Backpacking to Europe – Part 4: Bed & Breakfast Zuid-Oost Heesterveld Amsterdam (BnB ZOH)

Previously

Keluar dari keretapi di stesen Biljmer Arena, aku dan Mira perhati keliling. Semuanya begitu asing bagi kami. Walaupun ada plan dalam itinerary, tapi masa peringkat planning, kita cuma boleh bayangkan. Bila dah depan mata, feel dia lain. Macam keliru. Macam tak percaya. Aku tahu aku kena naik Metro Line 54 untuk ke BnB kami di Bullewijk, tapi aku tak tahu macam mana caranya. Dalam diam, aku perhati keliling dan aku nampak, ada lambang ‘M’ di platform seberang. “Haa, tu mesti platform untuk Metro! Jom sayang kita ke sana!”, aku beritahu Mira sambil aku tolong tarik luggage Mira ke arah lif.

As Mira and I exited the train at Biljmer Arena, we looked around. Everything seemed very alien to us. When I was drafting the itinerary, I could imagine the place. But now that we were already standing here, it felt strange. It felt…unreal. I knew that I need to take Metro Line 54 to go to Bullewijk station but I did not know how.  I looked around again in silence and I saw ‘M’ on the opposite platform. “I am sure that must be the platform for Metro. Come, dear!”, I told Mira whilst taking her luggage with me towards the lift.

Masuk je dalam lif, aku cari butang nak tutup pintu lepas kami dah masuk. Cari punya cari, tapi tak jumpa. Sudahnya, kami tunggu jelah sampai pintu lif tu tertutup sendiri. Perlahan je lif tu turun ke tingkat bawah. “Abang, laju lagi lif kat Malaysia”, kata Mira. Aku setuju.

We went into the lift and I tried to find the button to close the door. I could not find one. Ah, apparently, the lift has no button to close the door. We waited for the door to close and the lift slowly went to the ground floor. “Dear, the lift in Malaysia is faster”, said my wife. I agreed.

Sampai tingkat bawah, kami tap out dan keluar ke kawasan lapang di stesen Biljmer Arena ni. Luas sangat kawasan dia. Tak ada aircond, tak ada kipas, tapi dia punya sejukkkk… menusuk jiwa tau! Kami cari papan tanda metro dan memang betul, metro di platform yang aku nampak tadi. Mula-mula ingat nak naik eskalator, tapi luggage kuning Mira bawa ni memang besar. Aku pandang kanan, aku nampak satu kawasan berpagar yang luas dan ada lambang stroller dan luggage. Confirm kalau luggage masuk ikut pagar tu.

We reached the ground floor, we tapped out and we were at the lounge area of Biljmer Arena station. The place is so wide. There was no air-conditioner, no fan, but it was so cold. We looked for the Metro signboard and found one large ‘M’ sign. Yes, that was the sign. I looked to the right and saw a gated area with the symbols of stroller and luggage. We went through the gate.

Kami pun berjalan ke arah pagar tu, tap in travel ticket dan naik lif untuk ke platform di tingkat atas. Di platform, ada satu Metro no 54 baru sampai. Tapi, destinasi ke Centraal Station. Aku tengok itinerary aku, aku kena ambil metro ke arah Gein. Aku pun tunggu sampai la satu tren no 54 yang tertulis Gein sampai. Tak lama pun. Dalam 3 minit je. Stesen Bullewijk cuma satu stesen je dari sini.

We tapped in our travel ticket and took the lift upstairs, to the platform. The door opened and we saw a Metro 54 train just arriving. However, the destination stated was Centraal Station. I opened up my itinerary and it looked like I have to take the metro heading towards Gein. I waited for 3 minutes and another Metro train no 54, this time heading towards Gein, arrived.

A vibrant and colourful neighbourhood
A vibrant and colourful neighbourhood

Masa dalam tren, rasa janggal sangat. Selalu kalau di KL, naik LRT, nampak orang Putih dalam tren, kita dok pandang je. Rasa macam “Eh, bestnya diorang ni. Tak kerja ke datang jalan-jalan sini”. Sekarang, rasa terbalik. Bila kami dalam tren metro, ramai yang pandang kami pelik. Mungkin, diorang tengok kami bawak bagpack, luggage, jadi diorang pun rasa apa yang aku rasa masa di KL. Atau diorang rasa aku kacak dan Mira lawa? Eh? Hahaha.

