku buat masa ke Phuket dulu. Sebab bila masuk dalam pasarlah kita dapat tengok macam mana orang-orang tempatan menjalani kehidupan seharian diorang.

Tambah pulak pekan macam Chau Doc ni. Bayangkan, sepanjang kami jalan menuju ke pasar ni, tak nampak langsung tanda-tanda kewujudan pelawat luar, tak kisahlah Mat Saleh ke, atau orang yang jalan bawak backpack ke.

Inside the Chau Doc Market.
Inside the Chau Doc Market.

Dalam pasar Chau Doc ni, macam Banzaan Market kat Phuket. Beratap dalam bangunan. Dan yang kat dalam ni dia jual kain baju, barang-barang seharian macam bedak, sabun. Lepas tu, kami decide nak keluar. Bila keluar, sampailah kami ke bahagian basah. Macam-macam daging dijual kat sini. Haha.

Orang kat pasar ni pulak bila kami jalan tengok kami semacam je. Mungkin sebab kulit kami gelap sikit dari diorang. Nasib baik tak ada yang cuba jual produk pemutih kat pasar ni. Hehe.

Daily life of people in Chau Doc.
Daily life of people in Chau Doc.

Tapi, seronok buat people watching kat pasar ni. Nampak orang jual buah tembikai singgah gerai kawan dia beli mee sup, lepas tu makan atas tempat jualan dia. Ada orang duk lalu lalang jual barang dalam raga. Orang jual pisang bakar, buah-buahan lain. Meriah dan warna-warni.

Blessing ceremony of a newly-opened shop.
Blessing ceremony of a newly-opened shop.

Kami jalan lagi, lalu tepi rumah kedai dan nampak ada sami tengah baca sesuatu. Rupanya, kalau kat Malaysia kita bukak kedai buat kenduri doa selamat cara Islam, ini cara masyarakat Buddha Vietnam buat upacara yang sama. Tapi, yang uniknya, sami dia siap pakai mikrofon lagi. :)

Kami jalan lagi kat town centre Chau Doc ni dan lepas tu baru teringat, kami tak tukar duit ke duit Dong lagi. Kami cuma ada USD je. Tapi, sepanjang jalan tadi, tak nampak pulak money changer. Nak makan lagi, duit Dong tak ada, macam mana?

Tips:

Di Chau Doc, sebab dia sempadan dengan Cambodia, USD diterima. Tapi, digalakkan untuk tukar ke Dong untuk pembelian kecil. Kalau tak rugi. Sebab dia akan roundup kan dolar tu, jadi kita pun tak dapat baki. Cuma, tak payah tukar banyak sangat. Cukup sekadar untuk makan dan minum. :)

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 10

Advertisements

2 thoughts on “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 9] – Chau Doc, Vietnam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s