Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 13]

Bersambung dari: Part 12

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Lepas keluar Wat Phnom, kami decide nak pergi ke National Museum. Malangnya, kat sini dalam pukul 4 petang muzium dah tutup. Jadi, dapat tengok dari luar je. Dengar cerita, artifak yang dipamerkan dan senibina dalam muzium ni menarik.

National Museum of Cambodia
National Museum of Cambodia

Dari National Museum, abang tuk-tuk bawak kami ke Russian Market. Mula-mula ingatkan banyak orang Rusia kat sini, tapi tak ada pun. Hehe. Kat sini, kalau nak cari makanan [tak pasti makanan halal ada tak sebab kami tak makan] atau baju-baju oklah.

Walking through the small alley at the Russian Market.
Walking through the small alley at the Russian Market.

Konsep dia macam uptown campur FOS. Pakaian-pakaian factory outlet. Aku beli satu seluar 3 quarter dengan harga USD 8/RM 24. Murah tau sebab seluar jenis sama aku pernah beli kat Malaysia dengan harga RM 50.

Outside the Russian Market.
Outside the Russian Market.

Memang penuh sangat umat manusia kat Russian Market ni. Lepas dah window shopping, people watching, dan walking, kami decide nak pergi ke Central Market pulak. Nak cari ole-ole Cambodia. Hehe. Abang tuk-tuk pun bawa kami ke Central Market.

Central Market, Phnom Penh, Cambodia.
Central Market, Phnom Penh, Cambodia.

Kat sini banyak betul cenderamata dijual. Kalau sesiapa nak cari fridge magnet ke, t-shirt ke, boleh lah pergi sini. Tapi, masa kami sampai, bahagian dalam dah ditutup. Satu perkara yang menarik, kakak yang jual kat salah satu gerai kat sini, pandai cakap Bahasa Malaysia weyh. Hahaha.

These ladies know how to speak Bahasa! Impressed!
These ladies know how to speak Bahasa! Impressed!

Kagum sebab dia berusaha demi nak cari rezeki. Bila datang pelawat dari China, dia cakap Mandarin. Bayangkan, tengah jalan, dia panggil “Abang-abang, mari beli, murah-murah“. Tapi, macam biasa, kena pandai tawar menawar di sini. :)

Go to the Central Market for the usual touristy-souvenirs fix.
Go to the Central Market for the usual touristy-souvenirs fix.

Lepas Central Market, kami decide untuk balik ke hostel dan malam tu, kami cuma lepak kat hostel. Hidung aku pulak start buat hal [running nose] sebab aku rasa cuaca panas sangat.

=== 021013-1348

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 14 [FINALE]

Advertisements

2 thoughts on “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 13]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s