I felt so different when I was in the train. Usually, back in KL, when I took the LRT and saw the white guys in the train, we would be looking at them and thinking “How lucky they are. Not working and travelling in Malaysia”. Now, it was the opposite feeling. Maybe, seeing us carrying luggage, backpack and a grocery bag made them thinking what I usually thought in KL. Or was I too handsome and Mira too pretty? Hahahaa. 

Tren baru gerak dan Mira nampak satu tempat duduk kosong. Dia duduk atas kerusi tu dan aku berdiri, tersengih-sengih sebab masih rasa teruja. Tak sampai seminit, tren pun sampai di stesen Bullewijk. Memetik kata-kata Mira, “tak sempat panas bontot pun!”. Kami berdiri depan pintu, tren berhenti dan pintu tak terbuka. Ah sudah. Sekali, orang di luar tren tu tekan butang hijau di tengah-tengah pintu. Laaa, macam tren KLIA Transit kita rupanya. Kena tekan baru pintu terbuka! Tadi, masa masuk tak perasan.

As the train started moving, Mira saw an empty seat and she sat whilst I stood, smiling as I was still too excited. It was not even a minute when the train arrived at Bullewijk station, a station away. My wife said: “I haven’t even warm up my butt!”. We stood in front of the door, the train stopped but…the door was not opened! Oh my! Suddenly, a person standing outside of the train press the green button on the door. Oh… turned out it is like the KLIA Transit train where you have to press the button to open the door. I did not realize this when I boarded the train earlier.

Kami keluar dan tengok kiri dan tengok kanan. Ada dua exit. Kalau ikut arahan dalam emel yang BnB tu bagi, dia kata: Bullewijk has two exits. The South exit to ‘Bullewijkpad’ brings you straight to their doorstep (more or less), while the North exit to ‘Horstenberg’ will probably get you lost. Tapi, manalah aku tahu mana South mana North kan. Tak tulis pulak. Aku pun ke kiri. Jalan sampai hujung, sekali tengok kat papan tanda tu dia tulis “Uitgang – Horstenberg”. Salah exit rupanya. Kami pun patah balik, jalan sampai hujung dan baru nampak tertulis “Bullewijkpad”.

On the platform, we looked to the left and then to the right. There were two exits. According to the direction given in email by the BnB: Bullewijk has two exits. The South exit to ‘Bullewijkpad’ brings you straight to their doorstep (more or less), while the North exit to ‘Horstenberg’ will probably get you lost. But how should I know which one is which? So, we turned left and walked till the end. I saw the signboard. “Uitgang (exit) – Horstenberg”. Gosh, wrong exit. So, we went to the other way, walked till the end and yes, the signboard stated “Bullewijkpad”.

The balcony at the pantry
The balcony at the pantry

Kami masuk dalam lif, tunggu pintu tertutup tapi tak tutup-tutup. Butang tutup tak ada. Alahai, rosak rupanya lif ni. Dalam keadaan kesejukan dan kepenatan, aku pun angkat luggage kuning tu dan turun ikut tangga. Lepas kami tap out, kami ikut instinct dan belok ke kiri. Nampak je bangunan warna warni kat situ, aku tahu kami di tempat yang betul. Sebabnya, aku pernah guna Google Map yang street view untuk tengok kawasan BnB ni. Bila dah ada depan mata, rasa macam dejavu.

We went into the lift and waited for the door to close, but it did not. I guessed the lift was not in service. The air was so chill and I was so tired, but I still had to bring the luggage down through the stairs. After we exited the station, we used our instinct and turned left. I saw colourful buildings there and I knew straightaway that we were at the right place. Reason being, I had used Google Map street view to check the neighbourhood before. It felt like deja-vu.

Kami jalan terus ke depan, nampak dah perkataan BnB ZOH dan masuk ke dalam bangunan. Bangunan ni macam bangunan flat/apartment tapi kemas sangat. Kalau ikut emel yang aku dapat, tempat ni katanya banyak multicultural influence sebab ramai warga antarabangsa duduk sini. Tempat ni juga tempat berkumpulya orang-orang kreatif macam artis, pemuzik.

We walked straight ahead and saw BnB ZOH written on the window. The building is an apartment building but it was so neat. According to the email that was sent to me, this neighbourhood has multicultural influences and many creative minds converge and stay here.

