Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 12]

Bersambung dari: Part 11

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

HARI KETIGA, 24 MEI 2013

Happy birthday mak! Oh birthday mak aku harini, 24 Mei. ;) Dan hari ni jugak kat Malaysia cuti umum sempena hari Wesak. Pagi ni kami bangun awal, sebab nak naik bot balik ke Phnom Penh jam 7.30 pagi. Cukuplah satu malam di Chau Doc, sekurang-kurangnya dapat general view macam mana orang Vietnam hidup, tinggal, makan, minum :)

Lepas dah setel isi borang entry form ke Cambodia, kami pun terus naik bot dan tepat jam 8.00 pagi, bot pun bergerak menyusuri Sungai Mekong nak ke Phnom Penh.

Bye bye Chau Doc. We will miss you. :)
Bye bye Chau Doc. We will miss you. :)

Satu perasaan tak dapat dilupakan sepanjang menyusuri Sungai Mekong, tengok rumah-rumah terapung di kiri kanan, tumbuhan liar atas sungai. Perasaan yang best bila kita cuba appreciate apa yang alam sekitar tawarkan.

Ferry zigzagging the Mekong River.
Ferry zigzagging the Mekong River.

Macam biasa, sebelum sampai border post Vietnam, bagi USD 1/RM 3 kat abang Delta Adventure tu. Duit service charge kan katanya. Hehehe. Dalam bot kali ni, aku masih pilih untuk duduk kat luar. Dan bersama kami kat luar ada Marcos dari Switzerland, Simone dari Jerman dan Jing Wang dari China.

Selesai urusan imigresen Vietnam, kami ke imigresen Cambodia untuk entry. Yang peliknya, kali ni lepas dah cop passport semua, sebelum kami dibenarkan masuk bot, ada pegawai imigresen diri kat pagar check passport sorang-sorang. Kenapa ni? — Rupanya, ada rakaman video! Ha ha ha.

Mekong river - always amaze me!
Mekong river – always amaze me!

Bot meluncur laju dan lepas 6 jam perjalanan, kami pun sampai Phnom Penh.

Sampai-sampai, rasa lapar. Sebab nampak Fish & Co, kami pun makan kat situ. Fast food pun fast foodlah. Hehe. Tapi, tak sama dengan Fish & Co. Malaysia tau! Ada pizza, ada menu lain. Lepas tu ada fish spa kat luar. Siap ada promotion, buat fish spa tu untuk berapa lama entah, dapat free beer. Haha. Tau tak fish spa? Ala, yang ikan gigit-gigit kaki tuu. :)

Lunch for the day at Fish & Co. Phnom Penh...
Lunch for the day at Fish & Co. Phnom Penh…

Sedap sotong tu! Haha. Overall, untuk lunch aku bayar USD 9/RM 27. Tapi, memang kenyang!

Lepas tu, kami jalan kat sepanjang riverside tu, nak cari tuk-tuk untuk sewa half day. 2-3 tuk-tuk kami tanya, akhirnya kami setuju ambil sorang ni dengan harga USD 3/RM 9 seorang = USD 12 per tuk tuk untuk separuh hari.

Oklah, sebab budak ni pun student, buat kerja part time. Hehe.

Lepas check in kat Mad Monkey Hostel [USD 7/RM 21], kami tersukan perjalanan ke Wat Botum. Wat Botum ni dekat dengan Royal Palace. Dan dekat Wat nilah, dalam tahun 1930an, pernah tinggal seorang manusia bernama Saloth Sar, yang lepas tu ditukar jadi Pol Pot.

Masa kami sampai, macam ada satu upacara. Mungkin sebab ada kaitan dengan hari Wesak. Ada upacara sembahyang. Dan semua pengunjung diberi sebotol air mineral. Tapi, air mineral aku kena pau dengan sorang budak kecil yang dok berbogel lari keliling wat ni. Ya, jelas terserlah kedaifan sesetengah daripada penduduk kat sini.

Lepas dah pusing sekeliling Wat Botum, kami ke Wat Ouna Lom. Wat ni aku kagum sebab architectural design dia sangat menarik. Bumbung, bangunan utama. Memang menarik.

Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Wat Phnom. Wat Phnom ni unik sebab ia dibina di atas satu-satunya kawasan berbukit kat Phnom Penh ni. Serious, kalau tengok Phnom Penh ni landai je, rata je tempat dia. Tapi, kat sini berbukit. Dan tak silap aku, bukit ni pun bukit buatan dan merupakan bukit paling tinggi kat sini?

Nak masuk Wat Phnom, pengunjung luar kena bayar USD 1. Ada kaunter bayaran sebelum pimtu masuk. Kami sampai-sampai, hujan turun lebat sungguh. Dah la ada tangga nak naik bukit. Cepat-cepat kami lari naik atas.

Wat ni antara tarikan dia kat dalam ada lukisan mural tentang Buddhism, lepas tu ada satu bahagian yang nampak lebih Cina daripada Khmer. Tak silap aku, shrine bentuk Cina tu dibina untuk seorang perempuan Cina yang agak penting dalam pembinaan Wat ni, Lady Penh.

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 13

Advertisements

4 thoughts on “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 12]

  1. Reading your entries on the Phnom Penh and Chau Doc makes me wanna do it too…My ideal route, Siem Reap -> Phnom Penh -> Chau Doc -> Mui Ne, then whole of Vietnam…haha

    1. Sounds like a good plan bro! If only I had more time back then. Because I only had 4 days, otherwise from Chau Doc, I wanna go up north until Hanoi. Hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s