Our room at BnB ZOH
Our room at BnB ZOH

Masuk dalam pintu BnB ZOH tu dan nampak pintu di sebelah kanan tertulis ‘Office and Reception’. Aku tekan loceng dan seorang perempuan Asia buka pintu. Kami letak beg dan luggage semua dan check in. “First time in Amsterdam?”, tanya Yuka yang jaga reception. Dia orang Jepun yang dah duduk Belanda hampir 10 tahun. “Yes, in fact first time in Europe”, aku jawab. “You just arrived? You look so fresh!”. Aku dan Mira gelak je dengar. Mau tak fresh, dah semangat ni nak explore bumi Eropah.

We went into the door and saw a door on the right which states ‘Office and Reception’. We pressed the bell and an Asian lady opened the door. We put our bags down and ready to check-in. “First time in Amsterdam?”, asked Yuka. She is a Japanese who has been staying in Amsterdam for almost 10 years. “Yes, in fact, first time in Europe”, I told her. “You just arrived? You look so fresh!”, she complimented. Mira and I laughed out loud. Of course we were… we were very excited to explore Europe!

Selesai je check-in, dia bagi kunci bilik dan terangkan serba sedikit pasal BnB ni. Dia bagitau di sini tak boleh merokok dalam bangunan, kena keluar. Air pula boleh minum terus dari paip. Tak perlu beli air mineral. Lepas terangkan serba sedikit, dia ajak kami naik atas.

Upon checking-in, Yuka gave us the key and explained us the ground rules. She told us that we could drink straight from the tap, we could not smoked in the room and other rules and regulations. Then, she invited us to go to our room.

The pantry area.
The pantry area.

Aku pun angkat lagi luggage kuning tu naik ke tingkat 1. Dia terangkan pasal kunci bilik semua dan tunjuk bilik kami. Bilik kami di hujung sekali, tingkap bilik menghadap kawasan dataran kejiranan ni. Ada pantry. Ada dua bilik mandi dan dua jamban, dikongsi dengan 3 lagi bilik yang lain. Aku tanya Yuka, penuh ke bilik BnB tu harini. Dia kata selain kami, ada satu je lagi bilik yang berpenghuni.

Our room was on the first floor, which means another round of carrying the bags up the stairs. Our room was the last room on the floor, with a window facing the main square of the naighbourhood. There is a pantry, two bathrooms and two toilets, shared with the other 3 rooms. 

Lepas dia turun, aku dan Mira terus masuk bilik, tutup pintu dan aku baring sekejap atas katil. Katil dia selesa sangat. Tilam empuk, bantal empuk. Ada satu sinki kecil dalam bilik. Di pantri pula ada microwave, cerek air, pinggan mangkuk, kopi dan teh. Yuka kata memang untuk dikongsi bersama. Bilik air pun bersih sangat. Macam bilik air dalam cerita orang Putih yang kita selalu tengok tu. Siap ada heater. Sebelum turun, Yuka ada ajar macam mana nak adjust suhu heater tu.

Yuka left us after telling us how to adjust the heater and we closed the door. I lied down on the bed and it was the most comfortable bed ever. The pillows and the mattress were fluffy. There is a small sink inside the room. At the pantry, microwave oven, kettle, utensils, coffee and tea were provided on a sharing basis. The toilet was so clean.

Lepas dah rehat-rehat sekejap, aku sakit perut. Jadi, alang-alang dah membuang tu, aku terus mandi sekali. Mira pun bersiap juga. Jam dah hampir pukul 5 dan kami bercadang nak keluar tengok apa ada di kawasan sekitar.

I rested for awhile when suddenly, I had stomach ache. I needed to go to the toilet. To make sure I cleanse myself well, I took a bath too whilst Mira was getting ready. It was close to 5 pm and we decided to explore the area.

Next: Part 5

+++++

Untuk penginapan di sini, kami booking guna booking.com dan bayar 148.45 Euro (RM 700) untuk 2 malam.

For this stay, we booked via booking.com and paid 148.45 Euros for 2 nights stay.

Advertisements

9 thoughts on “Backpacking to Europe – Part 4: Bed & Breakfast Zuid-Oost Heesterveld Amsterdam (BnB ZOH)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s